Followers

Friday 3 February 2012

Kisah Mahali Jasuli



Nama Mahali Jasuli antara tidak asing buat peminat. Kelibat sasa yang berposisi pertahanan sayap ini merupakan anggota tetap dalam skuad negara ,dan kerap menghuni kesebelasan utama. Antara watak yang memainkan peranan dalam memastikan penguasaan negara berterusan di sukan sea lalu, Mahali terus di beri kepercayaan apabila di lantik sebagai ketua pasukan Harimau Muda A.


Profile:
Nama: Mahali Bin Jasuli
Tarikh Lahir: 2 Aprip 1989
Asal: Selayang, Selangor
Tinggi: 1.75 meter
Posisi: Pertahanan Kanan

Ramai yang tidak perasan akan keistimewaan Mahali dalam kem negara. Beliau antara pemain yang membantu Malaysia memenangi emas Laos, 
piala Aff 2010, dan sukan sea baru-baru ini. 

Sebagai seorang individu biasa, Mahali antara individu yang aku hormat sebab dia tidak menjadikan bolasepak sebagai alasan untuk mencari ilmu.
Mahasiswa UPM ini juga pernah di anugerah anugerak khas oleh universiti beliau.

Ketika di tanya aku, susah atau tak ,beliau menjawab ringkas, ''agak susah la''..sebagai mahasiswa aku faham keadaanya. Dah la terbabit dengan
latihan, kemudian kuliah, belum masuk assignment dan study. Tu antara sebab aku salute beliau.

Kisah ketika kecil

Rakan beliau pernah berkongsi kisah zaman kanak-kanak Mahali dalam blognya. Agak bertuah sebab aku terjumpa.
Mahali di ceritakan amat fanatik dengan bolasepak dan pasukan Selangor dan Liverpool.

'' Pernah 1 masa, dia buat liga suka-suka dalam kelas bila ustazah pergi mengumpat dengan rakan2 ustazah yang lain. Koyak buku, lipat2 kertas buat sampan kemudian jadikan tiang gol kecik, amek cebisan kertas buat bola kecik. Mula-mula buat musim liga Malaysia. Waktu kena pilih team, guwa nak guna Selangor, tapi dah dirampas dulu oleh si Mahali. Last2 guwa pakai Kuala Lumpur. Kalau ditanya siapa yang jadi juara, of course la dia.

Hari demi hari bila guwa dengan dia bersembang, balik2 mesti pasal bola dan mesti pasal Selangor. Dari cerita pemain, pasukan, jurulatih, sampailah ke Azman Adnan, Assroff Hanafiah, Jaafar Salleh, Lim Chan Yew, Mike Pejic, lagu Viva Selangor, Selangor FM, Zainal Rahman, dan macam2 lagi lah. Semua tu macam dah di set dalam kepala otak dia. Cakap je ape2 pasal Selangor, macam2 dia tahu.''-chronohunterz.blogspot

Mahali juga mengakui dengan aku bahawa beliau mahu menyarung jersi Selangor selepas Harimau Muda nanti.

Malaysia's Mahali Jasuli battles Bahrain's Mohamed Ali Tayed during their 2012 London Olympic Games qualifying soccer match in Kuala Lumpur
Gol Mahali dalam saingan ke olimpik menentang Bahrain sebelum ini antara saat yang menggembirakan buat peminat namun harapan kemenangan itu di rentap 6 minit sahaja.

Mahali ketika di tanya, posisi asalnya ,mendedahkan bahawa kedudukannya sebelum ini di midfield. Tidak hairan lah sebab kalau korang tengok Mahali ni mempunyai skill gelecek yang boleh tahan tinggi.

Ketika kepanasan AFF memuncak ,media dan jejari internet Indonesia 
membuat sebuah pendedahan yang ''mengejutkan''. Mahali di dakwa di naturalisasi Malaysia! Buat anda yang masih ragu-ragu, ya ayah dan emak Mahali merupakan rakyat Indonesia. Sebagaimana ramai kawan-kawan aku berstatus seperti Mahali ini, adakah Mahali bukan rakyat Malaysia?
Tidak sama sekali, seperti tertera di atas, Mahali lahir di Selayang, Selangor ,Malaysia, cukup syarat untuk beliau memegang IC biru.

petikan dari bawean.net

Keluarga Besar Mahali Jasuli
Di Gelam Pulau Bawean


petikan artikel
''Menurut pengakuan Hj. Fatma, ketika Mahali Jasuli mengikuti pertandingan Piala AFF 2010, dirinya bersama keluarganya tidak pernah absen menonton televisi. Ketika Mahali Jasuli kelihatan dilayar televisi, "denyut jantung nadi langsung bergerak memberikan dukungan, saat terjatuh ada rasa khawatir luar biasa,"terangnya.


Apakah orang kampung Gelam mengetahui Mahali Jasuli mengikuti Timnas Malaysia? "Yach, semua orang Gelam sudah mengetahui, sebelumnya melalui ibunya di Malaysia selalu mengirimkan majalah atau koran yang memuat berita Mahali Jasuli,"paparnya.

Ketika Indonesia melawan Malaysia, mendukung yang mana? "Sebagai warga negara Indonesia mendukung Indonesia, sebagai nenek dari Mahali Jasuli mendukung Malaysia,"jawabnya diplomatis.

Setujukah bila Mahali Jasuli diminta sebagai pemain timnas Indonesia? "Terserah kepada Mahali Jasuli, sebagai nenek yang baik memberikan kebebasan sepenuhnya kepada cucunya untuk memilih sesuai kesukaannya.  Apalagi Mahali Jasuli dilahirkan di Malaysia bukan di Indonesia,"jelasnya.''

Aku tak begitu konfirm dengan kebenaran artikel-artikel dari Indonesia ni sebab memang media dieorang tak boleh di percayai sangat, baru-baru ni je, republica.co yang menipu mengenai status Safee Sali. Sempat aku bertanya kepada Zack Rahim, dan kemudian baru website-website ini didedahkan ke Metro .Artikel kat atas ni pon tarikhnya bulan 12 2010, maknanya dalam lingkungan saingan Piala AFF, dan biasalah medianya nak cari ayat menyedapkan hati peminat. Tapi kita ambil sebagai sumber yang sah dari Bawean.net ini.

Aku percaya dan tanpa ragu-ragu yang Mahali bermain 100% untuk Malaysia. Sebagai player bolasepak Malaysia, aku jamin memang dah di terapkan semangat nasionalisma yang tinggi untuk pemain-pemain. 

Untuk pengetahuan anda ,apa yang di muatkan di atas memang antara temubual penulis dengan Mahali .Beliau sempat meluangkan masa menjawab walaupon sibuk dengan persiapan menentang Bahrain esok. Aku sempat bertanya 

harapan peminat semakin tipis utk lihat malaysia layak ke olimpik..apa mesej buat mereka?

mahali membalas :
  • .keep supporting us peluang tipis tp belum t
  • tertutup

    Bagi aku tertutup atau tidak, peminat tetap harus menyokong Harimau Malaya.

    ''Sokong bolasepak Malaysia menang atau kalah, itu saja.''

    Jawapan ringkas beliau di sebalik harapan terhadap peminat.

    Aku mendoakan kemenangan berjaya di bawa pulang esok. Dengan pertemuan getir ini ,Malaysia tidak lagi mempunyai banyak pilihan.


    kami mungkin tak menjanjikan kemenangan, tapi kami janjikan aksi terbaik''


    sumber juga hasil temubual penulis dengan Mahali Jasuli.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...