Ranking Malaysia jatuh lagi, dan terus menjunam. Kali ni reaksi media makin panas ,lagi-lagi dengan isu TS Anuar yang jatuh dalam kedaulatan perlembagaan AGUNG FAM. Artikel 88 menjadi jarum untuk mencucuk presiden KAFA ini. Apa yang telah berlaku dalam persatuan bolasepak negara aku ni?
Seperti yang telah aku ulas dalam entri BILA RUMAH BERGOYANG ,nampaknya isu ini terus berpanjangan.
Kritikan TS Anuar yang di katakan salah oleh FAM di buktikan dengan ranking penurunan Malaysia baru-baru ini.
Keadaan pun di burukkan dengan perang menggunakan medium media dan internet. Seperti yang kita tahu, tindakan Rizal Hashim atas entrynya SIAPA ANNUAR MUSA ,secara terus terang mencurah petrol ke api. Berbeza dengan TS Annuar yang menggunakan pengaruh laman sosial facebook di page nya yang mencecah 40 000 likers untuk membalas kritikan terhadap beliau.
Akhirnya individu yang berperanan besar memperkenal jersi merah putih hingga di geruni di seantero Malaya ini di gantung. FAM nampaknya masih percaya dengan idea dan cara lama, mungkin bagi mereka keadaan bolasepak Malaysia sentiasa okay dengan kedudukan rangkin atas 200!
List ranking 2 hari lepas adalah paling memalukan bagi aku, Philiphine melonjak berada di atas Malaysia! Argh, ketepikan Singapore, ingat kembali, The Azkals ialah pasukan yang tidak memberi ancaman dalam asean sebelum ini, bekas negara jajahan Amerika ini sukan utamanya ialah BASKETBALL!
-VIETNAM (kini berada di tangga 97 dunia, top 100 dalam ranking fifa, pemain vietnam sudah layak bermain di Liga Eropah yg memerlukan pemain negara dari rangking 100 ke atas)
-SUDAN (kini berada di tangga 113 dunia, negara bergolak dan langsung TIADA liga profesional)
-SYRIA (kini berada di 126 dunia, negara yg sedang bergolak dankeadaan huru-hara tetapi tahap permainannya setanding pasukan gergasi Asia)
-FILIPINA (kini berada di tangga 148 dunia, negara yang mana bolasepak bukan sukan kegemaran orang Filipina yang lebih meminati Bola Keranjang)
-NEPAL (kini berada di tangga 149 dunia, negara pembekal tenaga kerja di malaysia, dan TIADA liga profesional)
-BANGLADESH (kini berada di 152 dunia, negara yang hebat dalam sukan kriket, kelab bolasepak bertaraf amatur)
-PALESTIN (kini berada di 153 dunia, negara yang bergelut dengan ISRAEL LAKNATULLAH)
-SAMOA (dulu 204 dunia, kini berada di 155 dunia. Merupakan negara kuasa sukan RAGBI dan tiada liga bolasepak professional serta tiada stadium bolasepak bertaraf dunia pun)
-MALAYSIA (kini berada di 156 dunia, negara yang mempunyai stadium BERTARAF DUNIA, sering menentang beberapa kelab popular di DUNIA spt manchester united, arsenal dan lain2 serta mempunyai persatuan bolasepak yang TIDAK BOLEH DITEGUR di dunia)
(dipetik dari revolusi harimau malaya )
Dan percaya atau tidak begitu banyak nama negara yang kalau di sebut anda mungkin fikir mereka negara dari planet lain!
Aku memang memegang perspektif, ranking tidak menunjukkan kekuatan pasukan sebenar tetapi ianya penting untuk maruah. Malaysia ibarat raja tanpa takhta kini!
Aku makin panas dengan kenyataan Aizuddin
Kenyataan ini adalah kenyataan paling tak dapat di terima gua! FAM tak risau sebab baru nak atur ! dah tengok vietnam naik atas seratus, tengok Philiphine atas kita baru nak terhegeh-hegeh cakap dah atur friendly? Apa sebenarnya kerja Pak Din dan ajk yang di pilihnya? gaji dengar kata RM25 000. Adakah dia hanya duduk di office dan punch out jam 5 petang? Lupakah agenda utama FAM untuk memartabat bolasepak Malaysia? Jika dia kata dia settle banyak masalah liga berbagai kenapa tahap kita tetap sama? mungkin Pak Din boleh dedah tugas harian dia dekat majalah 3 ,biar peminat puas hati.
Rajagopal. Anda memang superior. Bawak Malaysia meningkat ke satu tahap yang lebih di banggakan, tetapi peminat mahu prestasi seiring dengan ranking. Silap anda, anda hanya fokus terhadap pasukan terbaik untuk kejohanan piala AFF etc, lalu eksperimen anda berterusan. Jika begini apa gunanya FAM atur friendly jika tidak di manfaatkan? Kejayaan sesebuah pasukan itu bukan di ukur dengan kemenangan piala kampung sahaja. Persediaan Kelayakan Piala Asia sekarang mungkin lebih di sandarkan pada skuad OKS.
Contohkan Vietnam, saya yakin Peminat mereka lebih gembira meraikan ranking 97 berbanding menang AFF CUP . Ranking adalah kayu pengukur kekuatan sebenar keseluruhan pasukan.
Presiden FAM, Sultan Ahmad ,patik dengan rendah hati meminta tuanku merenung kembali . Sudah terlalu lama..hampir 30 tahun tuanku. Dalam tempoh itu, Jepun ,Korea dan Iraq sudah pun memacu asia di puncak dunia. Tapi kita? Kami perlukan seseorang yang baru dengan idea yang baru dan memahami cara baru. Meneruskan apa yang ada sambil meneruskan agenda perkembangan tidak akan mampu membuahkan hasil yang lumayan tuanku.
Maafkan kami kalau kami menderhaka, maafkan kami kalau kami terlanjur bahasa, maafkan kami kalau kami terhina, tapi kami tak sanggup membiarkan warna kami terus di cerca.
TUANKU, DENGAN PENUH RASA HORMAT, PATIK MINTA TUANKU UNDUR DIRI.
No comments:
Post a Comment