Followers

Saturday 26 November 2011

Cruzeiro tertarik dengan bakat malaysia, Kumaahran




Cruzeiro meneruskan pemerhatian mereka terhadap bakat remaja malaysia iaitu Kumaahran, dedah goal.com.

Pemain berusia 15 tahun itu menunjukkan prestasi yang baik ketika latihan kem satu bulan di brazil ogos lepas dan kini kelab selatan amerika itu menawarkan lanjutan percubaan dengan mereka untuk tahun depan

Dalam temubual bersama wartawan goal.com, jurulatih Kummahran, Jaino Matos berkata, ''Cruzeiro sangat berminat membawa Kumaahran untuk satu lagi tempoh, dan kita patut berbangga dengan semua tu''

''Mereka adalah salah satu kelab yang besar, dan sudah tiba masanya, pemain remaja ini mengorak langkah mengikut  tahap mereka''

Peluang seperti ini jarang di perolehi oleh pemain malaysia, Kumaahran merancang menunjukkan segala kemampuannya untuk menganggumkan Cruzeiro.

''Saya tahu saya tak harus lepaskan peluang macam ni, tapi saya percaya akan diri saya, ini adalah peluang untuk saya mengikut jejak langkah idola saya, Santokh Singh, dalam karier antarabangsa,'' kata  Kumaahran.

''Sudah tentu saya berharap suatu hari nanti saya akan bermain dengan pasukan Malaysia, tapi saya juga berdoa jika Cruzeiro menawarkan ruang untuk saya suatu hari nanti.

''Saya dah tengok persekitaran bolasepak di Brazil. Mereka berlatih dengan cara yang berbeza, makan dengan cara yang berbeza. Ia mengubah sama sekali pandangan saya terhadap bolasepak, dan saya harap saya mampu menyambung pembelajaran tahun depan di sini,''

Jaino yang juga pegawai rasmi Cruzeiro di malaysia percaya Kumaahran mempunyai bakat istimewa dan menekankan pemain muda itu mampu melakukan perkara yang hebat.

'''Saya terlihat Kumaahran bermain futsal dengan ayahnya suatu hari ,dan saya tahu ade sesuatu pada dia. Ini lah sebab saya mengambil keputusan mengasah bakatnya dengan menghantar beliau ke Brazil untuk latihab kem pada bulan ogos,''

Namun begitu, Cruzeiro berminat untuk menyambung percubaannya dengan bonus.

''Mereka adalah kelab elit, dan sudah pasti mereka melihat potensi pada Kumaahran sepertimana saya. Jujurnya, beliau mempunyai potensi untuk bersinar pada masa depan,''

Sekarang, sama ada Kumaahran di serap atau tidak ,ini akan memaksimakan potensi beliau, kerana jika komen jurulatihnya boleh di percayai, Malaysia mempunyai timbunan bakat dalam tangan mereka.

sumber : goal.com


IKUTI SAMBUNGAN ENTRY INI (KLIK DISINI)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...