Usai saja kuliah jam 4 ,aku dan rakan-rakan bergegas bersiap ke stadium jam 6. Seperti yang di jangka aku walaupon tiket free ,penonton still tak ramai. Tapi bukan selalu dapat duduk kat grandstand .Yang cukup bertuah jarak aku dengan Rajagopal , Safiq rahim dan beberapa player national lain kat kerusi VIP tak jauh.
Berbalik kat match. Suasana bertukar hujan renyai tatkala kami melangkah ke surau untuk solat maghrib. Selepas di bangku kerusi ,hujan bertukar lebat dan amat-amat merencatkan perjalanan perlawanan. Corak permainan Malaysia amat mengecewakan. Malah tak segan silu juga aku menyifatkan perlawanan itu sangat membosankan. Hanya beberapa percubaan ON target .
Selangor menurunkan player import barunya yang seakan Zlatan Ibrahimovic. Sungguh tinggi lampai dan besar susuk tubuhnya. Dari pemerhatian aku dia mungkin mampu membantu Selangor tapi untuk mencipta impak seperti Marlon Alex James jauh sekali. Aku sangat-sangat tertarik dengan pemain sayap Selangor berjersi 14, malangnya aku tak dapat tahu namanya. Pemain muda berbangsa india tu mempunyai potensi.
Malaysia olimpik yang bersedia untuk pertarungan hidup mati menentang Bahrain 5 februari ini tampil kurang memukau. Nazmi faiz gagal berfungsi, penyerang apatah lagi, hanya Wan Zack yang kelihatan mengancam. Maaf, kalau ini yang anak buah OKS pamerkan, bukan sahaja olimpik, liga Singapore pon bakal kita tenggelam.
Aku perasan dalam stadium pasti ada brother-brother or pakcik-pakcik Joker. Namun memang mencuit hati aku, apatah lagi antara lawaknya menyindir bilangan UltrasSEL. ''Apasal la dieorang buat marhaban kat sini''. Aku sekadar mengambilnya sekadar gurauan semata-mata.
Sempat bergambar dengan hampir 5 player kebangsaan Malaysia mungkin membalas masa dan tenaga akibat kebosanan perlawanan.
No comments:
Post a Comment