Followers

Wednesday 11 January 2012

Drama pagi FAM 2012

Tatkala kancah bolasepak Malaysia kembali membuka tirai, saya beranggapan bahawa segalannya akan tenang, tiada cerita panas dan keadaan normal. Tapi ibarat air tiada ada di pagi hari lalu bisinglah sekelian rumah. Liga Super mula kecoh di sebabkan ''kesilapan'' typo ,reading dan berkaitan klausa-klausa dalam syarat pertandingan 2012. Sebagaimana yang anda tahu ,tenaga import telah di kembalikan (saya tidak suka merujuk kepada awang ,seolah menunjukkan hanya pemaina afrika) ke liga ,justeru itu berebut-rebutlah pasukan-pasukan mencari pemain luar yang mampu memberikan kuasa ''turbo'' kepada perlumbaan bergelar raja pasukan tempatan Malaysia.

Kesilapan ''kecil'' FAM akhirnya membawa kepada proses saman PBSNT (terengganu FA) . Menteri Besar juara piala FA , Datuk Seri Ahmad Said menyatakan kesal terhadap pendirian keras FAM yang dilihat seolah-olah menutup jalan penyelesaian sedangkan isu itu boleh diselesaikan dengan mudah. 
"Nak gantung, gantung la...sebab FAM tidak bersikap profesional. Kita main bola untuk suka-suka dengan liga yang kita ada. Tetapi kalau sudah begini, ia memang tidak adil.

"Kamu (FAM) beri arahan, lepas itu silap dan kemudian kamu salahkan kami. Itu tidak adil

 namanya. Kecualilah jika mereka ego.

"Sebab itu pasukan Malaysia tidak berkembang sebab ada pegawai-pegawai yang macam ini 



yang bermain politik. Kita kata kita profesional tetapi sikap tidak profesional," ujarnya.


-MB terengganu





Sepaham saya, kronologi ceritera ni mulanya dari pengambilan 2 orang pemain import iaitu  Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnietto dari Brazil.


Tapi si Azzudin kata, 2 orang ni hanya boleh main untuk piala AFC dan bukan liga Malaysia. Ini maknanya, Si Penyu akan turun sepanjang musim Liga Super tanpa pemain import.


Tapi Terengganu bertegas mengikut syarat yang sepatutnya, sehingga Azuddin terpaksa mengaku silap ''mengeja''.




Kini Terengganu menerusi menteri besarnya nak saman FAM , langkah terbaik Fam buat masa ini ialah menggunakan kuasa kuku besinya terhadap mana-mana mulut pengkritik sedangkan mereka layak menerimanya. Terengganu dan T Team merancang untuk menarik diri dari liga, satu kerugian yang amat besar buat peminat.

Pada pendapat aku ,FAM patutnya sedar silap then beri peluang terengganu betulkan akibat kesilapan dieorang tu. Banyak cantik, kau buat hal, orang lain yang kena, then ko tak nak tanggungjawab, dah la pastu ko siap warning supaya tutup mulut. Tak ke cilaka.

Kita tunggu babak seterusnya dalam Sketsa Pagi Fam Di 2012 ini !













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...