Followers

Wednesday 4 June 2014

5 soalan bersama Razman Roslan

Assalamualaikum, alhamdullilah saya berkesempatan untuk meneruskan kolum soal jawab ini. Kali ini bersama ketua pasukan Pahang Fa, iaitu Razman Roslan. Sedikit pengenalan kepada beliau, lahir pada 14 Ogos 1984 beliau merupakan anak jati Selangor. Merupakan salah satu produk Sekolah Bukit Jalil, Razman berjaya menembusi pasukan senior Selangor pada tahun 2004 selepas terpilih dalam skuad Piala Presiden.

Perjalanan kariernya kemudian penuh dengan ''silverware''. Beliau hampir memeluk kesemua piala kemenangan tertinggi di peringkat tempatan. Pada tahun 2009 beliau membantu Selangor memenangi Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super. Koleksi juara Liga Super ke 6 dan Piala Fa ke 5 buat The Red Giant. Hasrat Red Giant untuk mengecap kejuaraan triple gagal di suku akhir Piala Malaysia, tewas kepada Terengganu di sepakan penalti. Itu juga bermakna misi 33 Selangor kekal belum tercapai hingga kini.




Razman kemudian berhijrah ke Pantai Timur, menyertai The Elephant sebelum menggapai kejuaraan tertua di Asia, iaitu Piala Malaysia pada edisi lalu. Di peringkat kebangsaan pula, Razman merupakan salah seorang dalam pasukan Rajagopal ,yang menjadi juara Piala AFF. Ikuti soal jawab ringkas KHM bersama Razman Roslan.



  • Salam bro, saya penulis blog Kebangkitan Harimau Malaya.

    Saya harap saudara Razman sudi menjawab sedikit soalan untuk di kongsikan kepada peminat di luar sana.
    KHM BLOG- Saudara merupakan pemain profesional yg bermula dari sekolah bukit jalil, siapakan individu yang sebenarnya banyak memberi dorongan kepada anda untuk menceburi bidang bolasepak?
    Razman- Ibubapa sy adalah pendorong utama sy utk menceburi bidang ni..masa sekolah rendah ayah akan bawa pegi ke pdg utk main bersama2 dgn org dewasa..
  • KHM BLOG- Sejujurnya bagi saudara razman, apakah halangan paling besar dalam kerjaya sebagai pemain bolasepak?
  • Razman- Halangan plg besar dalam kerjaya bolasepak adalah kecederaan..ramai pemain yg tidak dapat nak teruskan kerjaya sebab perkara ini..saya pun pernah cedera tapi kerja keras buat kan saya selalu berada dalam keadaan yg baik..
  • KHM BLOG- Detik paling manis sepanjang bergelar pemain?
  • Razman- Banyak detik yang manis sepanjang bergelar pemain..setiap kejayaan semestinya adalah kenangan dan detik yg manis..jadi juara aff menarik sbb berjaya jadi juara selepas lalui perjalanan yang sukar selepas klh 1st game 5-1 dan yg paling best tahun lps selepas berjaya bantu pahang menang Piala Malaysia..sebabnya kerana pada awal musim team Pahang bukanlah pasukan pilihan tapi kami berjaya buktikan dengan semangat sepasukan kami sehingga kami berjaya.
  • KHM BLOG- saudara merupakan antara pemain pertahanan tempatan yang paling cemerlang, pernah memenangi piala malaysia, liga super, dan piala aff di peringkat antarabangsa, jika boleh kongsikan apa yang anda dapat simpulkan di sepanjang kerjaya anda?
  • Razman- Memang sy dah memenangi semua piala bersama pasukan selangor sebelum saya berhijrah ke pahang..bersama Pahang dah menang Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.. Rasanya belum puas kalau tidak dapat bantu Pahang memenangi Piala Fa dan Liga Super..dan bagi saya,saya perlu kerja lebih keras jika mahu capai apa yang saya ingin kan..
  • KHM BLOG -Kita melihat kebangkitan kembali bolasepak tempatan, namun juga di cemari dengan kontroversi2 sesetengah peminat, mungkin sedikit mesej buat mereka?
  • Razman- Bagi saya bolasepak adalah medan utk kita merapatkan hubungan antara 1 sama lain.. Bukan tempat untuk kita bermusuh.. Kalau kita tengok di stadium pelbagai usia,jantina,agama dan bangsa yg datang memberi sokongan..saya berharap teruskan menyokong pasukan yg diminati dgn semangat kesukanan yg tggi supaya bolasepak malaysia lebih maju dan berkualiti pada masa akan datang.
  • KHM - alhamdullilah terima kasih saudara razman atas kesudian menjawab soalan dari saya.
  • Penulis berharap point terakhir dapat di terima oleh masyarakat peminat bolasepak Malaysia.
  • Ikuti column Soal Jawab KHM bersama beberapa pemain tempatan lain di sini


2 comments:

  1. semoga razman akan terus berjaya di masa depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
      beri 4 angka [9437] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI SUBALA JATI,,di no (((085-342-064-735)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 670 JUTA , wassalam.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...