Followers

Tuesday 31 January 2012

Malaysia VS Bahrain (count to the day)


Aku saja je letak ayat ''harapan masih ada'' dalam wallpaper ni. Dah memang kenyataan harapan kita masih ada, cuma bawah 10%, dengan memerlukan ketiga-tiga kemenangan dan mengharapkan tuah. Malaysia kini berada di tangga tercorot dengan sekadar 0 mata berbanding Jepun 9, Syria 6, dan Bahrain 3.

Kita boleh layak andai menang kesemua baki 3 perlawanan, mengharapkan Jepun menewaskan Syria Bahrain, dan Bahrain tewaskan Syria. Kalau itu menjadi kenyataan ,Malaysia akan sekurangnya berada di posisi ke 2 kumpulan dengan 9 mata, Jepun 15, Syria dan Bahrain 6. Namun misi ini memang cukup sukar sebab kita perlu menewaskan Jepun.

Tapi berdasar atas faktor, jika Jepun sudah layak, dan perlawanan ke 3 di adakan di Malaysia kita mungkin ada harapan kerana kebiasaan negara yang sudah menempah tiket akan mencuba pemain reserved. Lupakan Jepun, misi kita ialah menang ke dua perlawanan di gelanggang lawan.

Berdasarkan prestasi menentang Bahrain ,aku berkeyakinan kita mampu mencuri mata. Apatah lagi OKS ada 2 senjata yang belum di tunjukkan sebelum ini.


hazwan bakri ,kanan.


Shakir Ali

Kedua-dua pemain ini belum di kenali mana-mana 3 negara sebelum ini. Kehadiran pair ni bagi aku mungkin memberi harapan mengatasi ketumpulan jentera serangan Harimau Malaya.

Shakir Ali kini sudah menyumbang 3 gol buat Negeri Sembilan, satu angka yang meyakinkan. Timbul persoalan, adakah seorang penyerang harus lahir dari panas jaung liga, berbanding di asah di Harimau Muda? Untuk pengetahuan kita, posisi penyerang cukup istimewa dan berbeza. Selain bakat ,beberapa aspek lain perlu ada dalam membentuk entiti yang handal merobek gawang lawan. Dan kebiasaannya ia mengambil sedikit masa, Safee sali sendiri hanya ketika berusia 26 tahun baru timbul di arena kebangsaan sebagai betul-betul pemain yang berkaliber.

Harapan aku, supaya skuad Malaysia menampilkan aksi habis-habisan dalam perlawanan ini.

Buat peminat ,anda boleh memilih channel MALAYSIA VS BAHRAIN atau MU VS CHELSEA 5 feb nanti.


Malaysia U23 VS Selangor (catatan aku)

Usai saja kuliah jam 4 ,aku dan rakan-rakan bergegas bersiap ke stadium jam 6. Seperti yang di jangka aku walaupon tiket free ,penonton still tak ramai. Tapi bukan selalu dapat duduk kat grandstand .Yang cukup bertuah jarak aku dengan Rajagopal , Safiq rahim dan beberapa player national lain kat kerusi VIP tak jauh.

Berbalik kat match. Suasana bertukar hujan renyai tatkala kami melangkah ke surau untuk solat maghrib. Selepas di bangku kerusi ,hujan bertukar lebat dan amat-amat merencatkan perjalanan perlawanan. Corak permainan Malaysia amat mengecewakan. Malah tak segan silu juga aku menyifatkan perlawanan itu sangat membosankan. Hanya beberapa percubaan ON target .


Selangor menurunkan player import barunya yang seakan Zlatan Ibrahimovic. Sungguh tinggi lampai dan besar susuk tubuhnya. Dari pemerhatian aku dia mungkin mampu membantu Selangor tapi untuk mencipta impak seperti Marlon Alex James jauh sekali. Aku sangat-sangat tertarik dengan pemain sayap Selangor berjersi 14, malangnya aku tak dapat tahu namanya. Pemain muda berbangsa india tu mempunyai potensi.

Malaysia olimpik yang bersedia untuk pertarungan hidup mati menentang Bahrain 5 februari ini tampil kurang memukau. Nazmi faiz gagal berfungsi, penyerang apatah lagi, hanya Wan Zack yang kelihatan mengancam. Maaf, kalau ini yang anak buah OKS pamerkan, bukan sahaja olimpik, liga Singapore pon bakal kita tenggelam.

Aku perasan dalam stadium pasti ada brother-brother or pakcik-pakcik Joker. Namun memang mencuit hati aku, apatah lagi antara lawaknya menyindir bilangan UltrasSEL. ''Apasal la dieorang buat marhaban kat sini''. Aku sekadar mengambilnya sekadar gurauan semata-mata.

Sempat bergambar dengan hampir 5 player kebangsaan Malaysia mungkin membalas masa dan tenaga akibat kebosanan perlawanan.


Monday 30 January 2012

jom join tgk malaysia U23 vs Selangor

malaysia U23 akan menentang selangor malam ni jam 8.45. Esok hari wilayah persekutuan so keadaan mengizinkan untuk aku bertandang ke stadium menyaksikan aksi anak buah OKS sebelum mereka berentap kat liga singapore dan kelayakan menentang Bahrain nanti. Kalau korang free join r.

1 feb lak aku tak ley join untuk tengok Malaysia senior lawan kelantan. Yang aku pelik FAM pandai lak wat duit .Taw lah penyokong kelantan ramai.

Jumpa di stadium ~

Friday 27 January 2012

Wallpaper Malaysia

Bila aku bosan, aku buat menda alah ni. Lagipon aku baru berjinak jinak dengan wallpaper2 ni. Fine, gua lambat ~





aku tahu tak lawa, tapi insyallah akan aku improve

Thursday 26 January 2012

Jersi kita, apa kelas!


Adakah ini jersey kebanggan anda?
just thinking back, 
make 5 minutes of your life reversed,
forever and ever,
never walk alone,
betulkah?
adakah anda akan terus pakai jersey ini andai ia bukan juara England?
forever?
why?
adakah kelab ini sebahagian dari diri anda?
berasal dari daerah anda mungkin?
dabik dada ,the devils on your body now
adakah ini sebuah kesanjungan dan kehormatan sebenar?
iaitu memakai jersey juara England?

Entry kali ni aku terilham bila di jadikan admin untuk page ‘’kempen
pakai jersi Malaysia atau pasukan tempatan hari sabtu’’. Jadi admin, best ke? cheh, awal-awal memang la janji berbagai, tapi bila dah 3 hari lesap, berbelas admin pon tak ade yang update. Kitaorang memang la tak dapat pape, likers pon kenal hanya ikut nama, tapi ikut niat jugak. Walaupon page aku tak ade lah ramai sangat komen, like pon 20 plus minus tapi aku tahu orang baca, post aku tetap akan melalui wall 500-700 akaun yang like. Dari situ aku harap info tetap akan sampai, sebab aku percaya korang yang silent reader ni tetap akan sampaikan kat kekawan bila berbual pasal bola.

 Aku sebenarnya ada create page pasal bola and bukan pasal bola ada la lebih dari 2 3, and prinsip aku setiap page mesti kena dengan tajuk, means that post dan misi page tu sama dengan tajuk. Aku pernah kene hacked dulu, page yang boleh tahan angka likers dia, nak kene rampas. Nasib baik dia tak sempat remove semua admin. Brotherh, ni semua hal dunia, boleh tarik akhirat taw, orang lain susah payah bangunkan blog sendiri ,bukannya jalan pintas . Kalau dah keluar link yang mengujakan ,contoh :gempar! Video orang jadi pokok! Buat pendapatan RM10 000 sebulan dengan baring di atas katil sahaja (orang melayu suka tajuk-tajuk macam ni) ..mesti lah orang view link macam ni, then bagi income ikut iklan nuffnang dan ubat kuat =,=

So, adakah aku akan berusaha memperjuangkan dan menggalakkan korang memakai jersi Malaysia dan pasukan tempatan untuk Hari Sabtu? Mungkin ya, tapi tak sepenuhnya bersetuju. Sebab kita ada 7 hari seminggu kan? Tapi hari sabtu selalunya hari match, then hari cuti ,korang beriadah, so amat realistik untuk menjadikan hari sabtu sebagai hari jersi kita.

Jersi Malaysia semenjak dulu silih berganti seiring dengan zaman perubahan bolasepak kita, yang masih tak bersilih ialah TUAN PRESIDEN kita, long live sultan~. Dari jersi yang megah di pakai di festival sukan terbesar dunia iaitu olimpik hingga jersi yang sekadar di pakai sekadar menawan Piala SepakBola Merdeka, hitam kuning terus bertukar.

Detik kemenangan Piala AFF merupakan klimaksnya, dan yang paling bertuah sudah tentunya NIKE. Buat pertama kalinya jersi Malaysia sold out tuh! Sekarang aku rasa Nike dah tak kisah dengan berlambaknya jersi kopipes kat luar sana. Harga pon jauh lagi murah. And sesape yang duduk KL, kalau rasa nak beli jersi  jauhilah Petaling yang bukan saja buat aku tak selesa tapi harga memang lagi mahal..ciss..Chow Kit Road lagi murah (bukan bundel ler)..

Tapi sekarang aku berbangga, bukan saja brother-brother tapi aweks-aweks serta budak-budak hattan bayi sekalipon dah pernah aku tengok memakai baju Malaysia. Tinggal belum atok-atok je. And di mana-mana pon kita dapat tengok jersi ini di pakai. Believe me, tak kan punye budak-budak kita nak keluar status facebook ''oh i love Malaysia'' kalau bukan kerana sukan terutamanya Bolasepak.

Kalau dulu, baju Liverpool yang terang-terang terpampang label Carsberg pon orang kita pakai, siap bawak masuk masjid. Sekarang keadaan berbeza, aku cuma bermimpi, suatu hari nanti kalau MU datang, jersi kita pula mewarnai stadium.

Di entry ni aku nak juga menyisipkan koleksi jersi Malaysia (padahal tak ada idea nak tulis ape)







Malaysia jersey now~


''jersey bukan sahaja berkaitan apa yang anda pakai, tapi apa yang anda bangga''

p/s:jersey Malaysia yang baru berkemungkinan besar akan di releasekan ketika kempen piala AFF bulan 12 nanti ,sebagaimana sebelum ini


cabaran di sahut





Tuesday 24 January 2012

Segmen/ Tabs terbaru blog

Saya telah mengupdate ruangan ''page'' di blog ini untuk kesenangan pembaca. Buat masa ini ,hanya segmen ''Kenali strategi dan lagenda'' di wujudkan.

Klik sini

The FORTRESS (stadium kelantan)

Ketika melogin facebook, aku sempat membelek page2 bola seperti kebiasaan dan aku menemui satu perkara yang begitu mengujakan iaitu datang dari facebook Tan Sri Anuar Musa.

The Fortress










Ini merupakan lakaran yang di katakan bakal menjadi stadium baru buat pasukan Kelantan. Jarang sebenarnya aku nak share something yang aku tahu blog-blog lain akan share tapi ini menandakan tahap ke''salute''an au terhadap Kelantan. Dan aku sendiri akan berbangga jika stadium ini berdiri megah walaupon aku bukan penyokong Kelantan.

Lakaran stadium ni kalau lihat dari reka bentuknya sebenarnya amat istimewa dan seolah-olah mirip dengan stadium Bayern Munich iaitu Allianze Arena. Berbeza dengan reka bentuk Stadium Bukit Jalil yang sedikit old school. Salah satu ciri yang menarik yang boleh kita perhatikan juga ialah stadium ini TANPA TREK !

Seperti yang aku selalu sentuh, untuk mewujudkan stadium tanpa trek, anda memerlukan sokongan atau bukti bahawa stadium itu sememangnya bersedia untuk bolasepak sahaja. Maknanya, peminat kene memenuhkan stadium. Bayangkan buat mana-mana pasukan liga super lain untuk membuang trek, apakah jaminan bahawa ianya akan berbaloi?

Tahniah juga buat presiden KAFA iaitu Tan sri Anuar Musa. Timbul satu persoalan.



FAM kata, Tan Sri..pasukan perempuan lebih baik untuk anda.

sumber : facebook tan sri anuar musa

Saturday 14 January 2012

6 soalan bersama Ariff Zulkifli (temubual)

Ariff Zulkifli .Nama yang begitu asing buat peminat sebelum ini. Kelibatnya belum terpampang di kaca tv. Namanya belum naik sebagaimana Nazmi Faiz. Anak Selangor ini mula mencuri tumpuan tatkala sumbangan RM 15000 di perlukan untuk berkelana ke New Zealand.

Ramai yang tak tahu bahawa karier beliau bermula seawal 12 tahun dengan pelbagai kejayaan di cipta. Bersekolah di Sekolah Sukan Negeri Selangor dan bandar penawar ,Ariff di tawar ke SSBJ seperti yang kita tahu gudang kelahiran bintang bolasepak Malaysia.




Biodata:


Nama:  Muhammad Ariff Bin Zulkifly
No Jersi: 5
Tinggi:  181 CM 
Berat : 70 kg
Posisi:  10 tahun hingga 12 tahun posisi Striker. Umur 12 hingga 14 main midfielder.mCentreback 15 hingga sekarang 


Antara pencapaian beliau:-



  • Ketika berumur 15 tahun berkesempatan training di Old Trafford bersama dengan Owen Hargreaves, Park Ji Sung dan Louis Saha




  • Arsenal Soccer School bawah bimbingan Robert Alberts dan B-Sathianathan tahun 2005




  • Ketua pasukan Malaysia U-17



  • Menjuarai Piala Presiden 2010 (SSBJ) (YANG MENARIKNYA ARIFF MERUPAKAN PEMAIN TERMUDA IAITU U17 DAN MEREKA MENEWASKAN KL U20 DI FINAL ITU)


  • Pernah bermain di tournament manchester united premier cup, world stage, di england U15



  • Caps Malaysia =30++

Rekod karrier Ariff ni bagi aku dah fight-fight Safiq Rahim yang mewakili Malaysia bagi setiap peringkat umurnya.






BEKAS kapten skuad bawah 17 tahun negara, Muhd Ariff Zulkifly berpeluang untuk mengejar cita-citanya menjadi pemain profesional bersama kelab di luar negara apabila ditawarkan menjalani ujian dengan Akademi Bola Sepak Ole di New Zealand.
Ariff, 18, yang mengetuai skuad Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menjuarai Piala Presiden pada 2010 menerima tawaran itu pada 16 Disember lalu selepas pencari bakat akademi itu tertarik dengan kebolehan yang dimilikinya.

Bagaimanapun, dia yang baru saja mengikat kontrak bersama skuad Piala Presiden Selangor selepas membuat keputusan meninggalkan Harimau Muda B berdepan masalah kewangan bagi menampung perbelanjaan selama enam bulan di sana bermula awal Mac depan. -Harian Metro 

------------------------------------------------------

Berikut merupakan hasil tak temu tapi bual di facebook SAYA DAN ARIFF ZULKIFLI

1)KHM: pencapaian tertinggi bagi ariff setakat ini?


Ariff: :

pencapaian tertinggi sy tak adalah  hebat sangat bang, cume bagi sy, pencapaian tertinggi 


ialah saya pernah bermain dlm tournament manchester united premier cup, world 


stage, di england bagi u15


2)KHM: bagi ariff ,player kebangsaan buat masa ini yang paling ariff kagumi ialah siapa dan kenapa?


Ariff:


favourite player saya setakat ni untuk local, adalah aidil zafuan sebab dari segi teknik dan 


leadership memang saya minat..untuk international, idola saya carles puyol..


3)KHM:jika sudah bergelar profesional, pasukan tempatan manakah yang ariff mahu main 


dan jika berpeluang pasukan luar negara mana yang menjadi pilihan?


Ariff: kalau team tempatan, smestinye sy pilih pasukan negeri sy selangor..tapi taget sy tetap jugak nak keluar dari malaysia..kalau team luar, impian sy adelah nk bermain dgn arsenal..tpi laluan die tak mudah, yela dgn faktor ranking kte skarang..

4)KHM: pemain import dalam liga super, perlu atau tidak?

Ariff:
bagi sy, player import memang perlu..untuk mewarnai lagi bola sepak tempatan, satu yang positif, stadium dah mula penuh..and player local pun boleh dapat peluang untuk bersaing dengan import2 yang berkualiti..


5)KHM: adakah ariff akan memilih new zealand (untuk menyambung karier jika diberi peluang) seperti yang kita tahu bolasepaknya bukan sukan popular berbanding destinasi lain?

Ariff:
scare peribadi..once sy dah keluar dari malaysia, sy da tak nak balik dah..sebab sy nak terus berkelana dekat luar negare..memang betol, new zealand adelah sebuah negara yang bola sepaknya sukan no 2, tapi kene ingat, new zealand tetap negara yang layak ke world cup, dan ranking die jauh lebih baik dari malaysia..bagi saya, kita seharusnya lebih realistik, nak terus bermain kat england, memang tak boleh, dgn faktor ranking kte yang terlalu rendah..katekan saya sign kontrak dengan team luar negare, tak mustahil impian saya untuk liga perdana inggeris akan tercapai.nak tak nak, bagi saya player malaysia kena cari inisiatif sendiri untuk main di luar negare, jangan harapkan peluang tu datang, kita sendiri yang kena cari peluang tu..


6)KHM: kata-kata buat peminat dan page-page bola yang menyokong usaha ariff ke new zealand

Ariff:
kata2 buat pminat ek?? hehe..sape la sy ni bang untuk ade pminat,belum layak lagi..tapi untuk sume yang menyokong saya, fanpage2..sy nak ucapkan ribuan terima kasih diatas sokongn anda semua..saya ke new zealand, hanye skadar ingin mencuba nasib, insyallah dgn berkat doa anda semua mugkin impian saya nak bermain di luar negare akan tercapai..mungkin nasib saya tak sebaik player2 national yang lain, cume sy brharap anda semua dapat melihat semangat serta usaha gigih saya untuk kembli bangkit dan mencapai cita2 untuk bermain di luar negara..tanpa sokongn dari anda semua, tak kan mungkin saya capai tahap ni..

---------------

Tahukah anda di Ole Football Academy telah melahirkan ramai players muda yang sangat berkualiti yang telah dieskport ke Liga-liga bola sepak di seluruh dunia dan majoriti berada dalam skuad utama remaja dunia New Zealand. Dan tahukah anda Ariff adalah yang pertama dari Asia yang terpilih untuk ke Ole Football Academy dan untuk masuk sebagai trainee di New Zealand adalah melalui invitational selection. Ada duit sekalipun tapi tiada bakat anda tidak boleh masuk ke Ole Football academy...

Sejuk hati aku baca respon dia, hek3..apepon kes Ariff ni buat aku sedikit terharu apabila page-page bola, blog-blog bola semuanya menyebarkan kempen membantu Ariff dan alhamdullilah Mister Potato telah bersetuju menaja. Marilah kita membeli Mister Potato ! lebih rangup dan sedap ! juga kepada Legal Firm Abdul Syaheed Ismail & CO 

Apapon ,aku salute buat Ariff yang berusaha sendiri mencari tapak. Mana Fam? Bukankah ini tugas dieorang membantu dan mencari peluang buat pemain negara ke luar negara? Astro taja berapa juta?
 14 000 pun tak dapat cover? tiket pon dah naik ape FAM nak buat stadium baru kah?


salah satu aksi beliau


 Nasihat KHM pada Ariff, u journey might diffrent with other our national player, u run for it and achieve it..don't scare to dream ..dan untuk peminat jangan lah terlampau mengharap tetapi mendoakan yang terbaik buat beliau untuk mengharumkan lagi malaysia dan meneruskan kebangkitan harimau malaya di persada dunia.


''mungkin saya tidak di kurniakan bakat semula jadi seperti nazmi faiz, susuk tubuh sekental fadli shas, dan sehebat mahali jasuli...tapi saya boleh jamin yang saya adalah player yang berusaha 4 ke 5 kali ganda lebih kuat dari mereka, ''Ariff Zulkifli
Ariff Zulkifly_5 Official
sumber tambahan: soccerfighter.blogspot.com






Friday 13 January 2012

''Daulat'' FAM bergegar

Sejak kesekian lama, istana Kelana Jaya yang sentiasa kebal ,kini bergegar dek amukan Hang Jebat.
Selepas mengeluarkan kenyataan pedas dan memberi FAM 3 pilihan, Ahmad Said terus naik hangin. 10 tahun pon di katanya OK !


Gua salute kat MB ni. Even presiden PBSNT pon goyang nak sound FAM ,dato seri ni terus direct. Bagi aku FAM dah lama tak dengar sound macam ni. Mungkin lepas ni baru bangun tido kot.

Berkaitan isu penggantungan Terengganu. Memang masalah gak kat FAM sebab ramai player national kat terengganu, paling sayang ialah Ashari Samsuddin.

Ashaari, Manaf, 
Hadi, Muslim, 
Sarbinee, 
Joseph Kalang Tie, 
Ismail Faruqi,
Zubir Azmi 
Reeshafiq Alwi

Kalau terengganu kene gantung, memang dieorang kurang aksi la, dan kita just harap yang terengganu akan lepaskan atau bagi pinjam player dia kat pasukan lain. Kemungkinan kedua ialah Terengganu boleh cari liga luar, mungkin liga singapore.

Tapi aku sebagai bukan peminat Terengganu tetap menyokong si penyu. Hilang Terengganu dalam liga bermakna saingan bakal hambar !

FAM JANGAN SEKAT,
tak kan nak panggil pengkhianat,
satu nasihat,
lupakan daulat,
sematkan amanat,
sebelum perjuangan tamat..

Abang midin, masalah tidak akan selesai sepenuhnya sekadar ucapan maaf, tapi perbaiki..

Wednesday 11 January 2012

Drama pagi FAM 2012

Tatkala kancah bolasepak Malaysia kembali membuka tirai, saya beranggapan bahawa segalannya akan tenang, tiada cerita panas dan keadaan normal. Tapi ibarat air tiada ada di pagi hari lalu bisinglah sekelian rumah. Liga Super mula kecoh di sebabkan ''kesilapan'' typo ,reading dan berkaitan klausa-klausa dalam syarat pertandingan 2012. Sebagaimana yang anda tahu ,tenaga import telah di kembalikan (saya tidak suka merujuk kepada awang ,seolah menunjukkan hanya pemaina afrika) ke liga ,justeru itu berebut-rebutlah pasukan-pasukan mencari pemain luar yang mampu memberikan kuasa ''turbo'' kepada perlumbaan bergelar raja pasukan tempatan Malaysia.

Kesilapan ''kecil'' FAM akhirnya membawa kepada proses saman PBSNT (terengganu FA) . Menteri Besar juara piala FA , Datuk Seri Ahmad Said menyatakan kesal terhadap pendirian keras FAM yang dilihat seolah-olah menutup jalan penyelesaian sedangkan isu itu boleh diselesaikan dengan mudah. 
"Nak gantung, gantung la...sebab FAM tidak bersikap profesional. Kita main bola untuk suka-suka dengan liga yang kita ada. Tetapi kalau sudah begini, ia memang tidak adil.

"Kamu (FAM) beri arahan, lepas itu silap dan kemudian kamu salahkan kami. Itu tidak adil

 namanya. Kecualilah jika mereka ego.

"Sebab itu pasukan Malaysia tidak berkembang sebab ada pegawai-pegawai yang macam ini 



yang bermain politik. Kita kata kita profesional tetapi sikap tidak profesional," ujarnya.


-MB terengganu





Sepaham saya, kronologi ceritera ni mulanya dari pengambilan 2 orang pemain import iaitu  Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnietto dari Brazil.


Tapi si Azzudin kata, 2 orang ni hanya boleh main untuk piala AFC dan bukan liga Malaysia. Ini maknanya, Si Penyu akan turun sepanjang musim Liga Super tanpa pemain import.


Tapi Terengganu bertegas mengikut syarat yang sepatutnya, sehingga Azuddin terpaksa mengaku silap ''mengeja''.




Kini Terengganu menerusi menteri besarnya nak saman FAM , langkah terbaik Fam buat masa ini ialah menggunakan kuasa kuku besinya terhadap mana-mana mulut pengkritik sedangkan mereka layak menerimanya. Terengganu dan T Team merancang untuk menarik diri dari liga, satu kerugian yang amat besar buat peminat.

Pada pendapat aku ,FAM patutnya sedar silap then beri peluang terengganu betulkan akibat kesilapan dieorang tu. Banyak cantik, kau buat hal, orang lain yang kena, then ko tak nak tanggungjawab, dah la pastu ko siap warning supaya tutup mulut. Tak ke cilaka.

Kita tunggu babak seterusnya dalam Sketsa Pagi Fam Di 2012 ini !













Friday 6 January 2012

cruzeiro tertarik dengan bakat kumahraan (PART 2)

Sebelum ni saya mendedahkan artikel di goal.com yang menyebut mengenai sebuah kelab Brazil yang cukup di kenali dalam menghasilkan pemain kebangsaan negara samba itu seperti ronaldo dan ramai lagi iaitu Cruzeiro (klik sini) . Mungkin ramai yang mencuih, dan menyifatkan kisah ini sekadar sebagaimana Wigan ,Cardiff dan QPR mengeksploitasi populariti liga inggris dan pemain tempatan untuk menaikkan nama kelab mereka (hakikat yang kita harus terima !) namun berita mengenai Kumaahraan ini bukan berita kosong.

Blogger terkenal iaitu Rizal Hashim menerusi blognya Malaysia Sport's Loose Canon telah menghubungi Orangeman ( Bola@Mamak). Hasilnya individu yang memainkan peranan membawa bakat Kummahraan iaitu Jaino Matos telah menghantar mesej kepada Rizal.

Berikut merupakan simpulan dari entry 

Cruising the Brazilian way


  •  22 February saya akan bawa dia ke Brazil untuk memulakan latihan
  • Beratus-ratus remaja yang melakukan trial itu dalam masa seminggu dan Malaysian yang terpilih!
  • Malaysia memang boleh, tapi kita kene melakukan dengan cara yang betul
Entry ringkas ini sekadar mahu menunjukkan kepada anda bahawa berita ini bukan sebuah berita ''kosmo'' tapi sebuah berita benar dan dalam sebuah proses. Moga kita doakan Kumahraan akan membawa sesuatu dan menaikkan nama Malaysia.

Rujuk entry penuh di blog rizal hasyim (klik sini)

Tuesday 3 January 2012

Kenali lagenda Malaysia- Si Raja Bola

Otak ligat berfikir. Tangan terus menaip. Goggle terus di klik. Namun ideanya tetap tidak ada untuk terus mengisi blog yang jika usianya seperti manusia hanya baru mengenal dunia. Lagenda Malaysia menjadi tajuk entry kali ini. Percaya atau tak, sebenarnya generasi muda seperti saya sendiri tidak mengetahui akan kehebatan-kehebatan bekas pemain kebangsaan ini yang menyebabkan ngauman Harimau Malaya menggegar Asia satu ketika dulu.

Setakat nama dan gelaran. Raja Bola ..SuperMokh..Lipas Kudung..tapi di sebalik nama gelaran itu ,kisahnya tidak kedengaran. Lalu saya mengambil keputusan menggali sumber dan menggabungkannya untuk tatapan dan dorongan kepada anak bangsa supaya aura mereka bangkit kembali.

Raja Bola GHANI MINHAT




Lahir pada 23 Disember 1935 .Bekas pemain Selangor dan Malaysia. Berada di posis sayap. Digelar Raja Bola. Beliau ialah Dato' Ghani Minhat. Era kemunculan beliau mungkin terlalu awal , malah antara ''senior'' lagenda zaman keemasan Malaysia. Era 50-an jugalah yang menyaksikan kehebatan anak jati Negeri Sembilan ini. Apa yang menyebabkan para pemain pasukan lawan terutamanya dari Indonesia mengatakan beliau menggunakan ilmu hitam?? 
Zaman persekolahannya ialah di sekolah Princess Road. Ketika bermain bola, Ghani hanya sekadar berkaki ayam. Ghani kemudiannya mewakili Sekolah St John Kuala Lumpur. Pada tahun 1951, bakat beliau dilihat oleh beberapa orang pegawai polis yang kemudiannya menghadiahkan but pertama beliau.


1955 menyaksikan kemunculan beliau selaku pemain profesional apabila di lamar Selangor setelah bermain baik dengan pasukan Depot Polis di liga Selangor. Tahun berikutnya, Ghani membantu Selangor memenangi Piala Malaysia setelah menewaskan Singapura 2-1. Tahun 1956 terus menjadi tahun bertuah buat beliau apabila beraksi kali pertama menyarung jersi Malaysia.


Jika anda fikir beliau gugup ,anda silap. Bukan satu dua mahupon hatrik yang di hasilkan Ghani pada penampilan pertamanya. Tapi 7 ! Beliau membantu Malaysia memenangi perlawanan 9-2 ke atas Kemboja ketika di bawah bimbingan Neoh Boon Hean  . 


''gol menakjubkan hasil tendangan voli bak peluru dari jarak  40 meter menentang Vietnam di Pestabola Merdeka 1957, serta 34 gol dalam hanya 9 perlawanan pada 1960 adalah antara justifikasi kepada kenyataan tersebut.'' -yakeb.org.


Edisi sulung kejohanan yang penuh dengan tradisi dan prestij satu ketika dahulu iaitu Pestabola Merdeka gagal di menangi Malaysia, namun Ghani membantu menebus kembali kehampaan itu tahun berikutnya.


Membantu skuad negara mengekalkan kejuaraan Pestabola Merdeka pada 1959 Ghani mendapat gelaran Raja Bola dari Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). 


Kelibat Ghani Minhat tidak perlu di perkenal lagi di peringkat liga domestik. Mana-mana pertahan bakal ketar lutut jika berhadapan dengan beliau. di buktikan dengan rekod jaringan hebat beliau hingga hari ini masih belum dapat terusik oleh mana-mana pemain  hatta Mokhtar Dahari  dengan menjaringkan 9 gol menentang Negeri Sembilan menjadikan jumlah jaringan beliau 34 gol dalam 9 perlawanan. 


Kewibawaan beliau juga terbukti dengan meneruskan kecemerlangan bolasepak Malaysia apabila membantu kemenangan acara bolasepak sukan SEAP (kini sukan Sea) di Rangoon, Myanmar . Setelah menjadikan asean sebagai makanan ratahan, Ghani turut meneruskan legasi cemerlang Malaysia selaku kuasa besar Asia dengan menyumbang ke arah pingat gangsa Sukan Asia 1962.


''Gandingannya bersama Robert Choe dan Arthur Koh pernah dilabel sebagai kombinasi jentera serangan terbaik pernah dihasilkan di era itu. Ghani juga menimba pengalaman berharga pada 1962 apabila dihantar ‘berguru’ di beberapa kelab inggeris antaranya West Ham, Tottenham Hotspurs dan Arsenal, serta Eintracht Frankfurt di Jerman.''


Setelah membantu Selangor mengucup kejuaraan Piala Malaysia kali kelapan, Ghani mengumumkan persaraan dengan rekod lebih kurang 100 gol dalam peringkat kebangsaan dan negara. Kemunculan dan aksi Si Raja Bola ini mungkin terlalu awal untuk di rakam mahupon di buktikan dengan lensa kamera dan video namun statistik telah mengukir sejarah kehebatan sang lagenda Harimau Malaya ini.


''adakah anda tahu ,pada tahun 1962, Ghani Minhat di tawarkan tempat oleh Cardiff City sebagai pemain profesional tetapi di tolak''


''Para pemain pasukan lawan terutamanya dari Indonesia mengatakan beliau menggunakan ilmu hitam kerana bola seperti melekat di kaki Ghani Minhat setiap kali "membawa" dan "melarikan" bola...''-smskey.blogspot


sumber : Arkib negara , smskey.blogspot , yakeb.org , wikipedia

Monday 2 January 2012

Stadium paling Unik !

Entry kali ni lari sikit dari perbincangan bolasepak negara. Saya cuma ingin memaparkan stadium-stadium yang cukup unik dan antara yang kita tak tahu !

1.World Games Stadium – Taiwan


Stadium 1 World Games Stadium Top 7 Coolest Sport Stadiums in The world

World Games Stadium – Taiwan

Kalau korang nak tahu, WGS ni mempunyai teknologi solar di bahagian bumbungnya. Panel solar yang besar ni boleh menerangi seluruh kawasan dari tenggelam matahari sekalipon taw. Kalau stadium ni tak di gunakan untuk apa-apa pertandingan, teknologi solar stadium ni still boleh salurkan tenaga elektrik hampir 80%  kepada kawasan kejiranan di sekitar stadium. Setiap tahun ,WGS ni mengeluarkan 1.4 gigawatt elekticity setiap jam secara purata.
Pandai sungguh pereka dia memanfaatkan stadium.

2.Allianz Arena – Germany

Nama stadium ni memang tak asing buat peminat. Terletak di munich, germany dan merupakan stadium pasukan terkenal iaitu Bayern Munich dan TSV 1860 München. Apa yang unik mengenai stadium ini? Bahagian luarnya mampu menukar warna! Special panel ini akan bertukar warna ke merah apabila Bayern Munich bermain, biru bila TSV 1860 München, dan putih bila pasukan antarabangsa Germany. Tak caya?

Stadium 2 Allianz Arena Top 7 Coolest Sport Stadiums in The world

3.Estadio Municipal de Aveiro – Portugal

Stadium 3 Estadio Municipal de Aveiro Top 7 Coolest Sport Stadiums in The world
Estadio Municipal de Aveiro – Portugal
Perhatikan betul-betul untuk lihat keunikannya. Ya, sebenarnya stadium itu kosong tapi di ilutrasikan seolah-olah penuh dengan warna yang berbeza untuk setiap seat. Idea yang TERAMAT SESUAI untuk stadium kita yang memang selalu kosong!

4. Marina Bay Floating Stadium – Singapore

Huiyoo, korang taw ke tak ni? Singapore antara dalam list ! sebelum ni kita dok kutuk padang getah dieorang je, hehe..

Stadium 5 Marina Bay Floating Stadium – Singapore Top 7 Coolest Sport Stadiums in The world
mampu menampung 30 000 orang (kapasiti), 120 meter panjang dan 83 meter lebar.

dah nasib negara kecik ~ 

5. Gospin Dolac – Croatia


Stadium 4 Gospin Dolac – Croatia Top 7 Coolest Sport Stadiums in The world

Golpin Dolac terletak di Imotski, Croatia dan di gunakan NK Imotski football club. 500 meter dari stadium ni terletaknya sebuah tasik . Indah betul ciptaan Allah.

6. Fujieda City Stadium – Japan
Stadium 6. Fujieda City Stadium – Japan Top 7 Coolest Sport Stadiums in The world

The Fujieda City Stadium mempunyai maksimum kapasiti 13 000 tempat duduk tetapi untuk peminat yang lambat dan bila keadaan penuh , ade dua teres rumput yang di sediakan. Sila2..

7.Eco Stadium Janguito Malucelli - Brazil


Eco-Stadium Janguito Malucelli, terletak di  Curitiba,  eco-stadium pertama di Brazil. Menempatkan 6,000 orang . Designers menggunakan kayu recycled utk pembinaanya

Jangan rendah diri sangat sebab Stadium bukit jalil berada dalam kedudukan 10 stadium terbesar dunia taw..tapi..

apa guna kalau tak de peminat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...