Followers

Tuesday, 21 February 2012

Review Malaysia Vs Japan (Olimpik)

Perjuangan Malaysia sememangnya sudah tamat dalam mencari tempat ke London bagi acara bolasepak. Mencatat kekalahan kepada semua pasukan bermakna tanpa sebarang mata ,adakah anak buah Ong Kim Swee ini di kira gagal ?? Malam ini juga akan melengkapkan statistik dan konklusi di seluruh kempen terbesar Malaysia setakat ini.

Aku sememangnya menantikan perlawanan ini dengan rasa teruja berbanding keyboard warrior ,ini kerana aku mahu melihat sejauh mana kekuatan sebenar Jepun yang bakal di tunjukkan malam ini. Kekalahan mengejut mereka kepada Syria telah membuka kembali peluang bukan sahaja kepada Syria tetapi juga Bahrain, malah Samurai Biru juga terancam di malukan jika terpaksa beraksi di play off berbanding layak secara automatik.

Perlawanan ini juga sebenarnya bakal mempengaruhi jurulatih mereka iaitu Takashi Sekizuka ,keputusan yang kurang memberangsangkan pada perlawanan pertama Malaysia vs Japan(0-2) dan kekalahan kepada Syria bakal membuatkan jawaran beliau terancam andai keputusan yang di mahukan rakyat Matahari Terbit itu gagal terlaksana.
Dari pandangan aku, beliau akan meletak jawatan atau di pecat jika Malaysia mengecewakan Jepun malam ini.


Mustahil Malaysia menang, seri kira bernasib baik.
Itu sememangnya pandangan yang menjengkelkan tetapi sedikit sebanyak realistis. Jepun sememangnya pasukan terbaik Asia ketika ini, pemain-pemain mereka juga banyak yang sudah menjelajah ke eropah meski bukan kelab-kelab popular. Kekuasaan mereka dalam rantau ini ,senior mahupun muda sudah terbukti. 
Tetapi ,Harimau Muda Malaya tidak patut rasa gentar, tidak perlu rasa takut, pasukan OKS ini tidak bermain dengan tekanan lagi sebaliknya berazam demi maruah berbanding Jepun yang memerlukan jaringan besar dan mengharapkan penjaga gol no 1 Asean, Khairul Fahmi tewas berkali.


Dengan tanpa Hazwan Bakri ,Wan Zack dan Gary (gantung perlawanan dan cedera) ,aku tetap optimis dengan kemampuan barisan Malaysia. Mereka dah buktikan kemampuan mereka sebelum ini. 
Taktikal OKS juga bakal di perhati kali ini. Adakah Malaysia akan meletakkan sebiji bas di depan gawang??
Pendapat aku OKS patut bermain seperti biasa, Malaysia harus kuat menyerap tekanan dan membalas dengan serangan counter attack,dari pemerhatian aku jika pasukan yang  terlalu ''eager'' mencari kemenangan mereka akan menyerang habis-habisan dan pasti tetap akan melakukan kesilapan, terpulang kepada kemampuan pemain kita untuk memanfaatkannya. Dengan Nazmi Faiz yang mampu me''release'' bola jarak jauh dengan tepat ,sememangnya bukan mustahil untuk Sang Harimau memerangkap Si Samurai.


Sebagai penyokong aku meminta maaf kerana sekadar dapat menyertai sorakan di depan layar kaca, kemampuan kewangan dan masa aku memang cukup terbatas buat masa ini. Tapi aku harapkan supaya penyokong-penyokong tetap hadir. Dengar kata ultras Jepun sendiri bakal turun ,sudah pasti akan memalukan andai mereka menjajah stadium kita! 


Mahu atau tidak ,memang akan ada suara-suara penyokong yang kurang kasih sayang, mahukan tiket free atas sebab Malaysia sudah tidak layak paling menggeletek aku. Jadi apa gunanya kau datang stadium ? supaya dapat memaki pemain Malaysia? Nasihat aku kau tak payah amik tahu pun pasal match ni, hati kau pun tak sakit ,mulut kau pun tak penat, easy right? 


Remember ..
''kita mungkin tak kan menang, tapi itu bukan bermakna kita tak melawan''


*sekalung tahniah buat pasukan universiti Malaysia layak ke Piala Dunia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...