Tetapi , kibaran jalur gemilang di Stadium Bung Karno menandakan piala AFF berjaya di takluk pasukan Malaysia adalah paling istimewa.
Ranjau onak duri berjaya di rentasi Harimau Malaya. Sebagaimana skrip skuad emas Laos, perkara sama turut di ulangi pasukan ini. Malah, jalan ceritanya lebih mendegupkan. Beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Indonesia di stadium keramat mereka, Malaysia tewas mental di sini.
Bermula dengan mengejutkan apabila mendahului pasukan lawan 1-0 menerusi counter attack ,Malaysia gagal bertahan. Benteng terakhir skuad Rajagopal ini, iaitu Sharbinee paling mengecewakan. Jika anda perasan, beliau sebenarnya mempunyai kemampuan tetapi sering ''down'' dari segi mental. Ini dapat kita lihat di final Piala Malaysia dan separuh Akhir Piala malaysia musim lalu. Kelemahan dari segi ini akan menyebabkan Sharbinee kerap melakukan kesilapan mudah.
Selang keesokannya, Harian Metro mengeluarkan pendapat penulisnya.
''keputusan semalam menunjukkan di mana taraf bolasepak kita''
5 gol berjaya di sarangkan ke gawang Malaysia membuatkan seluruh tanah Indonesia bergema dengan teriakan, seolah-olah piala Aff sudah berjaya di menangi mereka. Ini sebenarnya merupakan reaksi rata-rata rakyat mereka yang sememangnya anti terhadap negara jiran ini. Keputusan itu di anggap membalas segala tindakan Malaysia yang ''melecehkan'' rakyat mereka. Sebagaimana yang anda tahu, Indonesia sememamngnya mengganggap kedudukan dan imej mereka di bawah Malaysia dengan kehadiran hampir 1 juta pekerjanya di sini.
berita ANTV
Maling..maling..maling..
Kemudian seluruh stadium bertukar ke arah sahutan itu. Pemain negara hanya dapat menundukkan wajah. Maruah Malaysia benar-benar di pijak !
Tahukah anda dan masihkah anda ingat artikel Berita Harian ketika mendedahkan apa berlaku selepas perlawanan ini?
Dalam wawancara dengan K.Rajagopal dan Dato' Subahan Kamal ,mereka telah menceritakan bagaimana mental pemain di bangkitkan kembali dalam masa yang singkat.
''mereka di letakkan dalam satu bilik, dan saling berinteraksi. Ketika itu pemain-pemain menunjukkan perasaan sebenar mereka, sehingga ada yang menangis''
Ini adalah apa yang pasukan lain tiada. Iaitu semangat UNTUK NEGARA. Malaysia seingat saya mungkin satu-satunya pasukan yang langsung tidak menggunakan tenaga luar dari jurulatih sehingga pemain. Bayangkan negara-negara kerdil seperti Laos juga menggunakan khidmat luar.
Skuad negara selepas itu kemudian mengharapkan belas ikhsan Indonesia supaya menjunjung semangat kesukanan dengan menampilkan permainan sebenar menentang Thailand yang jika menang akan terus menyingkirkan Malaysia.
Juara bertahan, Vietnam kemudiannya di kejutkan Malaysia. Dendam mereka di final sukan sea loas masih belum berbayar. Semuanya apabila Safee sali menghasilkan kedua-dua gol. Perlawanan malam ini juga di bayangi insiden suluhan laser yang pantas di bantah bolasepak Vietnam selepas itu. Namun jika sedar atau tidak ,penjaga gol Vietnam yang melakukan kesilapan gagal menangkap kemas tandukan Safee tidak di gunakan pada perlawanan kedua. Nilailah sendiri kerana apa jurulatih mereka tidak menurunkannya.
Final AFF menyaksikan perlawanan ulangan peringkat kumpulan. Selepas berjaya menewaskan Philphine dengan kedua perlawanan di lansungkan di Indonesia , Garuda tampak yakin. Pemain mereka di buru bak selebriti !
Rata-rata rakyat Indonesia juga lupa diri. Aksi konsisten dan kemenangan besar mereka ke atas team Malaysia menyebabkan keadaan seolah kemenangan di final sudah berpihak kepada Indonesia. Mereka lupa satu perkara.
Iaitu Indonesia langsung tidak pernah keluar dari gelanggang sendiri menuju kempen final.
Rajagopal sendiri pantas melaungkan dan mahu melihat sejauh mana kekuatan pasukan Alfred Riedl itu di luar laman sendiri.
Safiq rahim juga memulakan perang psikologi dengan mengeluarkan komen bahawa Indonesia tidak sekualiti Vietnam.
Perlawanan yang menjadi tumpuan Asean itu sempat membuatkan rakyat Malaysia mengurut dada selepas Gonzalez berjaya memasukkan bola ke dalam gawang ,namun mujur offsaid.
Seperti perlawanan separuh akhir, laser masih menjadi masalah. Tindakan bodoh Markus iaitu penjaga gol Indonesia yang mengajak rakan-rakannya keluar padang KETIKA MOMENTUM MALAYSIA MENYERANG INDONESIA memakan diri !
15 minit berikut, jutaan penyokong Indonesia terdiam. Markus terduduk menggeleng kepala.
3 gol di sumbatkan.
Bermula dengan kesilapan Maman yang cuba membiarkan bola melepasi garisan walaupon ianya satu tindakan bodoh dengan keperlahanan bola membolehkan Norshahrul mencurinya menerusi tindakan bijak. Lorongan kepada Safee menghasilkan gol pertama.
Matyo juga terus menjadi arkitek ,apabila bola rembatannya termantul keluar tepat untuk Ashari melakukan tendangan yang langsung tidak dapat di selamatkan. Indonesia TERUS KALAH MENTAL ! apa yang di bayangkan King Raja benar-benar berlaku. Safee dengan begitu mudah menyelit dan tanpa kawalan menyudahkan hantaran Mahali untuk menghasilkan gol ke tiga.
Bukit Jalil ibarat kubur buat si Garuda.
26 12 ,sekali lagi tsunami melanda Indonesia
Antara reaksi yang mencuit hati ialah tindakan Julia Perez yang bereaksi secara berlebihan. Saya tidak dapat mengingati nama seorang VIP indonesia yang sanggup hadir di Stadium Bukit Jalil.
Ketika di tanya wartawan negaranya untuk leg ke 2 dia menjawab
''saya sudah serik mahu menarget, saya jangkakan Indonesia bakal menang 5 lagi''
Keputusan 3-0 di bawa ke leg ke 2.
Menggunakan strategi bertahan, Indonesia sememangnya menyerang bermati-matian. Hasilnya mereka memperoleh penalti yang saya kira bakal menukarkan keadaan jika jaringan berjaya di hasilkan. Namun ketua pasukan Indonesia ,Firman Utina gagal mengatasi Khairul Fahmi. Sepakan rendah dan lemah mudah di baca Apek.
''adakah anda tahu Rajagopal sendiri yang menyuruh Khairul Fahmi mearah ke sudut itu? ini kerana analisa Raja melihat Firman kerap kali meggunakan arah itu jika memperoleh penalti''
Serangan demi serangan akhirnya di bayar strategi bertahan Malaysia. Kesilapan hantaran ke arah Ashari membolehkan penyerang Terengganu itu melorongkan bola tepat ke arah killer Harimau Malaya iaitu Safee sali.
''adakah anda tahu jaringan itu di hasilkan menerusi kaki kiri ?''
Indonesia selepas itu berjaya bangkit menghasilkan 2 gol walaupon memerlukan 5 gol.
Bambang di petik selepas itu berkata ,
''kami tidak tewas malam ini''
Pasukan garuda kecewa kali ke 4 di final AFF .
Seperti biasa, berbagai kambing hitam di guna. Dan laser merupakan propaganda paling utama. Akhbar-akhbar utama Malaysia kemudiannya pantas memback up dengan menayang muka hadapan dan begitu besar tajuknya bagaimana Laser di mulakan terlebih dahulu bukan saja terhadap Malaysia tetapi turut terjadi ketika menentang Philphine. Kompas.com (website utama indonesia) seingat saya ketika itu tidak menyentuh mengenai isu ini kerana tahu akan perkara sebenar, cuma mereka enggan menjelaskan keadaannya kembali.
Di sisipan ini juga saya ingin menunjukkan artikel yang di petik dari kompasiana.
Bukan karena Laser, Tapi Mental…
45 Menit pertama tidak menghasilkan apa-apa, secara mental Timnas sudah mulai goyang, karena prediksi semua pemain meleset terhadap kemampuan Timnas Malaysia, pada 45 menit kedua teror laser mulai dijadikan kambing hitam, sementara stamina di 45 menit pertama sudah terkuras, karena bermain terlalu over dosis, ambisi untuk meraih kemenangan yang menggebu-gebu, itu tidak salah, tapi stamina mejadi kedodoran , dan terbukti dengan lemahnya pertahanan, lebih-lebih setelah di bombardir oleh lawan.
Timnas tidak mempersiapkan mental untuk kalah, itu juga tidak salah, tapi kalah satu gol bukan berarti kalah pula secara mental, ketika satu gol disarangkan malaysia, Timnas seakan tidak percaya itu bisa terjadi, karena sangat yakin akan mengalahkan Malaysia, kenyataan ini yang membuat mental Timnas Indonesia semakin drop, sementara satu gol pertama bagi Timnas Malaysia adalah “Doping” yang luar biasa, yang memicu semangat mereka semakin menggila, Timnas Indonesia malah sebaliknya.
Ada anekdot yang sering dikatakan pada orang-orang yang secara mental kurang konsisten yaitu
“Mental Melayu”, mental yang mudah berubah-ubah karena situasi dan keadaan, kalau BungKarno bilang “Mental Tempe”, bisa jadi Timnas ini tipikal pemain yang bisa bermain bagus kalau dikandang sendiri, tapi itu juga ga masalah, asal menang, tapi kalau dikandang sendiri nanti kalah juga, ya kita harus berjiwa besar bahwa lawan kita memang lebih bagus.
Ketika menghadapi suatu kekalahan bisa menerima kekalahan dengan jiwa besar, tanpa mecari kambing hitam, itulah tandanya kita Bangsa Yang Besar, tapi tidak bisa menerima kekalahan dan mencari kesalahan orang lain, artinya kita cuma mau menang sendiri dan tidak berjiwa besar.
Public expose terhadap Timnas Indonesia sudah over expose, sehingga tidak proporsional dengan prestasi yang diraih, mereka belumlah menjadi Juara Piala AFF tapi exposer-nya sudah berlebihan, inilah yang disesalkan pelatih Timnas Indonesia Alfred Riedl, Riedl sendiri mengakui, kekalahan Indonesia bulkanlah disebabkan laser, tapi oleh karena individu (Kompas.com)
Kekalahan adalah pelajaran berharga untuk meraih kemenangan, jangan kalah mental karena kalah dan jagan patah semangat karena kalah, kalah dan menang hal yang biasa dalam suatu pertandingan. -
Ajinatha
---
Adakah anda tahu ,Irfan Bchdim dalam twitternya sendiri mengganggap laser bukan sebagai punca
Menutup post kali ini ,tujuan mengenang perkara lepas sebenarnya bukanlah bagus cuma sebuah memori indah. Jelang setahun lagi juga pentas AFF akan kembali panas. Tambah menarik ,di hostkan Malaysia dan Thailand. Tidak sabar untuk melihat gandingan Nazmi dan Safiq.
''Mereka bermain kerana jersi mereka berwarna di badan dan hati, tidak boleh di beli dengan naturalisasi dan tidak pernah di jual dengan publisiti kecuali kehormatan negara sendiri''
sumber gambar perjalanan malaysia : http://suffer.frenzyfm.my
anda boleh like page facebook blog ,klik (disini)