Followers

Thursday, 15 December 2011

Revolusi kejurulatihan Malaysia

--berikut merupakan artikel yang saya muatkan dalam website kompasiana (klik sini) berkaitan rahmad melatih malaysia ??
---------
(SUMBER GAMBAR : SINI )
Saya sempat membuka ruangan olahraga di kompasiana ini ,laman berkumpulnya sang penulis berbagai ideologi pemikiran kritis dan kreatif :) ..Perletakan jawatan Rahmad dermawan bagi saya sesuatu yang mengejutkan ,kerana pingat perak bukanlah satu kegagalan..Malahan, saya juga berani jamin andai Malaysia sekadar mampu mencuri pingat perak di sukan sea lalu ,Ong Kim Swee (pelatih malaysia) ..tidak akan di pecat oleh FAM..Namun saya enggan mengulas mengenai krisis PSSI dan liga2 indonesia yang di kata penyebab pengunduran beliau memandangkan saya tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenainya..

Saya hanya mahu memberi respon terhadap beberapa anggapan penulis kompasiana yang takut jika Rahmad di rekrut timnas Malaysia. Bagi saya kemungkinan untuknya adalah tipis sekali..sejak era Bertalan Biskei selaku jurulatih luar terakhir pernah di guna Malaysia, FAM enggan melakukan langkah sama lagi. Pemilihan Norizan Bakar sebagai jurulatih tempatan era baru masih gagal. Sebelum B.Sathianathan mengambil alih. B. Sathianathan telah memangkin kembali pembangunan bolasepak malaysia dengan kemenangan pestabola merdeka sebelum di ganti K.rajagopal..

Fam sebenarnya sudah melihat akan kesilapan mereka. Solusinya bukan mencari jurulatih hebat tektikal dari luar tapi mencari jurulatih yang kenal akan kemampuan pemainnya supaya dapat memaksimalkan kekuatan pasukan. Jika di era kegemilangan Malaysia, jurulatih luar antara yang berjaya membawa Malaysia ke sukan olimpik ..tapi ini kerana pemain yang di kumpulkan ketika itu sangat berbakat, dan dalam level sama bagi kesemua pemain. Malaysia sebenarnya tidak pernah kering dalam melahirkan pemain berbakat walaupon dalam zaman kejatuhan.. antaranya Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain percubaan dengan Eintracht Frankfurt) dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain untuk RC Strasbourg) tapi menjadi masalah untuk mengadunkan mereka supaya dapat mengeluarkan kekuatan maksimal pasukan ! Ini kerana hanya jurulatih yang mengenali pemainnya saja dapat melakukan perkara itu..

Justeru pemilihan sathianathan dan rajagopal adalah satu langkah solusi yang amat berkesan..Rajagopal tidak akan sewenangnya berkata ‘’saya kenal pemain saya” jika beliau tidak benar2 tahu akan perkara itu.
FAM(badan seperti PSSI indonesia) mula faham, membangunkan sebuah pasukan bukan saja datang dari kumpulan pemain hebat tapi kesefahaman antara setiap individu dalam pasukan !
 
''pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.''-ALAN HARRIS

Khidmat jurulatih luar sudah tidak di minati FAM selepas era Bertalan Biskey. 
''Semase perlawanan persahabatan menentang Singapura pade tahun 2005, beliau telah membaling botol air mineral kepade pemain singapura. Alasan beliau ialah untuk melindungi pemain kebangsaan dari kekasaran pemain Singapura.''

Kesilapan FAM terus berlanjutan apabila memilih Norizan Bakar . Jurulatih berpengalaman ini membimbing Malaysia dalam kempen piala asia paling memalukan di hadapan penyokong sendiri dengan di bolosi 12 gol ! dan hanya mampu menjaring 1 gol ! Ibarat mendapat wahyu, FAM telah menggantikan beliau dengan B. Sathianathan.

Era B. Sathianathan menyaksikan bolasepak malaysia mula bernafas sedikit. Peminat mula tersenyum tatkala kejohanan kecil iaitu pestabola merdeka berkaja di takluki. Namun prestasi Malaysia terus tidak konsisten di bawah sathia. Kekalahan 5-0 kepada UAE dalam kelayakan piala asia menyebabkan beliau mengundurkan diri. Sathianathan meluahkan kekecewaan beliau dengan mengkritik secara lantang bahawa

''liga malaysia bukan liga bolasepak''
Akhirnya the special one berjaya merungkai pemasalahan Malaysia .Orangnya tak lain ialah Dato' K Rajagopal. Membawa Malaysia merentasi ranjau sukar di peringkat kumpulan sukan sea 2009 di laos ialah satu perkara di luar jangkaan peminat. Kemenangan mengejut Malaysia mengatasi Malaysia Thailand 2-1 hasil ledakan penyerang berbisa lagi berbahaya iaitu Fakri Saari. Malaysia kemudiannya muncul pemenang emas hasil kebangangan dan sikap menunjuk keheroan oleh penjaga gol vietnam yang terlupa kualiti pasukan rajagopal ini yang akhirnya meneruskan legasi penguasaan hasil kejuaraan AFF.

King Gopal membuktikan kewibawaan beliau selepas membawa Malaysia merentasi lautan gelora bung karno dan kemudiannya memenangi piala AFF walapon Malaysia berdepan kecederaan. Disini terserlah kebijaksanaan beliau dalam memilih pemain senior untuk mengisi kekosongan anak buah beliau yang kebanyakan datang dari harimau muda. Kemasukan Amri Yahya dan Safee Sali adalah langkah bijak yang kemudian membawa piala itu pulang ke tanah Malaysia buat pertama kali.

Rajagopal berjaya membawa cara permainan baru Malaysia. Dimensi bolasepak era baru Malaysia mula bersinar. Harimau Malaya sudah tidak malu-malu merembat dari jauh malah tidak gentar menggelecek .Kalau di banding dengan kempen kelayakan piala asia ,persembahan skuad negara cukup memalukan. touch bola  hilang.,touch bola hilang..

Rajagopal berjaya menerapkan corak permainan pantas dalam menyerang. Bahagian wing juga di manfaatkan dengan cukup baik, malah ada yang mengatakan mirip corak permainan kelab-kelab sepanyol.

Namun, nama beliau mula goyang di hadapan peminat apabila Malaysia tumpas 5-3 kepada musuh ketat ,singapura. Peminat harus sedar, buat masa ini tak semua nama yang di canang super di liga mampu beraksi sehebat itu di peringkat international. Masa harus di beri masa supaya lebih ramai kelompok pemain- pemain bersedia untuk di panggil. CUKUP BERSEDIA !

dalam banyak2 coach aku paling tertarik dengan quote dari claude leroy

“ Jangan Sesekali Memalingkan Muka Kamu Menyembah ke Bumi, Terus mendogak dagu, membuka dada kerana perjuangan kamu belum berakhir ” – Claude Le Roy

ULASAN TERHADAP ONG KIM SWEE (DI SINI)

hakmilik sepenuhnya kebangkitan harimau malaya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...