Followers

Friday, 16 December 2011

Ambil pengajaran dari krisis presiden PSSI

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia atau PSSI ialah badan yang bertanggungjawab terhadap bolasepak sebagaimana FAM. PSSI  di dirikan 19 April 1930 awal 3 tahun dari penubuhan FAM.
Indonesia secara khususnya tidak bermasalah untuk menjadi antara pasukan terhebat dunia dengan pendudukan penduduk hampir 270 juta. Dan untuk ''menggali'' 22 pemain berbakat dalam pasukan mereka sepatutnya tidak mendatangkan masalah.
Lambang asosiasi
Namun Indonesia dengan penyakit rasuah memang tidak dapat di pisahkan. Amat memilukan apabila presiden bolasepak mereka sendiri terbabit dengan penyuapan wang menerusi kes penyeludupan gula secara haram dan rasuah minyak goreng . Presiden ini terpaksa turun naik mahkamah sehingga sah di jatuh hukuman walaupun Pengadilan Negeri Jakarta Selatan awalnya membebaskan beliau, satu perkara yang akan membuatkan mana-mana ketua organisasi sukan di Malaysia akan meletak jawatan serta merta.

Bebalnya Nurdin apabila masih enggan melepaskan jawatan hatta FIFA sendiri menekannya menerusi peraturan

''pelaku jenayah tidak boleh menjawat jawatan sebuah ketua umum badan bolasepak negara''
--

kemasukan pemain-pemain dari papua seperti Titus Bonai dan Patrich Wan Gai memberi nafas baru buat pasukan Garuda ini, persoalannya ,adakah hanya papua pelahir pemain berbakat di balik 270 juta rakyat indonesia??
--
Nordin mahu mentadbir PSSI DI BALIK TIRAI BESI !! betapa dasyatnya situasi Badan bolasepak indonesia ini. FIFA akhirnya mengancam untuk membekukan Team Nasional Indonesia dari sebarang aksi antarabangsa andai Nurdin kekal di kerusi presiden.

Nurdin masih menunjukkan kebodohan beliau apabila secara terang melanggar prinsip asas peraturan bolasepak antarabangsa apabila mempengaruhi bolasepak indonesia dengan politik !
kenyataan beliau bahawa

''kejayaan Indonesia hingga ke final AFF ialah hasil parti GOLKAR'' mengundang kritikan ramai.
--

riedl antara menjadi mangsa kecelaruan PSSI  di bawah nurdin
--

Masakan seorang presiden boleh terlepas kata terhadap perkara yang cukup sensitif ini? Menyedari posisinya berbahaya, Nurdin menggunakan jalan pintas dan terdesak menaikkan namanya menerusi program naturalisasi. Pengambilan Gonzalez dan Irfan bachdim memperkuatkan timnas mereka mula menyebabkan rakyat indonesia mula terlupa akan diktaktor ini.

Pernah tersebut di kompasiana..andai Indonesia menang malam final AFF itu, sudah pasti Indonesia akan terperangkap dalam bala bolasepak dalam jangka masa panjang.

Nurdin juga memalukan imej keseluruhan PSSI dan bolasepak indonesia apabila menggunakan alasan bodoh dan tidak masuk akal di mana, mana-mana presiden bolasepak di dunia ini akan menyebutnya

''bahawa punca kekalahan mereka kerana serbuk gatal dan dukun''

anda harus tahu bahawa penajaan terhadap liga indonesia bukanlah kecil, syarikat-syarikat rokok menaja jutaan ringgit. Dana swasta mengalir jauh lebih tinggi dari liga malaysia. Namun hasil mereka jauh lagi mengecewakan dalam menghasilkan team nasional berkualiti dan kompetitif.
--
adakah anda tahu Safee sali di bayar rm30 000 atau 10 000 dollar di pelita jaya?
--

''Semuanya bermula dari ketua, andai presidennya rosak ,hatta rosak lah kesemua badannya''

Kini era PSSI di ganti dengan Djohar Arifin Husin. Legasi menaturalisasikan pasukan Indonesia di perhebat.

Ini merupakan antara pemain naturalisasi indonesia yang mengangkat sumpah baru-baru ini. Dengar kata salah seorangnya ialah pemain FC Utrect.


Insyallah artikel akan bersambung ke ''kesultanan FAM'' dan ''Naturalisasi Indonesia''

1 comment:

  1. Pemain yg dimksudkan itu adalah Stefano Lilipaly (gambar paling bawak kiri sekali),mantan pemain skuad simpanan FC Utrech.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...