Followers

Sunday, 25 December 2011

SuperMOKH, kami rindu !

                                                    MOKHTAR DAHARI


superMOKH atau Mokhtar Dahari. Namanya tidak pernah asing dan lekang dari sebutan peminat mahupon aksinya tidak pernah di tonton oleh generasi muda yang mungkin hanya mendengar cerita tentang kehebatan anak kelahiran setapak ini. Membawa status lagenda dengan menyumbat 125 goals dalam 167 penampilan untuk pasukan kebangsaan serta membantu Selangor memenangi 10 kali Piala Malaysia.

Beliau membuktikan ,menjadi penyerang dan pemain bolasepak yang baik sebenarnya tidak datang semata dari infrastruktur dan latihan moden TAPI KEAZAMAN YANG CEKAL ! Mokhtar ketika zaman kecilnya ,memanfaatkan padang di Kampung Baru untuk berlatih sehingga pasukan kampung mereka di kenali. 

Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Victoria Institution. Di sini, Mokhtar telah mengasah bakatnya dengan lebih serius. Dia sentiasa menunjukkan dedikasi yang tinggi, jika di suruh jurulatih berlari 2 pusingan padang beliau akan melakukan 3 ataupon 4.

Antara cara latihan arwah mokhtar dahari yg digemari adalah denganmengelecek 4 tiang dgn laju 

sebelum melepaskan rembatan deras ke arah botol.

Tp ramai yang tidak tahu sebelum berlatih menggelecek beliau melakukan warming up dahullu dgn jalan itik naik 

tangga sampai ke tingkat 2 dan ulang semula 10 hingga 15 kali.


Mokhtar amat di kenali dengan susuk tubuhnya yang sasa. Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya.

"Mengurutnya sama seperti mengurut 2 orang pemain,

 kakinya sungguh besar dan ototnya sangat besar. 

Kekuatan untuk saya mengurutnya adalah sama 

dengan 2 kali kekuatan mengurut Santokh Singh...

" - physio Allahyarham Mokhtar Dahari.''

Ketika berusia 18 tahun ,PKNS kemudiannya menawarkan tempat untuk beliau.

''seluruh badan dia padu, seperti batu,''samad ali pitchay, bekas pertahanan singapura.

''
  • MOKHTAR dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE ketika itu. Dengan kasut itulah dia menempa nama sebaris dengan wira-wira negara sebelumnya seperti Datuk Ghani Minhat dan Arthur Koh.
  • Dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata: “Kasut but yang diberi oleh ayah saya mungkin hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya.”

Penampilan pertama Mokhtar sebagai pemain kebangsaan ialah ketika beliau berusia 19 tahun dalam perlawanan Malaysia menentang Sri Lanka untuk 1972 Jakarta Anniversary Tournament.
Tahun 1975 ,Mokhtar telah mengharumkan nama Malaysia apabila menumpaskan Arsenal 2-0 dengan kedua-dua gol hadir menerusi beliau.

Mokhtar juga amat di kenali dengan disiplin yang tinggi. Beliau sama sekali tidak pergi ke kelab dan merokok. Malah menjadi duta supaya masyarakat menjauhi dadah tanpa nama itu.

Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.

Tahun 1986, selepas 18 tahun berkongsi kejayaan dan kegembiraan bersama penyokong Selangor dan rakyat Malaysia, Mokhtar mengumumkan persaraan. Aksi terakhir beliau ialah ketika menentang Johor, dengan kemenangan besar di raih The Red Giant. Ketika itu ramai yang tidak tahu, itulah kali terakhir kelibat sasa superMOKH muncul.

Mokhtar kemudiannya di sahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. 2 tahun selepas menanggung penderitaan Mokhtar Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis11 Julai jam 8.25 pagi.


Mokhtar Dahari. Rela membuatkan jutaan rakyat Malaysia menangis kegembiraan namun enggan berkongsinya apabila menghadapi penderitaan.


Anak watan gagah
Mendongak megah
Pantang kalah
Malu menyerah
Semangat Si Tuah

Semangat merah
Tenaga dikerah
Atur langkah
Padang dibelah
Padu tiada pecah
Musuh disergah
Penuh helah
Jaya terserlah
Tinggi maruah

Anak watan terbilang
Lari bagai kijang
Menerpa bukan garang
Helah bersilang
Menerjah tiada malang
Tinggi ilmu padang
Kuasai gelanggang

Lawan akur tatang
Rakan padu julang
Semangat pejuang
Wira didendang
Pertiwi cemerlang

Anak watan nusa
Nama terpahat mulia
Persada negara dunia
Pandai istimewa
Menerpa berkira
Menerjah berhelah
Hambur berbisa
Jaya sentiasa

Anak watan pertiwi 
Pejuang sejati
Pergimu dirasai
Kehilangan tiada ganti
Doa diringi
Roh diberkati
Mokhtar Dahari
Terpahat dihati
kami rindu supermokh

ERA kini menyaksikan bakat-bakat penyerang utama bersilih ganti. Daripada matlan marjan ,ke akmal rizal dan kini safee sali, HAKIKATNYA tiada yang masih mampu mengganti arwah supermokh. sebelum anda bermimpikan menyarung jersi Malaysia, tanyakan pada diri anda, adakah usaha anda sehebat beliau?

''If you're ashamed to standby your colour, better seek for another flag'' -dato' mokhtar dahari

AL-FATIHAH.

sumber : 

Mokhtar Dahari Documentary

WIKIPEDIA

1 comment:

  1. intresting bro! keep it up.. hopefully semua player Malaysia baca dan fahami... ambil displin yg arwah tinggalkan itu demi MARUAH bola sepak negara...selamanya Harimau Malaya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...