Followers

Friday, 16 March 2012

Bila rumah bergoyang


Katanya istana gah nak di bina kembali..
susun batu susun paku..
segala perabot di siap masuk..
Tiang pacak kiri kanan..

Katanya, belum mampu mahligai di wujud semula..
bahan-bahan dah jauh ketinggalan..
nak rebut beli dengan negara jiran..
wau..kalau dapat hebat

Katanya ,buat rumah kecil dulu
Istana kita tunggu..
Mahligai kita nanti..
Semuanya kena susun..
tapi..

kenapa rumah kecil sekarang ni pon dah bergoyang?

Kritikan terbuka TS Anuar terhadap skuad kendalian Rajagopal bagi aku sedikit mengejutkan. Sebelum ini jarang sekali ada pegawai-pegawai FAM nak bersuara bernada kritikan terhadap pasukan kendalian mereka. Justeru tindakan TS mungkin satu tindakan hero tidak bertempat. Ya, kita kena akui pasukan Rajagopal sedang berada dalam draf menurun, sejak tewas kepada Singapura dalam kelayakan Piala Dunia, pasukan ini dah mencatatkan beberapa siri seri dan kalah.

Rajagopal sebenarnya berhak di kritik. Even Sultan pon di kritik (ikut belakang) inikan rakyat marhain (walaupon dato') seperti dia. Eksperimen demi eksperimen dah mengundang kemarahan peminat. Mintak FAM friendly kelas A tapi kalau tak manfaatkan untuk ranking buat apa juga ye dok?

Dari segi TS Anuar dia mungkin risau dengan prestasi Malaysia. Apatah lagi dengan AFF Suzuki yang baka menjelang beberapa bulan lagi. Dengan status tuan rumah (kalau) dan pemenang 2 kali berturut sukan sea ,adalah menjadi malapetaka buat FAM andai Malaysia tidak kekal juara. Dia bercakap dari segi pegawai FAM, kena ingat tu. Yang nampak dekat bawah ialah pengurus dan coach.Mereka yang setting dan pikul risiko. Ingat ketika Malaysia di belasah 5-1 kepada Indonesia ,apa tajuk harian metro ketika itu? seingat aku
''taraf bolasepak Malaysia di buktikan dengan perlawanan semalam''
lastly Malaysia menang
of course tajuk lain, tapi kita tak boleh salahkan media ,kerana mereka bercakap JUGA dari pandangan mereka (media).

Persoalannya, apakah Dato' Subahan Kamal atau Dato' Rajagopal sudah cukup ego untuk menerima kritikan?

Persoalannya, adakah pasukan Raja saja yang berhak di kritik?

Bagaimana dengan FAM? Apa tanggungjawab mereka terhadap pasukan ini? tak ke mereka terfikir yang Raja terpaksa buat sistem ini (eksperimen bagi mencari linkungan pemain terbaik) untuk mengcover kesilapan dan kebangangan sistem FAM? Serasa aku rakyat kerdil, kalau la ..KALAU LA..sistem bolasepak muda kita dari akar umbi berkesan pasti keadaan berbeza. Raja juga mungkin dah belajar dari kesilapan coach terdahulu, supaya tidak tertipu dengan aksi all star pemain di liga tapi  aksi budak sekolah di international..sekali lagi kalau la KALAU LA liga PROFESIONAL kita bagus

satu perkara yang aku suka dengan TS Anuar, dia satu-satunya pegawai FAM yang sanggup ''mencemar'' kaki berapat dengan peminat walaupun di laman maya

*seronok tengok Rizal Hashim balas dendam kaw2 kat entry baru dia, HAHA
well..everything nowadays just at your finger..TS Anuar kena bayar harga isu ini, dah nak sangat kritik public

1 comment:

  1. Pandangan aku, kalau nak guna best eleven utk tiap friendly match, kalau berlaku injury pun susah jgk.. tgk kes chong wei sudah... dibebankan dengan deretan kejohanan dengan matlamat menang semua kejohanan.... Coach raja bukannya guna totally different team utk friendly,.. tambah tolak beberapa pemain.. at least ada second fiddle utk cover masalah kecederaan.... even national team kat mana2 pun kadangkala diarahkan oleh club utk limitkan pemain bermain separuh masa je utk friendly....

    mungkin tempias prestasi kelantan dan isu dgn peter butler kot...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...