Aku saja je letak ayat ''harapan masih ada'' dalam wallpaper ni. Dah memang kenyataan harapan kita masih ada, cuma bawah 10%, dengan memerlukan ketiga-tiga kemenangan dan mengharapkan tuah. Malaysia kini berada di tangga tercorot dengan sekadar 0 mata berbanding Jepun 9, Syria 6, dan Bahrain 3.
Kita boleh layak andai menang kesemua baki 3 perlawanan, mengharapkan Jepun menewaskan Syria Bahrain, dan Bahrain tewaskan Syria. Kalau itu menjadi kenyataan ,Malaysia akan sekurangnya berada di posisi ke 2 kumpulan dengan 9 mata, Jepun 15, Syria dan Bahrain 6. Namun misi ini memang cukup sukar sebab kita perlu menewaskan Jepun.
Tapi berdasar atas faktor, jika Jepun sudah layak, dan perlawanan ke 3 di adakan di Malaysia kita mungkin ada harapan kerana kebiasaan negara yang sudah menempah tiket akan mencuba pemain reserved. Lupakan Jepun, misi kita ialah menang ke dua perlawanan di gelanggang lawan.
Berdasarkan prestasi menentang Bahrain ,aku berkeyakinan kita mampu mencuri mata. Apatah lagi OKS ada 2 senjata yang belum di tunjukkan sebelum ini.
hazwan bakri ,kanan.
Shakir Ali
Kedua-dua pemain ini belum di kenali mana-mana 3 negara sebelum ini. Kehadiran pair ni bagi aku mungkin memberi harapan mengatasi ketumpulan jentera serangan Harimau Malaya.
Shakir Ali kini sudah menyumbang 3 gol buat Negeri Sembilan, satu angka yang meyakinkan. Timbul persoalan, adakah seorang penyerang harus lahir dari panas jaung liga, berbanding di asah di Harimau Muda? Untuk pengetahuan kita, posisi penyerang cukup istimewa dan berbeza. Selain bakat ,beberapa aspek lain perlu ada dalam membentuk entiti yang handal merobek gawang lawan. Dan kebiasaannya ia mengambil sedikit masa, Safee sali sendiri hanya ketika berusia 26 tahun baru timbul di arena kebangsaan sebagai betul-betul pemain yang berkaliber.
Harapan aku, supaya skuad Malaysia menampilkan aksi habis-habisan dalam perlawanan ini.
Buat peminat ,anda boleh memilih channel MALAYSIA VS BAHRAIN atau MU VS CHELSEA 5 feb nanti.