Tanpa pemain-pemain pasukan Terengganu dan Kelantan ,Rajagopal memberi peluang buat beberapa muka baru untuk menampilkan aksi, bagi mencari pasukan terbaik untuk di pertaruh hujung tahun ini di mana Harimau Malaya akan meneruskan misi mempertahan takhta AFF CUP.
Rajagopal membariskan kesebelasan utama iaitu
--Farizal Marlias-- --
--Asra, Aidil, Fadhli, Bunyamin,--
--Gurusamy,--
--S. Kunalan,wan zack--
--Safiq (C),--
--Shakir, Safee--
Aksi 20 minit amat mengejutkan bagi aku, Sri Lanka bermain dengan baik .Mereka bermain dengan menutup ruang dan tidak memberi peluang buat pemain kebangsaan melebarkan permainan. Beberapa kali juga mereka memenuhkan ruang pertahanan negara sehingga Malaysia terpaksa melakukan hantaran jauh.
Hinggalah jaringan pertama yang di lakukan hasil kebijaksanaan Safiq dan Wan Zack. Safiq berjaya mengkoordinate kedudukan Zack sebelum long passnya memintas pertahanan lawan.
2 minit selepas itu gol ke dua juga menjelma menerusi kedua-duanya pemain sama. Wan Zack dengan mudah memerdayakan penjaga gol Sri Lanka. Aksi separuh masa agak perlahan dengan midfielder Malaysia kerap kali gagal berfungsi dengan berkesan, larian-larian dari winger juga tidak begitu mengancam. Dan akhirnya mendatangkan kesukaran buat Safee dan Shakir menyumbat bola ke gawang lawan.
Separuh masa kedua, Rajagopal memasukkan penyerang Pahang iaitu Azzamuddin Akil. Nama gelaran Alex ini antara menjadi tumpuan peminat setelah menampilkan aksi menyakinkan dalam siri Liga Perdana. Namun 1 assist dan 1 goal dari beliau belum cukup untuk menyakinkan mampu mewakili Malaysia ke AFF CUP nanti. Alex harus membuktikan keupayaannya dalam siri friendly menentang Philphine dan Singapura jun nanti.
The hatric-Man malam tadi, Hazwan Bakri ,yang di gelar The Next Safee oleh OKS 2 minggu lalu layak di beri kredit. First touch beliau menghasilkan gol ke 3 malam ini selepas menggantikan Safee. Adakah but CR benar-benar mempengaruhi aksi pemain? HAHA..tidak, Hazwan sudah membuktikan potensi beliau menjadi penyerang di geruni kelak.
Pemain yang layak di kalung Man of the Match sudah tentu Safiq Rahim si kapten. Hampir kesemua gol Malaysia di jelma hasil kekreatifan beliau. Timbul pertanyaan, siapakah yang bakal menggantikan SR kelak?
Apepon tahniah buat Rajagopal dan pemain sekalian. Satu percaturan bijak dengan kemasukan pemain-pemain sub yang jelas berjaya menekan lawan.
Kepada FAM ,ajaklah friendly kelas A yang macam ni lagi..ajak ramai-ramai timor leste dan laos semua kalau rasa tu boleh improve player dan ranking..opss..ranking tak penting.
padang stadium shah alam sangat berkualiti,
farizal hanya di uji sekali,
aidil freekick sah power
kredit pic
Dunia Sukan Online Foto : Fadzlie Ahmad l DS
No comments:
Post a Comment