Followers

Friday 23 March 2012

Malaysia: The born of football in Asia

Menyelusuri sebuah fasa bernama sejarah bagi aku adalah cukup menarik. Sejujurnya aku tak faham kenapa ia sering di label bosan, mungkin salah cikgu mengajar atau silibus belajar. Bahagian yang cukup menarik dalam sejarah ialah misteri yang tidak terungkap, contohnya malam kejatuhan Melaka, kat buku teks sekolah mana ada cerita betapa susahnya nak tumbangkan Melaka, yang dok tulis askar lari sebab pakai tombak, kejadah dia!

Ok, out of topik, buat pembaca-pembaca yang sezaman dengan aku mungkin tak tahu tentang sejarah bolasepak Malaysia a.k.a Asia. Mungkin anda tidak sedar bahawa tanah kelahiran anda ini ialah negara pertama yang menganjurkan perlawanan bolasepak Malah, Liga Bolasepak Malaysia mungkin berada di antara senarai teratas dalam perubahan format liga saban tahun!

Walaupun ''competition'' pertama di adakan tahun 1920, tetapi bolasepak sebenarnya sudah mula di main rakyat Malaya 30 tahun sebelumnya.
Lawatan kapal perang British, HMS MALAYA ke Tanah Melayu pada tahun 1921 membawa kepada era baru bolasepak tanah air.

Sebagai mengucapkan tanda terima kasih, Captain Buller dan krewnya menyampaikan trofi -Malaya Cup kemudian di tukar HMS MALAYA CUP tahun 1933-yang menginspirasikan bolasepak khususnya kewujudan Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) sendiri di tanah Melayu.
Piala buruk yang tersimpan di muzium negara inilah yang berjasa terhadap perkembangan bolasepak bukan sahaja Malaysia tetapi Asia!

Tanpanya, mungkin AFC akan tertubuh lebih lama daripada tarikh yang ada hari ini.


Inilah lambang kebanggaan rakyat Malaysia, kita tak tahu berapa ramai tangan yang sudah mendakapnya, yang berusaha memenanginya, berapa banyak titik peluh yang di tumpahkan untuk memilikinya, inilah Piala Malaysia, KEJOHANAN TERTUA BOLASEPAK DI ASIA

*malangnya tidak seiring dengan umurnya ,kita seolah-olah makin tua dan tidak berpengalaman

Friday 16 March 2012

Bila rumah bergoyang


Katanya istana gah nak di bina kembali..
susun batu susun paku..
segala perabot di siap masuk..
Tiang pacak kiri kanan..

Katanya, belum mampu mahligai di wujud semula..
bahan-bahan dah jauh ketinggalan..
nak rebut beli dengan negara jiran..
wau..kalau dapat hebat

Katanya ,buat rumah kecil dulu
Istana kita tunggu..
Mahligai kita nanti..
Semuanya kena susun..
tapi..

kenapa rumah kecil sekarang ni pon dah bergoyang?

Kritikan terbuka TS Anuar terhadap skuad kendalian Rajagopal bagi aku sedikit mengejutkan. Sebelum ini jarang sekali ada pegawai-pegawai FAM nak bersuara bernada kritikan terhadap pasukan kendalian mereka. Justeru tindakan TS mungkin satu tindakan hero tidak bertempat. Ya, kita kena akui pasukan Rajagopal sedang berada dalam draf menurun, sejak tewas kepada Singapura dalam kelayakan Piala Dunia, pasukan ini dah mencatatkan beberapa siri seri dan kalah.

Rajagopal sebenarnya berhak di kritik. Even Sultan pon di kritik (ikut belakang) inikan rakyat marhain (walaupon dato') seperti dia. Eksperimen demi eksperimen dah mengundang kemarahan peminat. Mintak FAM friendly kelas A tapi kalau tak manfaatkan untuk ranking buat apa juga ye dok?

Dari segi TS Anuar dia mungkin risau dengan prestasi Malaysia. Apatah lagi dengan AFF Suzuki yang baka menjelang beberapa bulan lagi. Dengan status tuan rumah (kalau) dan pemenang 2 kali berturut sukan sea ,adalah menjadi malapetaka buat FAM andai Malaysia tidak kekal juara. Dia bercakap dari segi pegawai FAM, kena ingat tu. Yang nampak dekat bawah ialah pengurus dan coach.Mereka yang setting dan pikul risiko. Ingat ketika Malaysia di belasah 5-1 kepada Indonesia ,apa tajuk harian metro ketika itu? seingat aku
''taraf bolasepak Malaysia di buktikan dengan perlawanan semalam''
lastly Malaysia menang
of course tajuk lain, tapi kita tak boleh salahkan media ,kerana mereka bercakap JUGA dari pandangan mereka (media).

Persoalannya, apakah Dato' Subahan Kamal atau Dato' Rajagopal sudah cukup ego untuk menerima kritikan?

Persoalannya, adakah pasukan Raja saja yang berhak di kritik?

Bagaimana dengan FAM? Apa tanggungjawab mereka terhadap pasukan ini? tak ke mereka terfikir yang Raja terpaksa buat sistem ini (eksperimen bagi mencari linkungan pemain terbaik) untuk mengcover kesilapan dan kebangangan sistem FAM? Serasa aku rakyat kerdil, kalau la ..KALAU LA..sistem bolasepak muda kita dari akar umbi berkesan pasti keadaan berbeza. Raja juga mungkin dah belajar dari kesilapan coach terdahulu, supaya tidak tertipu dengan aksi all star pemain di liga tapi  aksi budak sekolah di international..sekali lagi kalau la KALAU LA liga PROFESIONAL kita bagus

satu perkara yang aku suka dengan TS Anuar, dia satu-satunya pegawai FAM yang sanggup ''mencemar'' kaki berapat dengan peminat walaupun di laman maya

*seronok tengok Rizal Hashim balas dendam kaw2 kat entry baru dia, HAHA
well..everything nowadays just at your finger..TS Anuar kena bayar harga isu ini, dah nak sangat kritik public

Saturday 3 March 2012

Asian school game at Mokpo Korea

Sesaja aku facebookwalking aku add la akaun-akaun berstatus budak-budak harimau Muda and SSBJ, saja je aku nak taw kat sana macam mana. Ada rezeki salah satu list friends aku ialah Ridzuan Abdullah. Aku usha a.k.a stalker la picture-picture then jumpa satu album iaitu

asian school game at Mokpo Korea


Baik budaknya sudi share info untuk peminat, so aku pon segan gak nak tanya banyak-banyak, ape yang termuat untuk korang inilah seadanya, atleast korang dapat tahu program pembangunan ni.

  • KHM BLOG
    • memang program FAM ke program SSBJ??
      ramai tak terlibat? UNDER?
      kat korea tu kat mana? maksudnya akademi something ke??
      tq2 sgt kalau sudi share, sebelum ni fans tak nampak program pembangunan, kesian FAM kene maki je, huhu
  • Yesterday
    Ridzuan Abdullah
    • ouhh...ni under18..bkn program FAM..ni bawah KPM punya...ASIA scholl
    • *school
  • Yesterday
    KHM BLOG
    • ouh, berapa lama dekat sana?
  • Yesterday
    Ridzuan Abdullah
    • 2miggu lebih jgak
  • Yesterday
    KHM BLOG
    • memang budak2 ssbj la terlibat eh?
  • Yesterday
    Ridzuan Abdullah
    • x jgak..selection la...tp ramai bdak bj yg dapat
  • Yesterday
    KHM BLOG
    • ouh, ok2 tq for information, gud luck bro 


PROGRAM FAM NI?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...