Followers

Wednesday, 21 December 2011

Maaf, penyokong kita ...

Sebagai pembuka bicara, saya meminta maaf andai tulisan ini mengundang kemarahan ,persoalan, keraguan dan pelbagai perkara negative terhadap saya..

maaf juga andai kata anda memikirkan saya tidak patriotik kerana saya sama sekali tidak bersetuju..terpulang kepada anda untuk mendifinasikan sebuah patriotisme itu setakat pada laungan suara dan api emosi..

era 2000 menyaksikan era paling gelap bolasepak negara..klimaksnya ialah Piala Asia 2007.


                                                                        Stadium sepi.


Peminat terus kecewa.



Fam terus di rejam.

 Jersi Malaysia terus tidak di pandang.

EPL menjadi topik bualan.

Bolasepak negara suram. Surat khabar mula mencuih. Harian metro ketika Malaysia tumpas 5-0 di tangan Uzbekistan memilih menyiarkan final kelab piala dunia. Mungkin penulis-penulis sudah penat dan bersimpati untuk mencari ayat yang menyakitkan buat tatapan Harimau Malaya yang pernah di geruni asia.
Sehandal-handal liga ''PROFESIONAL'' Malaysia, hanya final saja yang menjadikan euforia stadium kembali hidup.

Kini ,suasananya sudah kian berubah. Kandang Harimau Malaya yang 20 tahun bersawang ,kembali bergema.



Tapi sejauh mana?
Peminat Malaysia sebenarnya bukanlah sebuah kelompok peminat yang harus di banggakan. Maaf.
Tanya diri anda, apakah benar situasi ini?
Anda memaki apabila pemain Malaysia melepaskan bola.
Anda mengurut dada anda sambil tersenyum apabila Wayne Rooney membiarkan peluang keemasan terlepas.

Menjadi penyokong yang baik bukanlah bermakna anda tidak boleh memberi pendapat, mengkritik dan berbagai lagi. Cuma keadaanya berbeza ,di manakah keadaan ketika anda berbual sambi mencicip teh tarik menceritakan strategi salah yang di gunakan Jose Mourinho ? Kenapa segalanya berubah kepada makian apabila masuk bab pasukan bolasepak kita?



Sebuah pasukan bolasepak yang baik, bukan saja mempunyai pemain yang berkualiti, tapi harus mempunyai peminat yang betul-betul PEMINAT .
Sudah sampainya masa untuk kita tinggalkan era peminat lama.
Ini generasi baru ! Generasi yang bangkit sebagaimana bangkitnya Pasukan Malaysia !

Pada mulanya, saya sebenarnya tidak bersetuju dengan Ultras Malaya dan komuniti-komuniti group peminat. Bagi saya ianya menimbulkan perpecahan. Ketika saya duduk menyaksikan Syria menentang Malaysia, saya sempat memandang mereka, terdetik di hati saya, bahawa adakah hanya mereka saja peminat pasukan ini?
Bagi saya, Ultras memisahkan jurang ''peminat bermusim'' dan ''peminat setia''..
Saya bukan Ultras, tapi saya adalah peminat pasukan ini. Jika bukan saya mampu bergerak sendiri dengan kenderaan, sudah pasti saya akan tetap duduk sehingga wisel penamat hatta kita ketinggalan 2 gol.


Namun..saya tahu, mereka ada kerana salah peminat kita sendiri.
Saya mimpikan seluruh stadium seperti mereka. Saya mimpikan seluruh stadium di warnai ,cukup di hiasi reben, banner, kuning hitam yang memeriahkan stadium. Saya tahu Ultras mahu menghidupkan rumah harimau malaya ini. Dan saya harap suatu hari nanti seluruh stadium bergema seperti mereka.
Saya mungkin silap, mereka tidak akan pernah memandang sinis peminat lain. Mungkin kerana sikap kita sendiri yang malu apabila melihat peminat-peminat bermusim ini.

--
Hendri Mulyadi, nekat masuk lapangan sebagai ekspresi kekecewaan terhadap performa timnas.



adakah anda tahu situasi ini? seorang peminat Indonesia masuk ke padang dan menendang bola? kerana apa? kerana ini adalah kemuncak kekecewaan peminat mereka.
----

 Kita pandang sinis terhadap saudara serumpun ini, tapi sebenarnya ada sesuatu yang kita harus belajar dari mereka, iaitu semangat menyayangi pasukan mereka. Ingat apa yang Ong Kim Swee cakap ketika die memarahi wartawan Malaysia?

''saya tak faham kenapa awak tanya soalan sebegitu rupa, awak tahu, selepas final tu ,ada 50 000 peminat mereka di luar stadium ,tapi awak menanyakan soalan begitu''

Malah Zack Rahim(pengurus Safee Sali) sendiri memberitahu, bahawa keadaanya tidak begitu teruk buat orang Malaysia di Indonesia. dan bermaksudkan bahawa mereka hanya terlampau sayangkan pasukan mereka tapi gagal di bayar dengan kemenangan sepatutnya.

Bagi saya mereka mungkin terlampau mudah di provokasi, tapi saya kagum dengan semangat patriotisme itu.

Setuju atau tidak kata-kata saya, saya harap anda fikirkan :)

sumber gambar : sini dan sini
gambar hanya hiasan
-hz adam

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...