Followers

Saturday, 2 June 2012

Edisi Khas :Luahan penuh isi hati TSAM

Tanggal malam 2 jun 2012 ,presien KAFA, timbalan presien FAM yang terbuang, TAN SRI ANUAR MUSA telah menggunakan sepenuhnya ruang facebook fanpage miliknya yang mencecah 50 ribu likers. Dimulakan dengan artikel paling panas iaitu artikel 88 yang menyaksikan beliau di gantung 2 tahun setengah, TSAM mendedahkan bahawa pindaanya bakal menjadi lebih buruk bukan  lebih baik seperti yang di harapkan! Antara amarannya ialah pemberian kuasa mutlak kepada ajk tertentu mengatasi jawatankuasa eksekutif yang di pilih secara adil. Status 'ajk tertentu' membawa seribu persoalan.


TSAM juga meneruskan posting beliau dengan mendakwa 'pihak tertentu di FAM ' itu cuba mengISA kan penentang mereka dengan menghukum tanpa mampu bergiat apa pon dalam arena bolasepak. Meneruskan kritikan pedas beliau, kali ini sasarannya ialah urusetia yang di sifatkan beliau tidak neutral dan berada dalam keadaan terpaksa!


Point paling menggemparkan ialah dakwaan TSAM bahawa penggantungannya di rancang. Beliau enggan mengjelaskan secara terperinci tetapi memberi tempoh seminggu untuk memberi kenyataan penting. TSAM juga mengejutkan pembaca dengan pendedahan jumlah kutipan tiket fiinal Piala FA.


Ikuti post2 beliau secara penuh :-


Difahamkan ada usaha MEMPERKETATKAN LAGI STATUT FAM OLEH PIHAK TERTENTU...BUKAN SAJA ENGGAN MEMINDA ARTIKEL 88 MALAH MEREKA MAHU MENAMBAH CENGKAMANNYA DGN MEMPERLUAS MAKNA MEDIA SUPAYA TERMASUK MEDIA BARU..ERTINYA JIKA MEREKA BERJAYA LULUSKAN DLM KONGRESS NANTI SEMUA FB BLOG TWITTER DIKAWAL ARTIKEL 88....BUKAN ITU SAJA DIFAHAMKAN ADA USAHA MENGHARAMKAN ORANG YG MEREKA HUKUM DARI MEMEGANG APA APA JAWATAN 5 TAHUN SELEPAS TAMAT HUKUMAN...DAN PINDAAN UTK BERI KUASA KPD JK TERTENTU KUASA MUTLAK DAN MENGATASI KUASA JK EKSEKUTIF...


MEREKA JUGA CUBA MEMPERLUAS TAKRIF AKTIVITI BOLASEPAK AGAR ORANG YG MEREKA HUKUM TAK BOLEH BERGIAT APA PUN...JELAS PIHAK INI MAU JADIKAN BADAN INDUK BOLA THE MOST DRACONIAN..tanpa peduli suara ramai malah perlembagaan negara...penggubalnya hanya BERKHIDMAT UTK INDIVIDU DAN TIDAK MEMPEDULIKAN SENTIMEN ORANG RAMAI..MEREKA ADALAH ORANG YG MENDAPAT SEDIKIT HABUAN DAN PANGKAT TAPI RELA BOLASEPAK JADI EMPIRE GULUNGAN TERTENTU..BETAPA TIDAK..sebuah persatuan yg boleh bermewah dari berjuta wang tajaan dgn SALING MELINDUNGI SATU KELOMPOK KECIL YG MENDAPAT KEPENTINGAN...


Saya tau perancangan menyekat saya bermula seawal saya dicalonkan sbg timbalan presiden FAM..saya tau urusetia tidak pernah NEUTRAL malah mereka pernah buat pengakuan pd saya bahawa mereka terpaksa!..ramai yg tidak tahu bagaimana sy di layan sejak saya buat kejutan dgn MEMENANGI JAWATAN TIMBALAN walau pihak lain cuba BERKONSPIRASI..RAMAI YG TIDAK TAU SY DILAYAN MCM BUDAK2..RAMAI YG TIDAK TAHU SY TIADA OFIS,TIADA KERUSI ATAU MEJA DI WISMA FAM YG SERBA MEWAH BG BEBERAPA ORANG TERTENTU..RAMAI YG TIDAK TAHU BAGAIMANA MINIT MRAT SERING DIPINDA DARI APA YG DIPUTUSKAN..RAMAI YG TIDAK TAHU BEBERAPA KEPUTUSAN EXCO DI VETO DI LUAR MRAT..RAMAI TIDAK TAHU AHLI EXCO TIDAK DILAYAN URUSETIA KECUALI SEKERAT DUA SAJA..


RAMAI YG TIDAK TAU SELEPAS SAYA DAN CEO MSL SELESAI DAPATKAN TAJAAN RM120j saya dan stuart mula dihimpit pelbagai tekanan dan halangan utk berfungsi..ramai tidak tau apabila BEBERAPA PEMBAHARUAN DAN PENJIMATAN NAK DIBUAT DAN MENJEJASKAN COMFORT DAN BENEFIT PIHAK TERTENTU MAKA CONSPIRASI PUN BERMULA UTK MELINDUNGINYA..PENGGANTUNGAN SAYA ADALAH PERKARA YG DIARAH DAN DIRANCANG..SAYA AKAN BUKTIKAN..mereka menutup semua pintu diplomasi dan perbincangan bersemuka..TIDAK MENGAPA..KERANA ITU MEMPERCEPAT TERBUKANYA PINTU MAHKAMAH..SAYA TAU SY KESEORANGAN TAPI SY BERIKRAR SY BERSEDIA HILANG SEMUA KEDUDUKAN DLM BOLASEPAK MSIA TETAPI SEGALA YG BERLAKU DAN UJUD AKAN SAYA KETENGAHKAN WITHOUT ANY FEAR..BILA MEREKA MENOLAK SAYA KELUAR MAKA HALALLAH PENENTANGAN SAYA DARI LUAR PULA...INSYAALLAH MINGGU DEPAN SAYA AKAN BUAT SATU KENYATAAN PENTING...


PERAK MEMBUAT USUL PINDA STATUT..BEGITU JUGA PERLIS..tapi semua ditolak kononnya kerana tiada DUA SOKONGAN YG DIPERLUKAN..bagaimana nak ada sokongan KALAU CADANGAN PERAK DAN PERLIS TAK DIEDAR DULU PADA AHLI YG LAIN??JELAS SENGAJA MENCARI SALAH UTK MENOLAK..PENANG,KELANTAN DAN BEBERAPA AHLI LAIN TAU HAL YG BERLAKU..SEMUA INI AKAN KITA LALUI..JGN LUPA STATUT FAM DAN FIFA MEMBERI AHLI KUASA MEMANGGIL KONGRESS LUAR BIASA..NEGERI DAN GABUNGAN PASTI AKAN BANGKIT..DGN SYARAT ISU DIJELASKAN PADA MEREKA..kingress adalah kuasa tertinggi dan IA TERLETAK PADA PERWAKILAN..PRESIDEN DAN EXCO TIADA KUASA MENGUNDI DALAM KONGRESS..SEKARANG TERPULANG PD NEGERI MENCORAKKAN FAM..BUKAN PRESIDEN DAN EXCO SEBENARNYA...SELAMA INI NEGERI TERLALU MEMBIARKAN SAJA..RASANYA CUKUPLAH...MARI KITA BINCANG SECARA TERBUKA HAL PERSATUAN KITA..JIKA TIDAK KITALAH YG PATUT DISALAHKAN...


Buat masa ini TIADA UNDANG UNDANG UTK MENYEKAT HAK BERSUARA DLM FB ATAU TWITTER..OLEH KERANA MEREKA MEMILIH UTK MENYEKAT SEMUA VENUE LAIN MAKA JGN SALAHKAN SAYA JIKA AKHIRNYA MEDIA BARU JADI PILIHAN SAYA..saya mau tegaskan SAYA TIDAK MENGIZINKAN SESIAPA MEMETIK POSTING FB SAYA UTK TUJUAN AKHBAR..mereka yg buat ADALAH ATAS TANGGONGJAWAB MEREKA SENDIRI..posting saya hanya UTK KAWAN FB SAYA SAJA..DAN BUAT MASA INI IA TIDAK BERCANGGAH DGN MANA MANA BHG DLM STATUT FAM


Sejak hukuman dijatuhkan saya berdiam diri tanpa bahasan KERANA MENGHORMATI KENYATAAN DYTM TM PAHANG YG MAU MEDIATE SECARA KELUARGA FAM DAN IN THE INTEREST OF FOOTBALL..LALU SAYA BERUTUS WARKAH KEPADA PRESIDEN DAN MENUNGGU MRAT EXCO...SETELAH EXCO BERMESYUARAT MINGGU LALU DAN SAYA SUDAH MENDAPAT GAMBARAN PENDIRIAN FAM DLM HAL INI MAKA SAYA TIADA PILIHAN LAIN KECUALI MENGAMBIL LANGKAH BERASASKAN OPTION YG ADA PADA SAYA..FAM MUNGKIN BOLEH MENAFIKAN SEGALA RUANG SEKALI GUS DAN MENUTUP RAPAT RUANG BERBINCANG...TAPI PERCAYALAH..DINEGARA YG ADA KELUHURAN UNDANG2 dan PERLEMBAGAAN MEREKA TIDAK BOLEH MENGUNCI SEMUA PINTU KEADILAN.."YOU CAN VICTIMISE SOME PEOPLE SOME TIME,YOU CAN VICTIMISE SOME PEOPLE ALL THE TIME...BUT YOU CANNOT VICTIMISE ALL THE PEOPLE ALL THE TIME...."


FAKTA....JUMLAH TIKET DIJUAL SEMPENA TRW VS SDFC DI FINAL FA CUP IALAH 87,000....JUMLAH KEHADHIRAN DI SNBJ MELEBIHI 90,000...PENYOKONG KELANTAN DIJANGKA 80,000...JUMLAH KUTIPAN OLEH FAM RM3,480,000..(RINGGIT MSIA TIGA JUTA EMPAT RATUS LAPAN PULUH RIBU)....sumber?...SAHIH...


MEREKA MEMILIH UTK TIDAK BERTEMU CARA BERSEMUKA DAN CARA DUDUK SEMEJA KERANA MEREKA GEMAR GUNA KUASA SPT YG TELAH BYK MEREKA GUNAKAN SEBELUM INI TERHADAP BYK PIHAK..ITU CARA MEREKA MELINDUNGI SEGALA PERBUATAN MEREKA...SEKARANG BOLEHLAH KITA MENGUNDANG MEREKA BERSEMUKA DIMEDAN LAIN...MEDAN MAYA,MEDAN MAHKAMAH DAN SEBAGAINYA...kita tidak akan lepaskan mereka dari AKAUNTABILITI...I MAY HAVE TO GO BUT IT DOESNOT MEAN THAT YOU CAN STAY!!!!......


DARI PENGELAMAN SAYA TERNYATA Pentadbiran bola msia dibuat dgn cara paling EKSLUSIF..BYK PERKARA HANYA DIKETAHUI SEKERAT DUA INDIVIDU MALAH EXCO PUN TAK TAHU APA...DIBELAKANG MEREKA MERUNGUT TAPI DIDEPAN SEMUA TAKUT BERSUARA...SU AGONG SEORANG SAJA YG TAU SEMUA..akhirnya KONGRESS TAHUNAN TAK BUAT IKUT PERATURAN...BELANJAWAN TAK PERNAH BENTANG..JK PASUKAN KEBANGSAAN TAK PERNAH MRAT...KEPUTUSAN UTK ADAKAN PERJUMPAAN EXCO TIAP BULAN TAK DI LAKSANA...TAPI URUSAN BERJALAN TERUS DGN EXCO JADI RUBBER STAMP...difahamkan ada yg travel keluar negara HANYA UTK BAWA KERTAS PENCALUNAN INDIVIDU ATAU UTK MENGESAH MINIT MRAT DAN SEUMPAMANYA..TIADA SIAPA YG TAHU...TIDAK HAIRANLAH KALAU LIGA DITAJA DGN rm30j TAPI PASUKAN MATI KEKURANGAN DANA..KERANA DANA TAJAAN LIGA TIDAK KEMBALI KPD LIGA!!!!


Di fahamkan sebuah skt dgn nama SEMI PRO SDN BHD ditubuhkan dan di daftarmilik OLEH ORANG BESAR DLM FAM...asalnya utk beri bisnes pd staff..ANEHNYA SKT INI BERNIAGA SECARA DALAMAN DGN FAM TERMASUK MENGURUS WISMA FAM DAN HOSTELNYA..bila mana pasukan kebangsaan guna wisma sendiri FAM PULA KENA BAYAR KPD SKT SDN BHD INI..siapa yg lulus bayaran dan kepada siapa?..siapa beneficiary?...staff mengadu mereka tak dapat apapun untung!!!!!semakan dgn ROC SKT INI DIISTIHAR RUGI!!!!!...saya rasa EXCO DAN KONGRESS HARUS DAPAT LAPURAN DAN PENJELASAN MENGENAI SKT MISTERI INI..IA HARUS TRANSPARENT..dan urusniaganya harus TELUS DAN JGN ADA CONFLICT OF INTEREST ATAU APA APA YG MENYALAHI UNDANG UNDANG..pada masa yg sama KITA TAK BOLEH TUDUH MELULU..SIASATAN DIPERLUKAN..LEBIH ELOK LAGI KALAU PENGARAHNYA YG MERUPAKAN PEGAWAI TINGGI FAM BENTANG LAPURAN DAN ISTIHAR KEPENTINGAN..EXCO PULA HARUS TAHU DAN TAK PERLU MERUNGUT DI BELAKANG....periksa tatacara kewangan agar menepati undang2....jeng jeng jeng....


Mengikut hukuman SAYA HANYA "DIGANTUNG DARI SEBARANG AKTIVITI BOLASEPAK" mengikut perkara 18.5 dan 18.3 jadual 1 KOD FAM YG LAZIMNYA DI MAKSUDKAN PADA PEGAWAI DAN PEMAIN LIGA M..yg jelas SAYA TIDAK DIGANTUNG ATAU DIPECAT DARI JAWATAN2 SAYA KERANA JK DISIPLIN TIADA KUASA SEDEMIKIAN....namun begitu FAM SUDAH MENGABIL TINDAKAN KEDEPAN DGN MELANTIK PENGGANTI BG SEMUA JAWATAN SAYA YG TIDAK KOSONG ITU...DATO SIVA SELANGOR PENGERUSI JK BOLASEPAK WANITA...DATO AFENDI DAN DATO HAMIDIN PENGERUSI DAN TIMB MSL DAN DATO HAMIDIN TIMB PENG PASUKAN KEBANGSAAN.....SAYA TIADA HALANGAN..SELAMAT BERTUGAS KPD MEREKA SEMUA...PASTI MEREKA CUKUP BUSY KERANA PD MEREKA INI CUKUP BYK JAWATAN..yg kurang jawatan ialah kol rani ATM,dato osman PDRM,hj rosmadi KAFA,dato JEFRY LOH DAN YB DATO DR HAMDAN KEDAH,DATO TAKIYUDIN PBMM DAN DATO ASTAMAM PBWP...GRED KEDUA BARANGKALI...insyaallah ini bakal berubah...EXCO DAN WAKIL NEGERI AKAN MEREKA MULA BERI PERHATIAN DAN AMBIL HATI...agar tiada pemberontakan dalaman...APA PUN ASAL BERUBAH KITA SYUKURLAH....


Tiada apa perlu disembunyikan..FAM MILEK SEMUA AHLI GABUNGANNYA..dan gabungan milek persatuan persatuan dibawahnya..ERTINYA FAM MILEK KITA SEMUA..ia diurus menggunakan dana awam dan dana tajaan..bukan dana peribadi..justeru ia harus ACCOUNTABLE DAN TRANSPARENT...THIS IS PUBLIC INTEREST...sebenarnya kalau principle of accountability and transparency di amalkan SUDAH LAMA BOLA KITA MAJU..MALAH FIFA SENDIRI SEMAKIN TERBUKA MALAH SUDAH ADA USUL DLM FIFA UTK MENGHADKAN UMUR PENJAWAT JAWATAN DAN JUGA TEMPOH MEMEGANG JAWATAN...kita terlalu jauh kebelakang dlm pengurusan...PENJAWAT JAWATAN TAK KENAL PUN PEMAIN..RAMAI YG TAK JUMPA PUN DGN NATIONAL PLAYERS...tiada hands on mgt..LIGA KITA MAKIN TENAT..BEBERAPA PASUKAN DAH PERINGKAT ICU..SIMPLE DECISION YG EXCO BUAT SPT "BAYARAN HAK SIARAN LANGSUNG"kpd pasukan tak berbayar..INSURANCE PEMAIN TAK TERURUS...bayaran referee terpaksa didahulu oleh kelab...claim dari referee memakan masa berbulan bulan dsbgnya..JK INTEGRITY DAN TRANPARENCY HARUS MEMERIKSA DAN MENYEMAK FAM TERLEBIH DULU...PENAHANAN PEGAWAI KITA OLEH OTORITY SPURA HARUS MENYEDARKAN KITA..TAK PERLU MENUDING JAUH..BILA CHRIST EATON DARI FIFA BUAT STATEMENT TENTANG PEGAWAI KITA TERLIBAT KITA MELENTING...NAH SEKARANG???....IT TAKE SPORE AUTHORITY TO PROOF IT TO US...APAKAH ITU SAJA?.....tunggu...!!!


Buat masa ini SAYA TIDAK DAN BELUM MAU MENYENTUH SOAL PIMPINAN...YANG BANYAK BERMASAALAH ADALAH INDIVIDU TERTENTU YG MENGENDALI SEKRETARIAT FAM..KESALAHAN MEREKA TERPAKSA DITANGGUNG OLEH FAM..BUAT PERMULAAN BIAR KITA LIHAT DULU CARA MEREKA MENGENDALI KONSPIRASI UTK MENYINGKIR SAYA..SETELAH SEMUA RUANG RAYUAN SECARA DALAMAN FAM MEREKA TUTUP MAKA ESOK KITA MULAKAN PULA MELALUI MAHKAMAH..PEGUAM SAYA AKAN MEMFAILKANNYA UTK MENDAPAT KETENTUAN DAN HAK KEADILAN YG TELAH MEREKA NAFIKAN TERHADAP SAYA..ia suatu test case bukan utk berlawan sesiapa TETAPI UTK MENDAPAT PENTAFSIRAN YG JELAS TERUTAMA DARI SUDUT CONSTITUTIONAL,NATURAL JUSTICE DAN RIGHT APPLICATION OF PROCEDURES AND LAWS.mereka boleh elak menjawab kpd saya TAPI MEREKA TAK BOLEH ELAK DARI MEMBALAS AFFIDAVIT SAYA DIMAHKAMAH...bak titah KDYMM PRESIDEN KITA,NEGARA KITA DAN FAM ADA PERATURAN DAN UNDANG UNDANG..KITA PERLU MENGIKUTINYA INSYAALLAH..YG KITA TAK MAU IALAH ORANG ITU JADI PENDAKWA,DIA JUGA JADI LAWYER DAN DIA JUGAK JADI HAKIM..MALAH DIA JUGA JADI MAHKAMAH RAYUAN..


Saya sedar walau beribu menyokong saya FAM TETAP TAK BOLEH DIGUGAT ATAU DI ROBAH KERANA KUASA DITANGAN 41 WAKIL DARI 22 badan gabungannya DALAM KONGRESS..KALAU MEREKA TIDAK MENYOKONG TIDAK ADA APA APA YG BOLEH DIBUAT..namun biarpun SAYA BERSENDIRIAN SESEORANG HARUS MEMULAKANNYA..HARUS DIBUKTIKAN SEGALA KEPINCANGAN DAN BUKAN DGN MEMFITNAH..harus ditegakkan keadilan walau terpaksa berjuang DI MAKKAMAH...HARUS TERUS TERANG BERSUARA WALAU JAWATAN BAKAL DIRAMPAS...ia bukan pilihan saya NAMUN KALAU TEGURAN IKHLAS DARI DALAM DIANGGAP TAK BERDISIPLIN COBA PULA TEGURAN DARI LUAR...samada kongress mau menyahut seruan saya atau mahu terus mempertahankan cara FAM selama ini bertindak terpulang pada mereka..saya tidak melobi sesiapa..YG PERCAYA SAYA BENAR BOLEH SOKONG..KALAU SAYA TIDAK BENAR JGN SEKALI KALI DISOKONG!!..INDIVIDU TIDAK PENTING TAPI ORGANISASI MESTI BETUL.....


Ada yg bertanya MENGAPA SAYA BERANI LAKUKAN INI SEMUA DAN KENAPA BARU SEKARANG..JAWAPANNYA MUDAH..SAYA DIBERI MANDAT OLEH PERWAKILAN NEGERI NEGERI..SAYA BUKAN DILANTIK SESIAPA..SAYA BERTANGGUNGJAWAB PD YG MEMILIH SAYA..SAYA JUGA TIADA MASAALAH PERIBADI DGN SESIAPA.SAYA CUMA MAHU LAKSANA TUGAS SAYA..SAYA TIDAK HIDUP DARI BOLA..SAYA SUKARELAWAN YG BERSEDIA KORBAN MASA TENAGA DAN HARTA UTK MAJUKAN SUKAN YG SGT SAYA MINATI..SY MENENTANG HANYA BILA JELAS SAYA MAU DIZALIMI DAN TELAH PUN DI ZALIMI..SAYA MENENTANG SETELAH SEMUA HAK SAYA DIRAMPAS DAN KEADILAN DINAFIKAN..SAYA HANYA MULA MENENTANG BILA PINTU RUNDINGAN DAN PERBINCANGAN SECARA MADANI DAN HADZARI DITUTUP..SAYA TIDAK MEMUSUHI FAM..saya mau menyelamatkannya dari terus ditunggangi orang yg tidak peduli PADA KEADILAN DAN KEBENARAN..KALAU ORANG YG BERKEDUDUKAN SPT SAYA DGN REKOD KERJA SPT SAYA BOLEH DILAKUKAN SPT INI,APA AKAN JADI KEPADA ORANG LAIN YG LEBIH LEMAH DAN MUDAH DIPIJAK2 OLEH KEKUASAAN DLM FAM..MAKA BIAR SAYA MENONGKAH ARUS DAN MENDEPANI BADAI..JATUH SATU TAPI SELAMAT SERIBU INSYAALLAH..


Jangan salah tanggap bahawa saya lakukan ini kerana saya digantung...TIDAK..MALAH SAYA TIDAK PERLU MERAYU MENGENAINYA..yg saya ketengahkan adalah NIAT JAHAT PELAKUNYA..SUBJUDIS DLM PROSESNYA..SALAH DLM FRAMING OF CHARGESNYA..UNCONSTITUTIONAL TINDAKANNYA..CACAT DLM APPLICATION OF LAW NYA DAN NATURAL JUSTICE YG DINAFIKANNYA(NANTI BOLEH LIHAT DLM AFFIDAVIT MAHKAMAH SAYA)....dan soal teguran saya PADA PASUKAN KEBANGSAAN tetap saya pertahankan sebagai tugas saya..BERCAKAP PD MEDIA DISIDANG AKHBAR RESMI JUGA TUGAS SAYA...yg saya tak setuju dlm FAM TETAP SAYA TAK SETUJU..BAIK DLM MRAT ATAU LUAR MRAT..dulu atau kini dan selamanya...APA YG SAYA TAK SETUJU?...saya tak setuju KUASA HANYA PD INDIVIDU TAPI SEBALIKNYA YG BERKUASA MESTILAH EXCO SECARA COLLECTIVE..tak setuju exco jadi rubber stamp..tak setuju ada KRONI kalangan exco...tak setuju su agong mengatasi exco..TAK SETUJU GAJI PEGAWAI TERTENTU MELAMPAU TINGGI..tak setuju exco jarang mrat...tak setuju kongress tahunan tak di buat...TAK SETUJU pasukan kebangsaan tak ditadbir oleh jk yg benar berfungsi..tak setuju artikel 88 ditafsir cara sekarang..tak setuju belanjawan tak bentang..tak setuju kalau donation tak di declared..tak setuju WANG TAJAAN tak sampai secukupnya kpd pasukan dlm liga..tak bersetuju ada jk yg lebih berkuasa dari EXCO..tak bersetuju kalau ada DISKRIMINASI antara exco atau negeri..TAK SETUJU kalau su agong lebih berkuasa dari exco...tak bersetuju kalau bermewah dgn wang tajaan tanpa memajukan liga yg ditaja..tak setuju dgn amalan SELECTIVE PROSECUTION..TAK SETUJU KALAU SECRETARIAT JADI PENGADU DOMBA DAN SETERUSNYA...SETERUSNYA...yg tak setuju tetap akan dikata tak setuju..samada ada jawatan atau digantung atau dipecat sekalipun!!!tetap tak setuju..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...