Followers

Thursday 22 December 2011

Sang Harimau, ''Raja tanpa Takhta''

Apa lagi hendak di bukti. Taklukan hitam kuning sudah menjajah tanah Asean. Malaysia sudah membuktikan kewibawaan selaku jaguh baru asia tenggara menggantikan Thailand. 22 pemain yang di pertaruh sedia mengembalikan bekas jajahan Si Belang.

Namun, adakah Malaysia kini benar-benar Raja di Nusantara?


Ramai yang gosok mata ,tersedak atau mengatakan info ini tipu semata tapi hakikatnya ini perkara benar. Vietnam telah melonjak 35 anak tangga dan berada dalam lingkungan 100 ,malah mereka sudah mengatasi ranking Bahrain dan hanya berada 1 tangga di bawah Kuwait, satu fenomena luar biasa. Dengan ranking sebegini, mereka wajar di letakkan status favourite apabila gergasi-gergasi Asia bertemu.

berikut merupakan ranking negara Asean lain

Thailang -122
Indonesia- 142
Singapura -145
Malaysia -148 dengan peningkatan 7 anak tangga

Saya sebenarnya tidak berapa gemar dengan persoalan ranking ni kerana buat negara seperti Malaysia dan di asean , ianya seolah-olah tidak di pandang. Sebab itulah kita harus memanfaatkan perlawanan membabitkan Pasukan A asia . Amat penting untuk kita layak ke Piala Asia 2014 nanti. Vietnam hanya memerlukan kemenangan 1-0 mengatasi Qatar dan 2 perlawanan mengatasi Macau *kalau tak silap untuk berada di kedudukan itu.

Kalau tengok senarai ranking ,negara seperti Benin,Tanzania, Burundi dan lain-lain yang kita langsung tak pernah tahu akan kewujudannnya berada di ranking atas kita. Tapi saya yakin, andai mereka berada dalam asean, pasti keadaannya berbeza..malah Malaysia mungkin tidak berdepan masalah untuk menewaskan mereka. 

Cuma masalahnya ,FIFA tidak memandang kita ! mereka tidak melihat ..dan kita harus celikkan mereka andai berjaya melangkah ke pusingan akhir piala asia.

Cukuplah kita dengan status

                                Raja Tanpa Takhta

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...