Followers

Friday, 17 February 2012

Johor disatukan, pro dan kontra




Hanya satu pasukan Johor
Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
NASIB tiga pasukan kelab Johor FC, Johor MBJB dan Majlis Perbandaran Muar pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan bakal berkubur selepas Presiden baru Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyarankan hanya satu pasukan beraksi dalam kancah Liga M.
Tunku Ismail yang dilantik secara rasmi selaku presiden pada Kongres Luar Biasa PBNJ, semalam, bertitah cadangan itu bagi memastikan kegemilangan bola sepak yang pernah dikecapi ketika era 80-an dan 90-an dapat diwujudkan kembali.

Melalui perancangan itu, katanya, PBNJ dapat memberi sepenuh tumpuan untuk mendapatkan pemain terbaik bagi menyarung jersi Merah Biru serta mampu mengukuhkan lagi kewangan dari segi penajaan.


metro
ISU membabitkan penggabungan pasukan-pasukan Johor menjadi panas apabila Tungku Mahkota Johor menyuarakan hasrat itu setelah kembali menerajui kerusi presiden PBNJ. Reaksi peminat terus panas! Malah menjadi perdebatan atas tindakan penyatuan itu. Sejujurnya, ketika ini lah aku baru melihat di mana penyokong-penyokong Johor, tak kira lah Johor FA mahupon Johor FC. Malah aku terkejut melihat sambutan terhadap isu ini.




Luxius Maximus, pengarang buku Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia sendiri mengulas isu ini di ruangan sokernet.
Aku bersetuju dengan apa yang di kata, tetapi menyatukan pasukan-pasukan ini ada BAIK DAN BURUKNYA.

Advantadges bila mempunyai banyak kelab sememangnya ruang pencarian bakat akan semakin banyak dan luas. Bayangkan bakat-bakat yang ada di pelusuk negeri, contohnya di Batu Pahat, selain sekolah bakatnya akan sukar di temui. Open selection kebiasaanya di buat di stadium-stadium pasukan bermain ataupun kawasan sekitarnya. Pengharapan supata ade scout yang mampu mencari ke marata tempat adalah sama sekali HAHGAM! Ini adalah salah satu sistem yang belum cukup lengkap buat bolasepak Malaysia.

Selain tu kita juga melihat pandangan bahawa kelab-kelab kecil ini mampu menyediakan ruang buat pemain-pemain. Berbanding dengan satu pasukan yang secara kasarnya kita boleh mengira sebanyak sekadar 22 pemain, dan jika mempunyai 3 kelab lagi sudah pasti tempat dan ruang semakin banyak.

Ketiga, merancakkan dan usaha dalam terus mengikis semangat kegeneriaan dalam penyokong kita. Ini adalah hakikat yang harus kita telan. Penyokong Malaysia tidak akan kisah untuk menyokong mana-mana pasukan di EPL, tapi akan menyokong pasukan di mana mereka lahir bersesuaian  dengan nama pasukan menggunakan nama negeri dalam liga Malaysia. Jadi usaha-usaha kelab ini sebenarnya sudah mengikis sindrom bolasepak Malaysia ni.
foto:

Shazli Shamsuddin Photography



Tapi timbul masalahnya ialah mampukah mereka bertahan?

Untuk rekod kita ada MPPJ, juara Piala Malaysia satu-satunya kelab. Akhirnya menemui noktah dengan terkubur. Jadi sejauh mana pengharapan untuk melihat MP MUAR dan MPJB bertahan??
Even akan datang masalah bila dana sekadar datang dari negeri.
Untuk rekod juga kita ada banyak kelab yang juga menemui pengakhiran yang sama.
 TNB Kelantan

JKR Kelantan, 

SKMK Kelantan

My Team

Korang sebut la sendiri berapa banyak

Kerana sebab yang kita sangat tahu ialah peminat. Seperti kebiasaan peminat akan menyokong pasukan yang kuat atau pasukan negeri mereka. Contohnya Johor FC, Johor FC sebenarnya bertuah kerana di sokong kuat oleh penyokong-penyokong di Pasir Gudang khususnya malah mempunyai kewangan yang cukup kukuh dari JCORP yang seingat aku pernah mengeluarkan dana berjuta-juta dalam membentuk pasukan tanpa mengharapkan bulat-bulat dari kerajaan negeri.

Tapi bagaimana dengan keadaan MPJB DAN MP MUAR, seikhlasnya sekadar menunggu rebah.

TMJ mungkin melihat aspek ini. Pandangan secara realistis dari situasi bolasepak Malaysia.. Daripada membazir dana dan akhirnya lesap baik tumpukan.Mungkin kita boleh tanya Ahmad Said kenapa die pun cakap begitu (menyatukan Terengganu dan TTEAM). Buat mereka yang melihat dan memegang dana itu sudah pasti akan kesal jika akhirnya ia tidak membawa pulangan!

Adakah aku menyalahkan beliau? Tidak, ini berdasarkan rekod sendiri.

Jadi mampu ke Johor FA??
Baru-baru ini TMJ telah menggaji Batistuta dan Fandi, itu membayangkan komitmen beliau. Memang kita boleh cakap, bila bergabung stadium tak jugak penuh, sebab! penyokong MPJB DAN MPMUAR sendiri tidak banyak dan aku rasa boleh di kira dengan jari! Jadi tidak adil untuk mentafsir sebegitu awal.
Soalnya, Johor FA harus berubah, jika tidak segalanya sama.

TMJ mungkin mahu membentuk sebuah kelab yang menghimpunkan bakat-bakat terbaik Johor. Tak salah, cuma mungkin ianya jangka pendek. Kelab-kelab kecil ini sebenarnya menghidupkan segala-galanya dari bawah tanpa kita sedar. Di negara luar, jika ada scout yang kebetulan dan melihat ke arah seorang kanak-kanak yang sedang bermain bola dengan pasukan lawan dan sangat berbakat mereka akan mengejarnya, tapi di malaysia, Kumaahran di jumpai ketika sedang bermain bola dengan ayahnya. Ini bermakna kita kekurangan aksi untuk pemain muda secara official dan bukan sekadar menendang bola dengan rakan-rakan.

Johor FC pula adalah lambang kejayaan buat pasukan kelab di era moden bolasepak Malaysia. Aku tak lihat sebab kenapa ia harus di kubur. Sepatutnya ia melibatkan 3 pasukan sahaja.

SO what the PROBLEM??

Sistem Malaysia dari atas perlu di ubah. FULLSTOP

#penulisan ini untuk anda membandingkan sendiri di mana kebaikan dan keburukan menggabungkan 3 pasukan Johor ini.

''di eropah mereka guna nama bandar dan tarik puluhan ribu penduduknya ke stadium setiap kali, di malaysia mereka guna nama negeri, penuh setengah stadium satu keajaiban''

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...