Followers

Saturday 14 January 2012

6 soalan bersama Ariff Zulkifli (temubual)

Ariff Zulkifli .Nama yang begitu asing buat peminat sebelum ini. Kelibatnya belum terpampang di kaca tv. Namanya belum naik sebagaimana Nazmi Faiz. Anak Selangor ini mula mencuri tumpuan tatkala sumbangan RM 15000 di perlukan untuk berkelana ke New Zealand.

Ramai yang tak tahu bahawa karier beliau bermula seawal 12 tahun dengan pelbagai kejayaan di cipta. Bersekolah di Sekolah Sukan Negeri Selangor dan bandar penawar ,Ariff di tawar ke SSBJ seperti yang kita tahu gudang kelahiran bintang bolasepak Malaysia.




Biodata:


Nama:  Muhammad Ariff Bin Zulkifly
No Jersi: 5
Tinggi:  181 CM 
Berat : 70 kg
Posisi:  10 tahun hingga 12 tahun posisi Striker. Umur 12 hingga 14 main midfielder.mCentreback 15 hingga sekarang 


Antara pencapaian beliau:-



  • Ketika berumur 15 tahun berkesempatan training di Old Trafford bersama dengan Owen Hargreaves, Park Ji Sung dan Louis Saha




  • Arsenal Soccer School bawah bimbingan Robert Alberts dan B-Sathianathan tahun 2005




  • Ketua pasukan Malaysia U-17



  • Menjuarai Piala Presiden 2010 (SSBJ) (YANG MENARIKNYA ARIFF MERUPAKAN PEMAIN TERMUDA IAITU U17 DAN MEREKA MENEWASKAN KL U20 DI FINAL ITU)


  • Pernah bermain di tournament manchester united premier cup, world stage, di england U15



  • Caps Malaysia =30++

Rekod karrier Ariff ni bagi aku dah fight-fight Safiq Rahim yang mewakili Malaysia bagi setiap peringkat umurnya.






BEKAS kapten skuad bawah 17 tahun negara, Muhd Ariff Zulkifly berpeluang untuk mengejar cita-citanya menjadi pemain profesional bersama kelab di luar negara apabila ditawarkan menjalani ujian dengan Akademi Bola Sepak Ole di New Zealand.
Ariff, 18, yang mengetuai skuad Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menjuarai Piala Presiden pada 2010 menerima tawaran itu pada 16 Disember lalu selepas pencari bakat akademi itu tertarik dengan kebolehan yang dimilikinya.

Bagaimanapun, dia yang baru saja mengikat kontrak bersama skuad Piala Presiden Selangor selepas membuat keputusan meninggalkan Harimau Muda B berdepan masalah kewangan bagi menampung perbelanjaan selama enam bulan di sana bermula awal Mac depan. -Harian Metro 

------------------------------------------------------

Berikut merupakan hasil tak temu tapi bual di facebook SAYA DAN ARIFF ZULKIFLI

1)KHM: pencapaian tertinggi bagi ariff setakat ini?


Ariff: :

pencapaian tertinggi sy tak adalah  hebat sangat bang, cume bagi sy, pencapaian tertinggi 


ialah saya pernah bermain dlm tournament manchester united premier cup, world 


stage, di england bagi u15


2)KHM: bagi ariff ,player kebangsaan buat masa ini yang paling ariff kagumi ialah siapa dan kenapa?


Ariff:


favourite player saya setakat ni untuk local, adalah aidil zafuan sebab dari segi teknik dan 


leadership memang saya minat..untuk international, idola saya carles puyol..


3)KHM:jika sudah bergelar profesional, pasukan tempatan manakah yang ariff mahu main 


dan jika berpeluang pasukan luar negara mana yang menjadi pilihan?


Ariff: kalau team tempatan, smestinye sy pilih pasukan negeri sy selangor..tapi taget sy tetap jugak nak keluar dari malaysia..kalau team luar, impian sy adelah nk bermain dgn arsenal..tpi laluan die tak mudah, yela dgn faktor ranking kte skarang..

4)KHM: pemain import dalam liga super, perlu atau tidak?

Ariff:
bagi sy, player import memang perlu..untuk mewarnai lagi bola sepak tempatan, satu yang positif, stadium dah mula penuh..and player local pun boleh dapat peluang untuk bersaing dengan import2 yang berkualiti..


5)KHM: adakah ariff akan memilih new zealand (untuk menyambung karier jika diberi peluang) seperti yang kita tahu bolasepaknya bukan sukan popular berbanding destinasi lain?

Ariff:
scare peribadi..once sy dah keluar dari malaysia, sy da tak nak balik dah..sebab sy nak terus berkelana dekat luar negare..memang betol, new zealand adelah sebuah negara yang bola sepaknya sukan no 2, tapi kene ingat, new zealand tetap negara yang layak ke world cup, dan ranking die jauh lebih baik dari malaysia..bagi saya, kita seharusnya lebih realistik, nak terus bermain kat england, memang tak boleh, dgn faktor ranking kte yang terlalu rendah..katekan saya sign kontrak dengan team luar negare, tak mustahil impian saya untuk liga perdana inggeris akan tercapai.nak tak nak, bagi saya player malaysia kena cari inisiatif sendiri untuk main di luar negare, jangan harapkan peluang tu datang, kita sendiri yang kena cari peluang tu..


6)KHM: kata-kata buat peminat dan page-page bola yang menyokong usaha ariff ke new zealand

Ariff:
kata2 buat pminat ek?? hehe..sape la sy ni bang untuk ade pminat,belum layak lagi..tapi untuk sume yang menyokong saya, fanpage2..sy nak ucapkan ribuan terima kasih diatas sokongn anda semua..saya ke new zealand, hanye skadar ingin mencuba nasib, insyallah dgn berkat doa anda semua mugkin impian saya nak bermain di luar negare akan tercapai..mungkin nasib saya tak sebaik player2 national yang lain, cume sy brharap anda semua dapat melihat semangat serta usaha gigih saya untuk kembli bangkit dan mencapai cita2 untuk bermain di luar negara..tanpa sokongn dari anda semua, tak kan mungkin saya capai tahap ni..

---------------

Tahukah anda di Ole Football Academy telah melahirkan ramai players muda yang sangat berkualiti yang telah dieskport ke Liga-liga bola sepak di seluruh dunia dan majoriti berada dalam skuad utama remaja dunia New Zealand. Dan tahukah anda Ariff adalah yang pertama dari Asia yang terpilih untuk ke Ole Football Academy dan untuk masuk sebagai trainee di New Zealand adalah melalui invitational selection. Ada duit sekalipun tapi tiada bakat anda tidak boleh masuk ke Ole Football academy...

Sejuk hati aku baca respon dia, hek3..apepon kes Ariff ni buat aku sedikit terharu apabila page-page bola, blog-blog bola semuanya menyebarkan kempen membantu Ariff dan alhamdullilah Mister Potato telah bersetuju menaja. Marilah kita membeli Mister Potato ! lebih rangup dan sedap ! juga kepada Legal Firm Abdul Syaheed Ismail & CO 

Apapon ,aku salute buat Ariff yang berusaha sendiri mencari tapak. Mana Fam? Bukankah ini tugas dieorang membantu dan mencari peluang buat pemain negara ke luar negara? Astro taja berapa juta?
 14 000 pun tak dapat cover? tiket pon dah naik ape FAM nak buat stadium baru kah?


salah satu aksi beliau


 Nasihat KHM pada Ariff, u journey might diffrent with other our national player, u run for it and achieve it..don't scare to dream ..dan untuk peminat jangan lah terlampau mengharap tetapi mendoakan yang terbaik buat beliau untuk mengharumkan lagi malaysia dan meneruskan kebangkitan harimau malaya di persada dunia.


''mungkin saya tidak di kurniakan bakat semula jadi seperti nazmi faiz, susuk tubuh sekental fadli shas, dan sehebat mahali jasuli...tapi saya boleh jamin yang saya adalah player yang berusaha 4 ke 5 kali ganda lebih kuat dari mereka, ''Ariff Zulkifli
Ariff Zulkifly_5 Official
sumber tambahan: soccerfighter.blogspot.com






2 comments:

  1. "TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"

    http://cebagoomarket.blogspot.com/

    https://www.facebook.com/cebagoomarket

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...