Followers

Thursday 21 June 2012

Kes Syaffarizal bakal berlaku pada Tam Sheang Tsung ??

Jika di kalangan anda tidak mengenali figura berumur 19 tahun yang bernama Syaffarizal Mursalin Agri ini, beliau ialah Penyerang klub Al-Khor, iaitu kelab Qatar. Syaffarizal sebenarnya ialah anak kelahiran Acheh ,Indonesia tetapi di besarkan seawal usia 4 tahun di Qatar. Merupakan prospek bintang masa depan di sana, beliau memilih mewakili pasukan kebangsaan Qatar dan bukannya Indonesia.


Sehangat tarian thor-thor (yang tak pernah di dengar di Malaysia) berita Syaffarizal ini juga antara yang mendapat tumpuan meluas media di sana.



Tam Sheang Tsung menjadi satu-satunya pemain di bawah umur 20 tahun yang di pilih ke skuad utama kelab Shanghai Shenhua yang baru sahaja menyatukan duo Chelsea iaitu Anelka dan Drogba. Di lahirkan di Tokyo, Japan beliau mempunyai kewarganegaraan Malaysia .





Ibu bapa Sheang Tsung, Tam Yun Tong dan Ang Hui Chin merupakan pemilik sebuah restoran Rasa Malaysian Cuisine Restaurant sejak 16 tahun lalu.

Sheang Tsung bermain bola sepak pada usia sembilan tahun dan semasa dia berusia 13 tahun, pencari bakat dari Yokohama FC telah memilihnya untuk pasukan Yokohama FC Bawah-15.


Laporan itu menyebut, pada umur 14 tahun dia telah di hantar ke Sao Paulo untuk menyertai San Barnado FC selama empat bulan. Kemudian pada umurnya 15 tahun, kelab tersebut telah menghantarnya ke Cardiff City untuk latihan selama tiga bulan.

Pada 2010, dia menyertai kelab Divisyen 2, Sagan Tosu yang terletak di Kyushu, Jepun dan telah digelar pemain termuda dalam sejarah bola sepak profesional Jepun.-sinar harian

Walaupun dia pemain muda yang berbakat dari, dia tidak terkenal di Malaysia mahupun di Jepun. Tetapi penyertaannya ke kelab Shanghai Shenhua telah menarik perhatian Menteri Konsul Am Malaysia di Shanghai, Hendy Assan sebagai saksi penandatangan kontrak.-sinar harian







PERSOALANNYA

ADAKAH KES SYAFFARIZAL AKAN BERLAKU PADA TAM SHEANG TSUNG??

Saya tertanya jika JFA menawarkan tempat untuk beliau dalam pasukan Japan, adakah beliau akan menolak?
Satu tawaran yang saya fikir akan menyebabkan Malaysia kehilangan khidmat pemain berbakat ini.
Skuad Malaysia khususnya Ong Kim Swee harus membuktikan kemampuan mereka pada kelayakan piala Asia untuk sekurang-kurangnya memberikan sebab untuk beliau menyarung jersi kebangsaan.

JANGAN LUPA ESOK MALAYSIA VS KOREA SELATAN (AFC U22 QUALIFICATION) LIVE DI ASTRO ARENA 801 JAM 4.45 PETANG

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...