Bukak paper, pasal penyokong belah ni berdarah bagai..
bukak paper belah ni pulak, team itu kene siasat,
bukak paper belah sana pulak, krisis persatuan..
yup, itulah saja tajuk-tajuk kegemaran dalam arena bolasepak Malaysia ni yang dah berusia setengah abad.
Kadang-kadang aku lagi suka baca akhbar inggeris, bukan kata aku tak patriotik tapi aku lebih suka cara penulisan dia. Kalau di bandingkan dengan akhbar melayu hanya tajuk belakang je yang Ummp! sory, kebenaran memang menyakitkan.
Rasuah dalam bola sepak Malaysia berjaya dibongkarkan pada hujung musim 1994 dan awal musim 1995. Hasil pembongkaran tu memang tak disangka kerana ramai bintang handalan bola sepak yang terlibat. Antara yang ditangkap adalah penjaga gol Pahang dan kebangsaan, Khairul Azman Mohamad yang telah menerima rasuah dan menyebabkan kekalahan 0-4 pahang pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1994 kepada Singapura. Diikuti oleh penangkapan Matlan Marjan (Sabah) dan beliau terus dibuang negeri. Ramai lagi yang ditangkap.-wangcyber.com
Aku sejujurnya menganggap rasuah sebagai sebuah alat yang kalau di buat senjata dalam bolasepak di tarafkan nuklear. Impaknya bukan saja mengambil masa setahun dua tapi berdekad lamanya! Aku pernah baca ,bagaimana teruknya keadaan kem bolasepak negara apabila krisis ini berlaku. Penyokong hilang kepercayaan dan mula mengejek pemain. Ianya bukan sahaja melibatkan kekuatan fizikal amnya tapi juga mental pasukan. Bayangkan korang bermain dalam satu pasukan yang korang tahu tidak mempunyai kekuatan sebenar, sudah tentu anda awal-awal lagi sudah negative bukan??
- Bola Sepak
- > Berita
- > Pegawai FAM disyaki atur perlawanan
Khamis 16 Februari 2012
Pegawai FAM disyaki atur perlawanan
Ketua Keselamatan FIFA Chris Eaton memberitahu The Straits Times bahawa terdapat pegawai FAM yang terlibat dalam pengaturan perlawanan.
Apabila dihubungi pada hari Rabu, Timbalan Presiden Hamidin Amin enggan menamakan kelab atau pemain yang terlibat kerana siasatan masih dijalankan tetapi beliau percaya satu atau dua kelab Liga Super telah terlibat.
Beliau berkata: "Ini berdasarkan bukti yang dikumpul pada musim-musim lepas, bukan sahaja minggu lepas. FAM akan mengumumkan dalam dua atau tiga minggu lagi."
A
Aku
RASUAH ADALAH PERKARA YANG CUKUP-CUKUP MENGHINAKAN BAGI BOLASEPAK.
Peminat yang masih datang stadium hari ini ialah benar-benar peminat sejati, ketika kesuraman liga kecil Malaysia ini berlangsung mereka masih sanggup meluang masa menyokong pasukan.
JADI DIMANA KEIKHLASAN UNTUK PEMINAT??
Mereka mengkhianati peminat.
Akusama sekali tak salahkan 100% gaji pemain atau FA, bagi aku apabila kau menjadi pemain bolasepak
kau kena sedar akan bahaya penyakit ni. Kau kene sedar macam mana hidup dalam kancah bolasepak Malaysia ni. Kau nak salahkan FA sebab gaji sikit? kenapa kau tak tanya orang-orang kerja kilang tu.
Bezanya kau nak pendapatan yang tinggi dengan cepat ,kalau macam tu apa bezanya kau dengan peragut?
FAM kena bertindak bukan sahaja tegas tetapi pantas. Aku puji langkah terus FAM yang tidak mahu keputusan liga FAM di paparkan secara terus. Liga-liga kecil ni biasanya akan menjadi tumpuan bookie kerana kurang perhatian dan mengganggap sukar di hidu.
Langkah mengharamkan pemain juga aku kira perlu. Sebagai pengajaran.
Satu yang cukup menghinakan sekali apabila ada jurulatih yang terbabit. oh, i can't imagine.
BTW, korang tahu tak final AFF lalu di Indonesia kecoh kononnya perlawanan itu di atur??
Seorang individu yang kononnya mempunyai peranan dalam sebuah organisasi bolasepak bernama ELI COHEN kononnya juga menghantar sepucuk surat kepada Presiden Bambang.
Setelah aku ikut berita ni, baru aku tahu yang sekali lagi media dieorang buat benda bodoh dengan menayangkan berita yang tidak sahih.
No comments:
Post a Comment