Pages

Wednesday 13 June 2012

kenali lagenda : cerita HASSAN SANI (temubual online)


Mengetahui susuk tubuh yang dikenali dengan trademark si lipas kudung mempunyai laman sosial Facebook sendiri ,membuatkan saya pantas menghubungi beliau. Lahir di wilayah Persekutuan Labuan pada 12 Mac 1958 pasti ramai yang mengenali beliau menerusi iklan komersial maxis .

Dapat kepada Hassan, cocok Hassan !

Itulah ayat-ayat yang membuatkan generasi kini mengenali beliau yang bernama Hassan Sani. Menyarung jersi kebangsaan hampir 10 tahun, anak kelahiran negeri di bawah bayu ini memulakan karier bolasepaknya mewakili Sabah Fa dalam liga semipro dan Piala Malaysia sekitar awal 1970.

SKUAD OLIMPIK MOSCOW


Di panggil mewakili pasukan muda Malaysia pada tahun 1978 ketika usia beliau baru menjejak 20 tahun, dan setahun selepasnya di panggil ke kem senior oleh  Karl Heinz Weigang , Hassan merupakan antara barisan pemain yang menjadi wira apabila membantu Malaysia layak ke Olimpik Moscow 1980.
Di peringkat domestik, tanpa di ragukan ,Hassan Sani muncul pemain yang di geruni di kalangan pemain tempatan. Aksi lincah ,pantas dan bertenaga beliau turut mendatangkan gentar buat pertahanan tersohor negara ketika itu seperti Dato' Soh Chin Aaun, Dato' Khalid Ali ,Santokh Singh dan ramai lagi.

Di sifatkan antara permata paling berbakat Sabah bersama James Wong serta rakan seangkatannya termasuk Razali Zinin, Peter Rajah, Richard Barnes, Karti Tukimin, Alinjiran Nulantan, Justin Ganai , Hassan membantu Sabah muncul naib juara liga Malaysia. Apa yang menariknya, Sabah muncul pasukan terbanyak menghasilkan gol ketika itu dengan 49 gol. Gandingan kembar beliau James Wong antara yang paling menonjol ketika itu.

AKSI HASSAN MENENTANG MANCHESTER UNITED


easycomeseasygoes.blogspot mencatat :

''Ketika itu, perlawanan Sabah diadakan di stadium Likas yang belum mempunyai kemudahan lampu limpah, sekaligus perlawanan terpaksa diadakan jam 4.30 petang di bawah panas terik sinar matahari.

Namun itu tidak menghalang puluhan ribu penonton berasak asak ke stadium Likas untuk menyaksikan wira mereka membenam lawan termasuk pasukan terkuat ketika itu iaitu Selangor.

Ramai yang tidak dapat masuk ke Stadium dan juga peminat setia Sabah di kampung ulu dan terpencil, pasti mendengar radio secara beramai ramai untuk mendengar juruhebah terkenal RTM Sabah ketika itu, Allahyarham Ismail Mohd Tahir yang sering menjadi pengulas sebelum digantikan Jali Jambolt dan Awang Shaari Haji Ramli.''


Di peringkat antarabangsa, beliau merupakan watak penting dalam memainkan peranan melakar sejarah kali kedua buat pasukan negara apabila membantu Malaysia layak ke Olimpik Moscow. Beraksi bersama duo beliau ,James Wong ,Malaysia menewaskan musuh ketat ketika itu iaitu Korea Selatan.

Tendangan percuma Korea Selatan berjaya dipintas Khalid Ali yang menghantar bola kepada Hassan. Hassan kemudian pantas melakukan larian ke depan dan menghantar ke arah James Wong yang kemudian bijak menghasilkan gol kemenangan Malaysia.
Perlawanan itu di sifatkan perlawanan paling manis dalam lipatan sejarah bolasepak Malaysia.
Namun Malaysia tidak menghantar wakil ke olimpik atas protes.



berikut merupakan sedikit tembual online saya bersama beliau

Salam abg hassan 
perkenalkan diri sy sbg seorg blogger bolasepak Malaysia..
Saya hrp jika ada ksempatan ,abg hassan sudi menjawab soalan2 sy utk dimuatkan dlm entry sy utk tatapan generasi kini

KHM BLOG :Abg hassan di gelar lipas kudung, jika ada rahsia apakah yg menyebabkan abg Hassan mampu berlari dgn pantas?

HASSAN SANI: tdk ada rahsia, cuma training tu setiap hari seblum d panggil utk pemilihan, mmg abg sdh sentiasa bersedia. Selain dri itu, abg dulu adalah sprinter utk jarak dekat. 

KHM BLOG : setelah bersara kini, apakah aktiviti abg, adakah masih bersama dunia sukan negara?

HASSAN SANI:buat masa ni, abg cuma brmain peringkat state veteran & antarabangsa. Ada jugak mengajar kelab2 sukan spt bank dsbnya. Abg masih bekerja dgn jab pelabuhan & dermaga labuan.

KHM BLOG :dalam karier abg sbg pemain bolasepak, siapakah pemain yg plg abg sanjung dan pernah bermain menentangnya

 HASSAN SANI:di dlm negara adalah arwah mokhtar dahari & luar negara adalah bekas pemain manchester united-eric cantona-sbb abg pernah bermain dlm bolasepak pantai dunia menentang france bertempat d lisbon & brazil.

KHM BLOG :detik termanis dalam karier?

 HASSAN SANI:berjaya mengelecek bola mengalahkn 3 pemain korea & membantu james wong menjaringkn gol kemenangan utk kelayakan olimpik 1980.

KHM BLOG :apakah perbezaan yg plg abg dpt lihat di antara pemain generasi dulu dan kini?

HASSAN SANI:pemain dulu langsung tdk pandang pd wang ringgit sbb jika sdh terpilih mewakili negara adalah satu rahmat & kebanggaan! Tetapi pemain skg terlalu bermewah walaupun baru sekali mengukir nama dlm bolasepak antarabangsa. Apa2 pun itu adalah rezeki masing2.

KHM BLOG :pandangan abg terhdp anak buah rajagopal, adakah mereka mampu mengekalkan gelaran aff suzuki? Dan menakluk asia kelak?

 HASSAN SANI:insyallah, mudah2an mereka dpt pertahankn juara utk kali kedua. Kalau boleh, mereka ada semangat kental & tdk putus asa sehingga wisel terakhir!

Akhir kata, doa saya semoga akan ada lebih ramai pemain berbakat & berdisiplin tinggi dlm arena bolasepak M'sia!


''ADA YANG TANYA SAYA,KENAPA SAYA TAK TERUS SCORE, KAMI BERMAIN BUKAN UNTUK DIRI MASING-MASING .KAMI BERMAIN SATU PASUKAN''

No comments:

Post a Comment