Followers

Sunday 25 December 2011

Perintis Bakat Bolasepak Sarawak, SFDP (Sarawak Football Development Programme)

Artikel kali ini saya ingin mengupas sedikit mengenai pasukan Kenyalang iaitu SARAWAK FA. Sarawak merupakan bekas juara liga primier tahun 1997. Namun kemerosotan pasukan ini berterusan apabila tahun 2005 Sarawak jatuh ke Liga Perdana


 Dari Atas Kiri: Ibrahim Mentali, Alistair Edwards, Ali Sapiee, Zaidel Sakup, Mazelan Wahid (gk), David Evans (C).
Bawah Kiri: Roslan Ismail, Ahmad Fairus Yunus, Dahlan Matussin, Affendi Julaihi, Billy Bone

Tapi semenjak itu,(The Hornbills), kenyalang sudah ''hilang''..tiada lagi kelibat pemain-pemain dari tanah yang terkenal dengan pahlawan Rentap itu.

Affendi Julaihi , lagenda sarawak, di kenali lipas kudung

2007 menyaksikan kembalinya kelibat Sarawak FA. Sebagaimana pasukan-pasukan lain ,Sarawak 

turut berdepan masalah kewangan.


Safee Sali bekas pemain Sarawak  tahun 2005-2006. Aksi memikat dengan menghasilkan 10 gol menyebabkan The Red Giant menawarkan tempat untuk beliau.

Pada usia 21 tahun, Joseph merupakan ketua pasukan termuda Sarawak.
Oktober 2008, Joseph berserta dua rakannya dipilih untuk menjalani latihan selama dua bulan bersama pasukan Liga Inggeris, Hartlepool United

Joseph Kalang Tie merupakan satu-satunya pemain kelahiran Sarawak yang memberi impak kepada peminat era kini. Aksi lincahnya mmbantu Terengganu FA memenangi Piala FA dan menjangkau final Piala Malaysia untuk musim lalu. Beliau di beri kepercayaan menyarung jersi Malaysia ketika perlawanan persahabatan menentang Chelsea dan Australia (mengambil tempat posisi Safiq Rahim yang di gugur). Tahun 2008 menyaksikan Joseph merantau ke Slovakia bersama pasukan bawah 23 tahun Malaysia, dan apa yang rakyat Malaysia tidak di gembar gemburkan ialah tawaran latihan kelab liga inggris, Hartlepool United.(IKUTI TEMBUAL GOAL.COM BERSAMA JOSEPH KALANG DI SINI )
Pertemuan di laman sesawang facebook membawa saya mengenali sebuah program yang dalam proses pembangunan di Sarawak iaitu Sarawak Football Development Programme.

Kem Bakat SFDP (8-10 November 2011),Pusat Latihan Telekom,Kuching








Seminar Kejurulatihan Bolasepak SFDP(11-13 November 2011),



LIKE FANPAFE

SFDP (Sarawak Football Development Programme)

  
(klik sini)

Program SFDP ini merupakan kerjasama 5 agensi iaitu jabatan pdidikan, yayasan swk,KBS ,MSN dan 


FAS di mana membabitkan berpuluh sekolah di Sarawak dan di bahagikan 3 zon. Setiap zon 


akan di pantau coach-coach yang terdiri daripada bekas pemain negeri. Pemain-pemain yang 


menonjol akan di pantau dari masa ke semasa.


Saya share mengenai program ini bukan suka-suka semata ,tapi mahu menunjukkan di depan mata peminat sekalian bagaimana proses pencarian bakat di bangunkan, dan ianya satu perkara yang unik apabila saya memperoleh maklumat daripada Sarawak. Siapa jangka, kalau dari pada titipan gambar di atas ,mungkin ada seorang daripadanya muncul pemain kebangsaan Malaysia pada masa depan? Jika Indonesia memanfaatkan papua sebagai lubuk bakat olahraga dan bolasepak, Sarawak dan Sabah sebenarnya mempunyai potensi yang sama menerusi anak-anak Iban dan kaum lain yang kita akui lebih lasak dan kuat.


Sebelum menutup artikel saya memuji langkah menganjurkan 

FOOTBALL SKILLS VIDEO CONTEST 2011


berikut merupakan sedikit aksi yang di hantar

PROGRAM BAKAT



sumber : ngapajak.blogspot.com, wikipedia, LIKE FANPAGE Sarawak Football Development Programme (KLIK SINI), sumber juga hasil pemberian maklumat seorang jurulatih SFDP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...