Followers

Thursday, 26 January 2012

Jersi kita, apa kelas!


Adakah ini jersey kebanggan anda?
just thinking back, 
make 5 minutes of your life reversed,
forever and ever,
never walk alone,
betulkah?
adakah anda akan terus pakai jersey ini andai ia bukan juara England?
forever?
why?
adakah kelab ini sebahagian dari diri anda?
berasal dari daerah anda mungkin?
dabik dada ,the devils on your body now
adakah ini sebuah kesanjungan dan kehormatan sebenar?
iaitu memakai jersey juara England?

Entry kali ni aku terilham bila di jadikan admin untuk page ‘’kempen
pakai jersi Malaysia atau pasukan tempatan hari sabtu’’. Jadi admin, best ke? cheh, awal-awal memang la janji berbagai, tapi bila dah 3 hari lesap, berbelas admin pon tak ade yang update. Kitaorang memang la tak dapat pape, likers pon kenal hanya ikut nama, tapi ikut niat jugak. Walaupon page aku tak ade lah ramai sangat komen, like pon 20 plus minus tapi aku tahu orang baca, post aku tetap akan melalui wall 500-700 akaun yang like. Dari situ aku harap info tetap akan sampai, sebab aku percaya korang yang silent reader ni tetap akan sampaikan kat kekawan bila berbual pasal bola.

 Aku sebenarnya ada create page pasal bola and bukan pasal bola ada la lebih dari 2 3, and prinsip aku setiap page mesti kena dengan tajuk, means that post dan misi page tu sama dengan tajuk. Aku pernah kene hacked dulu, page yang boleh tahan angka likers dia, nak kene rampas. Nasib baik dia tak sempat remove semua admin. Brotherh, ni semua hal dunia, boleh tarik akhirat taw, orang lain susah payah bangunkan blog sendiri ,bukannya jalan pintas . Kalau dah keluar link yang mengujakan ,contoh :gempar! Video orang jadi pokok! Buat pendapatan RM10 000 sebulan dengan baring di atas katil sahaja (orang melayu suka tajuk-tajuk macam ni) ..mesti lah orang view link macam ni, then bagi income ikut iklan nuffnang dan ubat kuat =,=

So, adakah aku akan berusaha memperjuangkan dan menggalakkan korang memakai jersi Malaysia dan pasukan tempatan untuk Hari Sabtu? Mungkin ya, tapi tak sepenuhnya bersetuju. Sebab kita ada 7 hari seminggu kan? Tapi hari sabtu selalunya hari match, then hari cuti ,korang beriadah, so amat realistik untuk menjadikan hari sabtu sebagai hari jersi kita.

Jersi Malaysia semenjak dulu silih berganti seiring dengan zaman perubahan bolasepak kita, yang masih tak bersilih ialah TUAN PRESIDEN kita, long live sultan~. Dari jersi yang megah di pakai di festival sukan terbesar dunia iaitu olimpik hingga jersi yang sekadar di pakai sekadar menawan Piala SepakBola Merdeka, hitam kuning terus bertukar.

Detik kemenangan Piala AFF merupakan klimaksnya, dan yang paling bertuah sudah tentunya NIKE. Buat pertama kalinya jersi Malaysia sold out tuh! Sekarang aku rasa Nike dah tak kisah dengan berlambaknya jersi kopipes kat luar sana. Harga pon jauh lagi murah. And sesape yang duduk KL, kalau rasa nak beli jersi  jauhilah Petaling yang bukan saja buat aku tak selesa tapi harga memang lagi mahal..ciss..Chow Kit Road lagi murah (bukan bundel ler)..

Tapi sekarang aku berbangga, bukan saja brother-brother tapi aweks-aweks serta budak-budak hattan bayi sekalipon dah pernah aku tengok memakai baju Malaysia. Tinggal belum atok-atok je. And di mana-mana pon kita dapat tengok jersi ini di pakai. Believe me, tak kan punye budak-budak kita nak keluar status facebook ''oh i love Malaysia'' kalau bukan kerana sukan terutamanya Bolasepak.

Kalau dulu, baju Liverpool yang terang-terang terpampang label Carsberg pon orang kita pakai, siap bawak masuk masjid. Sekarang keadaan berbeza, aku cuma bermimpi, suatu hari nanti kalau MU datang, jersi kita pula mewarnai stadium.

Di entry ni aku nak juga menyisipkan koleksi jersi Malaysia (padahal tak ada idea nak tulis ape)







Malaysia jersey now~


''jersey bukan sahaja berkaitan apa yang anda pakai, tapi apa yang anda bangga''

p/s:jersey Malaysia yang baru berkemungkinan besar akan di releasekan ketika kempen piala AFF bulan 12 nanti ,sebagaimana sebelum ini


cabaran di sahut





2 comments:

  1. mohon gua sahut kempen ni. gua buat satu entry kempen ni.

    http://padepom.blogspot.com/2012/01/kempen-memakai-jersey-malaysia-pasukan.html

    ReplyDelete
  2. aku nak sokong kempen nie ..

    p/s : bukan awek2, abang2, mak bapak, atok nenek je pakai jersi MALAYSIA .. warga indonesia pun pakai jugak tau .. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...