Followers

Wednesday, 29 February 2012

Indonesia 0-10, mencari sebuah pengajaran

29 HARIBULAN 2, seunik angkanya seunik kekalahan sang garuda.Seunik 26 angkanya juga Indonesia sekali lagi di landa tsunami. Kekalahan besar dan amat mengejutkan oleh kuasa no 2 bolasepak Asean kepada Bahrain dengan bilangan angka 10-0 AMAT-AMAT MENGERIKAN! Aku cuba meninjau kompas.com dan hanya sekadar sebuah artikel berita di siarkan sedangkan mereka selalunya live update jika sebarang gol, takut spam agaknya, hehe.

Apakah sebenarnya masalah mereka?
Ya, kita sebagai orang luar memang tak mampu untuk menganalisa apa yang berlaku secara kesuluruhannya.
Tapi kita perlu melihat secara kasar apakah sebenarnya kesilapan mereka untuk kita jadikan pengajaran.
Kisruh PSSI sebenarnya memang dah berlanjutan sejak Nurdin Halid memegang jawatan presiden lagi. Si ketua ni amat sayang dengan kedudukannya  hingga kita sendiri tahu bagaimana dia sanggup menghandle PSSI di balik geriji penjara atas kesalahan rasuah.
Beliau sebenarnya cuba menyelamatkan krisis bola Indonesia dengan mengguna cara drastik iaitu import ,satu langkah memalukan buat negara yang pendudukanya 270 juta.

Sahabatku, perkenalkan Indonesia.
Aku bukan menghina tetapi inilah sebuah realistis.
Dr Mahathir ketika menjawab persoalan, pendapatnya mengenai Indonesia, dia menjawab
''sudah tentu sukar menguruskan sebuah negara dengan puluhan ribu bertaburan, jika saya belum tentu saya mahu''
Indonesia memang berpecah dari segenap segi.
Termasuk dalam bolasepak, jika anda belum tahu, ultras mereka sendiri tidak bersatu sebagaimana ultras kita yang bernaung di bawah ULTRAS MALAYA hasil gabungan pelbagai ultras negeri.
Rujuk video '' romeo juliet ''
Anda akan lihat sedutan dari pergeseran mereka.
Ini adalah pengajaran pertama : Jangan terlampau FANATIK ! Patriotisme boleh di kategorikan kepada banyak species, antaranya ialah patriotisme buta! Patriotisme yang sentiasa menganggap mereka membela maruah apabila menjahanamkan mana-mana pihak yang melecehkan mereka.
Alhamdullilah, sikap kenegerian rakyat Malaysia tidak terlampau kuat.
Nak sokong setia sampai mati tak salah, tapi janganlah sampai iman kau letak kat kaki, bolasepak berkaitan sebuah festive ,saling bersama enjoyed keseronokannya, tak kira la pihak lawan ,sakit hatinya kekalahan, kebanggaan sebuah kemenangan ,semuanya keseronokan bolasepak, adakah perlu mencemarkan dengan pergaduhan?

Kemudian perpecahan seterusnya ialah liga mereka.
Ibarat liga kampung, status mereka bertukar sesenangnya.
Hari ni liga ni sah, esok liga ni haram.
Harapan rakyat marhain Indonesia untuk melihat Djohar Ariffin membangkitkan kembali maruah bolasepak garuda ini rupanya makin tahap KRITIKAL!!
Jika di Malaysia, kita selalu mendengar ,''BERAMBUS POLITICIAN, ROYAL BLOOD FROM OUR FOOTBALL ASSOCIATION'', tapi kita tak pernah terfikir dengan sebuah perkataan yang juga menakutkan iaitu BUSSINESSMAN.

OK, aku ringkaskan cerita, full artikel boleh baca kat sumber bawah(just klik)
permulaan al kisah
Ariffin ada perniagaan minyak bersama kawannya iaitu Nirwan Bakrie. Si Nirwan Bakrie ni handle kompetisi senior dan Ariffin kompetisi usia muda.
Masalahnya bermula bila berlaku pertumpahan minyak yang di kenal lumpur lapindo. So, Ariffin jual seluruh sahamnya. Si Nirwan ni mestilah tahu yang dia sebenarnya nak lari dari tanggungjawab.

--
Krisis  dalam PSSI ni pulak bermula bila si Ariffin ni menggunakan penyokong-penyokong ANTI Nurdin dan reformasi dari pengaruh Nirwan Bakrie yang selama ni menguasai PSSI. Dari sini korang boleh tengok satu perkara yang sangat menakutkan iaitu wujudnya KRONI DALAM PERSATUAN BOLASEPAK!
Then Ariffin ni buat INDONESIAN PRIMIER LEAGUE (IPL) ,kalau tak silap aku inilah masanya IPL di kategori haram (betulkan kalau silap).
Posisi Nurdin Halid yang makin di hujung tanduk menyebabkan pengurus PSSI mula mendekati Ariffin hinggalah Ariffin di angkat jadi ketua (pengurus tu mungkin maksudnya ahli jawatankuasa tertinggi).

Kemudian terbukalah cerita membabitkan Safee Sali iaitu liga rasmi PSSI asalnya iaitu ISL di tukar IPL. Akibat dari menjunamnya prestasi Indonesia, Nirwan Bakrie pulak cuba cucuk.

SEE the point?? kalau di fikirkan memang cerita macam ni layak di maki, perselisihan membabitkan 2 individu melarat pula ke persatuan . Kita mungkin harap revolusi tapi bukan revolusi ''Kamal Artatuk''!

FAM memang tak adalah hebat sangat, cuma pemalas je, tahu buat kerja senang, hantar ke Slovakia, hantar ke England, pastu tunggu team kelab Europe datang buat friendly kutip juta-juta duit. Tapi atleast tiada perpecahan macam ni. Inilah akibatnya kalau seluruh anggota tak betul, dan tiada pengawalan. Tak mustahil, individu-individu tertentu ni gunakan pengaruh atau harta untuk membeli undi.

thinking about it for our benefit bukan just gelakkan je.
artikel penuh dari ( kliksini )

**teringat kata Sultan Pahang ketika anakanda-nya meletak di FAM dulu, ''saya pejuang bukan pengecut''..

Singapura lost 7..nanti aku ulas, dah tahap gaban dah kanser import ni, tu lah pakai tak beringat, sakit sekarang kena tanggung..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...