Followers

Wednesday 22 February 2012

(Temubual) Ketahui kisah Anak Muda Malaysia di Gisborne City FC


Gisborne City FC  ialah kelab New Zealand yang bermain di divisyen satu ''eastern league''. Tahun 2010 dieorang menang 
  • 2010 Eastern League Div 1 Champions
  • 2010 Federation Cup Champions

Kira kelab kuat jugak la. So macam mana boleh terselit 2 orang warga Malaysia dekat kelab ni??


Notable former players


Dari wikipedia

Selepas kisah 2 beradik ni tersebar di ruangan Facebook ramai yang berminat nak amik tahu. 

So, seperti biasa aku menggunakan laman sosial MukaBuku untuk menghubungi Fandiz supaya dapat berkongsi cerita dengan pembaca-pembaca semua.

KHM BLOG: sejak bile fandiz mula terbabit dgn bolasepak secara official, maknanya ade terbabit dgn mana2 pasukan piala presiden cthnya??

FANDI:  saya dan adik saya Faril Hope tidak pernah bermain untuk mana2 pasukan piala presiden atau pasukan liga super ni.. pernah mencuba tapi gagal.. Sy pernah bermain di KL League Div1 untuk pasukan BRAZILIAN FOOTBALL CENTRE manakala adik sy bermain di FAS League Div1 untuk pasukan PNSB FC.. Saya pernah bermain di liga semi-pro di Oman selama 3 bulan.

KHM BLOG: boleh ceritakan bagaimana Fandi dan Faril mula menapak di New Zealand??

FANDI: Tahun 2011 sy dan adik ke New Zealand bertujuan utk bekerja sambil mencari club bolasepak disana.. alhamdullilah setelah 2weeks trial pihak pengurusan club suka dengan cara sy dan adik sy main.. Dan sejak itu sy mula bermain untuk club Gisborne City AFC di liga semi-pro New Zealand

KHM BLOG:
pernah mendpt offer mana-mana pasukan sebelum ini??

FANDI: Felda Utd pernah menawarkan kami untuk trial tapi sy lebih berminat untuk mencuba nasib di luar negara..


KHM BLOG: apa sasaran fandiz apabila membuka karier di sana??

FANDI: Sasaran utama sy dan adik sy skrg ialah untuk mencuba nasib di eropah dan berharap dapat mengukuhkan kedudukan di sana dan kekal di sana 


KHM BLOG: Mungkin sudah bersedia jika di panggil Rajagopal??

FANDI: Buat masa skrg sy tidak pernah terfikir dan belum bersedia lagi nak bermain untuk pasukan kebangsaan kerana sy mahu menimba pengalaman lagi dan memantapkan lagi permainan sy.. 

Itulah soalan ringkas yang sempat aku tanyakan. Buat masa ini sememangnya pemain kita harus mencari peluang sendiri mengembangkan bakat ,nak mengharapkan badan bolasepak yang satu tu memang tak kemana la. Aku salute usaha mereka yang terbang dengan duit sendiri.Apepun moga mereka berjaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...