Followers

Saturday, 26 November 2011

Tektikal OKS perangkap Rahmad




-INDONESIA-

perlawanan malam tadi membuktikan kata aku ketika malaysia menewaskan indonesia di peringkat group. Kekuatan indonesia datangnya dari pemain papua iaitu wangai dan bonai sambil di bantu andik. Sayangnya rahmad gagal mengadunkan barisan depannya.

Pemain2 mereka tampak hanya mencari tempat kosong, dan menebuk pertahanan, BERLARI, kemudian barulah melakukan hantaran ke tengah. Mereka harus ingat, pertahanan malaysia ialah pertahanan Aff yang cukup berpengalaman ! Indonesia sama sekali gagal dalam merencana menerusi gerakan pendek mahupun panjang yang pantas dan effektif.

Pemain tengah mereka sama sekali tenggelam di ketua ketua pasukannya dengan gerakan datang dari pemain sayap yakni pemain papua. Memasukkan Ferdinand sriNaga adalah salah satu kecacatan yang di lakukan rahmad, walaupon menjaringkan gol yang terang2 offsaid (tandukan okto) ,pemain ini tidak mendatangkan kesan terhadap barisan depan. Mungkin juga Indoonesia masih bergantung kepada Bonai untuk menggerakkan, tanpa menggunakan ferdinand yang lebih cergas.

di bantu dengan kecekapan penjaga gol terbaik ASEAN pertahanan malaysia berjaya bertahan walaupon beberapa kali kebocoran.

-MALAYSIA-

OKS memang tak dapat di jangkakan, jika sebelum ini sakrani, shahrul, izzaq semuanya pemain simpanan yang menghasilkan jaringan hasil taktikal saat akhir (bukan shahrul). Siapa sangka OKS melancarkan pemusnah dari bahagian pertahanan! Asra seolah menjadi Gerard Pique apabila naik ketika serangan di lakukan, mengaburi mata pertahanan lawan yang mencari badrol mahupon fakri.

Malahan, pertahanan menerusi Zubir juga tidak takut untuk membantu serangan sehingga naik ke kotak penalti lawan walaupon terdedah posisi kawalannya kepada Titus Bonai. Jika sebelum ini Malaysia memanfaatkan sepenuhnya bahagian sayap yang cukup effektif melakukan serangan hendap Rahmad ternyata terperangkap dalam permainan OKS. Pemain sayap malaysia kelihatan berada di tengah padang dengan Irfan berada di belakang dan membantu fakri. Dia sentiasa menjadi pengikut dan bersedia menerima bola muntah, jika bukan 2 kali tendangannya lemah dan di selamatkan pertahanan lawan, irfan akan jadi pemusnah malam ini.

Thamil Arasu pula di manfaatkan OKS untuk lebih membantu pertahanan. Amat jarang melihat beliau berada di atas menyokong fakri. Percaturan OKS memasukkan nazmi amat positive terhadap barisan depan malaysia dengan hantaran jauh yang lebih kreatif. Namun, barisan depan di ketuai Fakri masih tumpul. Fakri jelas tidak mempunyai alert terhadap rakan yang menunggu utk sekadar menyepak masuk menerusi satu serangan yg terus ke dakapan penjaga gol.

Tanpa izzaq, wan, shahrul, fandi, dan nazmi (simpanan) skuad malaysia harus di beri pujian. Berdepan dengan ketidak cergasan, half tima nampak perlahan. Malaysia lebih biar Indonesia menyerang dan mengharapkan counter attack. Man of the match malam tadi pastinya Kharul FahmI Che Mat. bukan kerana ketangkasan beliau menghalang penalti tapi juga cubaan2 berbahaya penyerang indonesia. Hadirnya penjaga gol terbaik ASEAN kini di bumi Malaysia. Malah ada komen2 di website indonesia yang awal2 menjangkakan Malaysia akan menang kerana adanya penjaga gol kebangsaan nasional mereka.

MENTALITI JUARA
Rata2 penulis indonesia mengakui Malaysia menang kerana punya mentaliti juara. barisan pemain ini tidak gentar dengan sorakan 100 000 orang di GBK. Mereka tenang dan tidak terganggu. Jika vietnam sebelum itu gagal dalam menangangi mentaliti ini apabila bertemu indonesia di semi final ,ternyata malaysia mampu. Setiap pemain tahu akan kemampuan masing2 dan paling penting bermain bukan semata-mata ganjaran tapi kerana harga diri bangsa yang melebihi perkataan2 nasionalisma hipokrit semata. Tak perlu mengejek lagu negara orang lain, tak perlu memprovokasi cukup membuktikannya sendiri.

Pujian buat kedua pasukan yang menghadirkan permainan menghiburkan di mana setiap jantung yang melihatnya pasti berdegup kencang. Indonesia mempunyai potensi untuk membangunkan pemain2 papua mereka yang cukup pantas dan berbakat dan malaysia mempunyai pemain berpengalaman bermentaliti juara lebih ramai pada masa depan. Bayangkan kalau seorang safee sali, seorang norshahrul ,seorang safiq rahim ada malam tadi pasti runtuk GBK.

''JIKA ANDA ADALAH JUARA, LAKUKANLAH APA SAJA TAPI TIADA APA YANG AKAN DAPAT MENGHALANGNYA''

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...