Followers

Tuesday, 27 December 2011

Rangking Page bola terbaik

Mengimbau memori AFF CUP 2010 di facebook

Ketika Malaysia bangkit dari kekalahan 5-1 kepada Indonesia, semangat saya begitu berkobar-kobar. Kerap kali saya mengulangi ayat sebagaimana Malaysia bangun kembali dan kemudiannya memenangi pingat emas sukan sea 2009. Kerana saya tahu salah satu konsep menjadi juara, ialah bagaimana sesebuah pasukan itu berjaya mengatasi gelojak mental. Dan pasukan pimpinan Safiq Rahim ini sememangnya mempunyai aspek itu.

Dan ketika masa itu, antara page yang begitu hangat ialah page AFF Suzuki Cup 2010 . Jika facebook itu di terjemahkan kepada dunia nyata, nescaya ibarat perang dunia ke 2 kita dapat lihat. Dan seperti biasa ianya di kuasai peminat Indonesia dan Malaysia. Salam 5-1 telah muncul. Supporter Indonesia ini menggunakan salam itu setiap kali penyokong Malaysia post. Satu memori yang menarik sebenarnya :) . Dan ianya di balas salam 3 telur oleh penyokong Malaysia tatkala Indonesia di benam di Stadium Bukit Jalil.

Ketika itu, pelayar-pelayar facebook Indonesia sentiasa mempromosi page Timnas mereka. Dan saya tidak nampak akan kelihatan page bolasepak Malaysia. Lalu saya mengambil inisiatif sendiri mewujudkan page bolasepak sendiri yang sekarang ini telah mencecah setahun usianya tapi sekadar mencapai 6000 likers. Bagi saya ianya cukup memandangkan hanya tidak sampai 3 admin dan hanya saya yang menghandlenya.
Ketika itu juga ,saya sempat menyaksikan tumbuhnya page-page bola ibarat cendawan selepas hujan. Malah lebih hebat selepas piala AFF berjaya di bawa pulang.

Ada juga page yang di tubuhkan agak ''unik'' seperti ''kami suka kening Apek'' dan bermacam lagi. Sekadar tersenyum apabila melihat euforia bolasepak Malaysia telah kembali hidup. Kini selepas setahun ,page-page yang dahulunya berpuluh dan beratus likers sudah mencecah puluhan ribu. Saya sentiada mengikuti perkembangan-perkembangan mereka dan boleh kata, hampir kesemua page sehinggakan peringkat negeri juga telah saya like.

Dan dari pemerhatian saya, berikut merupakan 5 page bolasepak terbaik di facebook.


5. MALAYSIA FOOTBALL TEAM

MFT adalah page bolasepak terbesar yang wujud. Angkanya kini mencecah 294 000 likers, hanya memerlukan beberapa ribu lagi untuk mencapai 300 000 . Namun page ini begitu perlahan dalam menyampaikan info dan bagi saya ''sepi''. Antara moment yang saya tidak dapat lupakan ialah ketika saya sempat bertekak dengan admin apabila mereka mengeluarkan post berunsur politik yang terus melanggar garis panduan bagi page bolasepak. Mujurlah segalanya selesai dan saya tidak berada dalam senarai di banned.

4.

Harimau Malaya

 
Harimau Malaya
4. 280 000 likers berjaya mereka capai. Mungkin satu-satunya page yang di taja secara langsung. Dan sebagaimana kesukaran menghandle page besar, update pon juga jarang. Namun kredit atas usaha mereka mengumpulkan peminat di bawah jenama maskot bolasepak Malaysia.




3. MALAYSIA NATIONAL FOOTBALL TEAM
Page ini mempunyai hampir 60 000 likes. Kredit kepada barisan admin yang sentiasa mengupdate post dalam linkungan hours. Page ini pernah kontroversi berikut insiden berkaitan ultras.

2.

PASUKAN BOLASEPAK KEDAH(KFA)

 
PASUKAN BOLASEPAK KEDAH(KFA)
2. Jangan terkejut kerana saya memilih page PASUKAN BOLASEPAK KEDAH (KFA) ini yang hanya memiliki 13 000 likers berbanding hijaukuning.com dan page-page kedah lain yang mempunyai likers lebih tinggi. Saya ingin juga jelaskan bahawa saya bukan peminat kedah FA. Meninjau post-post mereka sejak setahun lalu, saya sendiri pernah menghantarkan post memberi pujian terhadap barisan admin.
saya masih ingat jawapannya
''pujian itu terlalu besar buat kami''
Jika anda melihat sendiri ,page ini amat kerap juga mengepost mengenai berita bolasepak pasukan negara jika tiada berita tentang pasukan kedah. Malah ,saya suka membuka page ini untuk melihat berita-berita yang kadangkalanya tiada di page lain.

Page ini jika anda tanya kepada pelayar setia peminat bolasepak malaysia di facebook pasti mereka akan kenal dengan IDRBSM. Mempunyai 30 000 likers IDRBSM antara jenama page yang cukup kuat. Dari pandangan saya ,kekuatan mereka adalah dari admin dan interaksi likers, bukan sekadar berita-berita. Kerana itulah jika anda membuka page mereka setiap hari pasti ada post-post peminat yang lebih gemar berkongsikannya di laman ini kerana tahu akan mendapat reaksi likers lain.

Bagi saya page ini yang benar-benar hidup dan meriah. Mereka juga sempat menganjurkan contest-contest yang menarik, kredit kepada penajanya JERSEY STORE.

BERIKUT merupakan penilanian saya sendiri di dalam blog ini. Terpulang kepada anda untuk menerimanya. Ianya ikhlas dalam usaha menggalakkan lagi usaha-usaha buat semua page memaparkan berita bolasepak Malaysia.
Saya bukan dari admin mana-mana 5 page di atas.

''jika si belang mengganas di tengah padang, biar kita mengaum di alam maya! ''

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...