So, seperti yang di jangka Japan menunjukkan permainan sebenar. Malaysia memang kalah dari semua aspek. Teknik? Jauh sekali. Jepun kerap memerangkap pemain Malaysia dengan membiarkan mereka hampir dan kemudian terus past, lalu terbuka la ruang buat pemain sayap. Malaysia pula terlalu ghairah merelase bola jauh sampai sebuah taktik menjadi sindrom takut pegang bola. Hanya sekali sahaja Wan Zaharulnizam menebuk sampai dapat free kick.
OKS menggunakan formasi 4-4-2 ,suatu taktikal yang bagi aku amat silap. Menggandingkan Thamil Arasu dan Shakir Ali amat gagal. Apabila bola di hantar dari jauh apa yang aku tengok kedua striker tak mencari ruang dan position sehingga begitu mudah di gagalkan pertahan, malah aku rasa tak berpeluh pun defends Jepun menahan meriam jauh Malaysia. Tengah Malaysia amat kosong, hingga apabila bola jauh di beri sampai dan kemudian tiada back up then bola hilang balik. Sefaham aku, sememangnya Jepun akan menyerang habis-habisan malam ni ,semua dah tahu, even coach Jepun mengaku nak kendurikan Harimau Malaya masak BBQ tapi kenapa OKS still tak suruh Malaysia bermain slow.
Pandangan aku, Malaysia sepatutnya bermain bertahan dan counter, tetapi aku tak nampak counter attack Malaysia menerusi 2 penyerang effektif. Akhirnya begitu mudah Jepun menjaring gol menerusi cross. Kalau korang perhati gol Jepun korang akan pelik di manakah posisi pemain Malaysia sehingga pemain Jepun begitu bebas ??
Gandingan pertahanan Malaysia pun agak kurang memberansangkan, tambah lagi Mahali injured. Aku tak tahu kenapa, tapi Muslim sebenarnya lebih baik bersama Fadhli (sekarang yang pandai hebat suruh buang Muslim boleh tutup muka). Dari segi taktikal keseluruhannya, sememangnya Malaysia kurang pergerakan tengah yang pantas, kurang pemain yang mampu gerakkan sebagaimana Safiq Rahim, dan kurang kreatif dalam mencari ruang.
AKU TAK TAHU KENAPA FADHLI SHAS SEKADAR MENONTON, ATAU MUNGKIN DIA TAK PERASAN? |
Perhatikan bagaimana lopongnya pertahanan Malaysia. Gol ke 3 Jepun. 4 pemain Malaysia berbaris di depan .
sumber: sokernet
|
Jepun sememangnya menunjukkan keupayaan, karakter dan layaknya mereka sebagai pasukan terbaik rantau Asia. Masih jauh untuk kita samakan kualiti dengan title jaguh Asean.
Dan ibarat rokok dan api ,KFC dan video, serta Fahmi dan gosip itulah juga lalang dan Malaysia.
Setakat ni aku tak pernah jumpa ada penyokong Man U yang di lalangkan ,kalau ada aku salute, korang layak di interframe dalam book of most id*** people. Cuma aku bangga sikit la sebab kat page Pasukan Bolasepak Malaysia ramai yang support, percaya atau tak ,lalang-lalang akan takut untuk komen.
Yang tambah perasa buat aku ketawa ialah mereka pengomen terpantas bila dapat update 4-0. Sah-sah tengok live streaming Facebook (canggih ouh). Dan pasti ayat paling popular ialah memecat OKS.ya benar buat satu tahap nanti kita perlukan jurulatih luar yg berkemahiran tinggi, buat masa ini kita perlu coach yg memahami utk memupuk potensi ke arah paling tinggi..jgn jadi mcm alan harris dulu, siapa dia?? apa rekod dia/? last2 die ckp pemain malaysia tak pandai beza but nak pakai..sebab??
Match ni menjadi match paling istimewa buat aku kerana aku sentiasa melihat jam, supaya cukup 90 minit. Selain bosan aku takut gol lagi sebenarnya. #not hipokrit
Aku bukan expert, tapi baca kat header, semuanya dari pandangan aku.
aku tgk yg 1st pn tau silap Fadli Shas.. knp la dia tak jaga mamat sblh kanan tu.. harap mereka lebih alert selepas ni
ReplyDeleteleka r tu..
Deletefadhli shas patut run and bekap gol.. yang patut dipersalahkan adalah zubir azmi masa ni..
Delete