Followers

Friday, 23 March 2012

Malaysia: The born of football in Asia

Menyelusuri sebuah fasa bernama sejarah bagi aku adalah cukup menarik. Sejujurnya aku tak faham kenapa ia sering di label bosan, mungkin salah cikgu mengajar atau silibus belajar. Bahagian yang cukup menarik dalam sejarah ialah misteri yang tidak terungkap, contohnya malam kejatuhan Melaka, kat buku teks sekolah mana ada cerita betapa susahnya nak tumbangkan Melaka, yang dok tulis askar lari sebab pakai tombak, kejadah dia!

Ok, out of topik, buat pembaca-pembaca yang sezaman dengan aku mungkin tak tahu tentang sejarah bolasepak Malaysia a.k.a Asia. Mungkin anda tidak sedar bahawa tanah kelahiran anda ini ialah negara pertama yang menganjurkan perlawanan bolasepak Malah, Liga Bolasepak Malaysia mungkin berada di antara senarai teratas dalam perubahan format liga saban tahun!

Walaupun ''competition'' pertama di adakan tahun 1920, tetapi bolasepak sebenarnya sudah mula di main rakyat Malaya 30 tahun sebelumnya.
Lawatan kapal perang British, HMS MALAYA ke Tanah Melayu pada tahun 1921 membawa kepada era baru bolasepak tanah air.

Sebagai mengucapkan tanda terima kasih, Captain Buller dan krewnya menyampaikan trofi -Malaya Cup kemudian di tukar HMS MALAYA CUP tahun 1933-yang menginspirasikan bolasepak khususnya kewujudan Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) sendiri di tanah Melayu.
Piala buruk yang tersimpan di muzium negara inilah yang berjasa terhadap perkembangan bolasepak bukan sahaja Malaysia tetapi Asia!

Tanpanya, mungkin AFC akan tertubuh lebih lama daripada tarikh yang ada hari ini.


Inilah lambang kebanggaan rakyat Malaysia, kita tak tahu berapa ramai tangan yang sudah mendakapnya, yang berusaha memenanginya, berapa banyak titik peluh yang di tumpahkan untuk memilikinya, inilah Piala Malaysia, KEJOHANAN TERTUA BOLASEPAK DI ASIA

*malangnya tidak seiring dengan umurnya ,kita seolah-olah makin tua dan tidak berpengalaman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...