Followers

Friday 6 January 2012

cruzeiro tertarik dengan bakat kumahraan (PART 2)

Sebelum ni saya mendedahkan artikel di goal.com yang menyebut mengenai sebuah kelab Brazil yang cukup di kenali dalam menghasilkan pemain kebangsaan negara samba itu seperti ronaldo dan ramai lagi iaitu Cruzeiro (klik sini) . Mungkin ramai yang mencuih, dan menyifatkan kisah ini sekadar sebagaimana Wigan ,Cardiff dan QPR mengeksploitasi populariti liga inggris dan pemain tempatan untuk menaikkan nama kelab mereka (hakikat yang kita harus terima !) namun berita mengenai Kumaahraan ini bukan berita kosong.

Blogger terkenal iaitu Rizal Hashim menerusi blognya Malaysia Sport's Loose Canon telah menghubungi Orangeman ( Bola@Mamak). Hasilnya individu yang memainkan peranan membawa bakat Kummahraan iaitu Jaino Matos telah menghantar mesej kepada Rizal.

Berikut merupakan simpulan dari entry 

Cruising the Brazilian way


  •  22 February saya akan bawa dia ke Brazil untuk memulakan latihan
  • Beratus-ratus remaja yang melakukan trial itu dalam masa seminggu dan Malaysian yang terpilih!
  • Malaysia memang boleh, tapi kita kene melakukan dengan cara yang betul
Entry ringkas ini sekadar mahu menunjukkan kepada anda bahawa berita ini bukan sebuah berita ''kosmo'' tapi sebuah berita benar dan dalam sebuah proses. Moga kita doakan Kumahraan akan membawa sesuatu dan menaikkan nama Malaysia.

Rujuk entry penuh di blog rizal hasyim (klik sini)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...