Followers

Thursday, 22 December 2011

2011 : Legasi penyambungan kebangkitan Harimau Malaya

2011, dunia bolasepak Malaysia masih bertahan dengan kemasyuran. Gelojak emosi dan drama turut mewarnai. Kemenangan Sang Harimau mengatasi Garuda untuk terus mengekalkan kalungan emas di lehernya membuatkan seluruh peminat berbangga. Malaysia membuktikan keunggulan sebagai Raja tanpa takhta di nusantara Asean.
Kini tiada istilah laser, mahupon kambing hitam yang di perlukan ,mereka terpaksa mengakui, Harimau Malaya sudah bangun kembali, mencari kembali kehormatan yang pernah di beri .

Di peringkat tempatan, saya le bih suka mengakui Terengganu sebagai pasukan yang paling menyerlah berbanding pasukan-pasukan besar lain seperti Kelantan, Negeri Sembilan atau Selangor.
Terengganu mendakap Piala FA selepas menewaskan Kelantan 2-1

Jelas sekali Irfan Bakti berjaya mengadunkan pemainnya sebaik mungkin memastikan prestasi pemain kekal konsisten sehingga berjaya merentasi gelombang merah di Kota Bahru dan mencapai Final. Terengganu yang juga pemain paling ramai di panggil Rajagopal ketika menghadapi siri perlawanan persahabatan dengan India telah menunjukkan bakat pemain-pemain yang lebih menyerlah.
Manaf Mamat menjadi peledak paling berbisa Piala Malaysia

Bakat dan kemampuan beliau tidak perlu di ragu, salah seorang watak terpenting dalam Pasukan Penyu, tak lain tak bukan ''Ashari Samsudin''

Negeri Sembilan. 


3 kali final Piala Malaysia bejaya mereka capai. Namun seakan terlampau berminat dengan piala tertua Asia itu, prestasi ''Juara'' nogori hilang di liga. Mereka menjadi pasukan paling konsisten dalam piala ini. The champioNS juga telah memberi tentangan sengit buat pasukan negara dalam perlawanan persahabatan. Hobin Jang Hobin sememangnya mempunyai barisan ampuh di bahagian pertahanan dengan kebanyakan pemain mereka ialah pemain nasional Malaysia seperti Nor hafiz, zafuan dan Farizal Marlias.

Jika musim ini anda menyebut mengenai Negeri Sembilan pasti tidak lengkap dengan nama HAI-O, salah seorang pemain paling berpengalaman dalam arena bolasepak masa kini, antara satu-satunya pemain yang masih bertahan DAN MENJADI REBUTAN dari era kegelapan bolasepak Malaysia. Hairuddin omar menjaringkan gol di 3 final piala Malaysia.

Kembali pulih dari kecederaan Aidil membuatkan Rajagopal pening. Kemampuan beliau menghasilkan gol menyebabkan nama pertahanan lain dalam kem kebangsaan terpinggir. Panas di luar gelanggang, Aidil tetap menjadi pertahanan terbaik dalam kancah liga domestik.

Apakah rahsia mereka di Piala Malaysia? Sejujurnya saya juga tidak dapat menafsir.

Kelantan.

The red Warrior menepati ramalan sebagai pasukan paling handal dalam dunia bolasepak tempatan. Menjuarai liga super adalah buktinya. Bagi saya, sebuah pasukan itu akan di anggap benar-benar baik jika memenangi liga kerana segala komitmen, konsisten, kekuatan mental dan fizikal di perlukan untuk menghadapi siri perlawanan yang panjang. Dan Kelantan berhak ke atasnya. Mengatasi Selangor ,Negeri Sembilan, Kedah dan pasukan lain, Kelantan berjaya mengekalkan rentak.

 Matyo atau Norshahrul idlan talaha, pemain paling bernilai

2011 menyaksikan arena bolasepak negara baik dari kancah domestik mahupon antarabangsa telah meningkat. Bagi pasukan negara, drama dan skripnya kekal sama. Kekalahan Malaysia kepada Singapura telah membuatkan Rajagopal di kecam. Malah kemenangan emas di sukan sea menyebabkan peminat mula membandingkan beliau dengan Ong Kim Swee

Kekal tanpa kalah dalam 5 perlawanan persahabatan dari januari hingga julai ,harimau malaya terpaksa akur kepada The Lion.



Namun kekecewaan itu di tebus oleh pasukan HARIMAU MUDA. dengan melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan olimpik dan memenangi emas sukan sea. Persembahan terpuji juga di pamerkan anak buah OKS ini dalam 3 perlawanan kelayakan itu. Jepun terpaksa berhempas pulas menewaskan Malaysia 2-0 sehingga mereka di kecam akhbar yang menjangkakan Malaysia bakal di lauk. Syria pula menggunakan kesempatan keletihan pemain negara. Bahrain bernasib baik .Kecederaan dan taktik permainan keras dan kasar telah menyebabkan rentak permainan Malaysia hilang. Namun kita harus akui perjalanan untuk ke sana masih jauh.

Perpindahan pemain ke luar juga mula berlaku. Penyerang handalan Malaysia iaitu Safee Sali memilih menyarung jersi Pelita Jaya. Kelab-kelab luar juga terutama Indonesia mula memancing pemain-pemain kebangsaan ke liga Indonesia.

Khabar angin membabitkan kelab luar yang mula memerhati pemain Malaysia juga beredar kencang. QPR ,Wigan Athletic dan kelab bundesliga antara dalam senarainya. Malangnya ,ranking Malaysia yang jauh terpelosok menyebabkan impian pemain seperti Safee dan Safiq ke Cardiff gagal terlaksana.


Siri perlawanan persahabatan pasukan Harimau Muda ke Slovakia juga telah menarik perhatian FC vion untuk mengikat trio Malaysia secara pinjaman iaitu fadhli shas, Wan Zack dan Irfan Fazail.


Pemain terbaik Malaysia bagi tahun ini tak lain tak bukan ,penjaga gol terhandal Asean iaitu khairul Fahmi
kehandalan beliau bukan saja menyebabkan namanya tersenarai sebagai pemain no 1 Malaysia tetapi juga di peringkat ASEAN

Permata berharga yang bersinar.
The wonderkids Malaysia, Nazmi Faiz Mansor, berusia 17 tahun apabila menjaringkan gol di peringkat kelayakan olimpik. Beliaulah bakal peneraju pasukan Malaysia masa depan.

Harapan saya tahun 2012, kita akan mengekalkan legasi tahun emas Malaysia dengan Piala AFF yang akan berlangsung tahun hadapan. Tidak sabar rasanya untuk melihat bagaimana Nazmi dan Safiq bergandingan, bagaimana dengan kekuatan pemain tengah OKS bergabung dengan pasukan Raja.

Moga kita makin berjaya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...