Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
sebenarnya ianya mengambil sedikit masa untuk saya kembali menulis di sini,
laman yang saya wujudkan sekitar 3 tahun lalu,
satu sebabnya ialah melihat stat blog yg masih di kunjungi walaupun sekadar seorang mahupun duaorang setiap hari,
saya niatkannya ikhlas sebagai bahan tulis buat mana2 pihak pada masa hadapan. Insyallah
Bulan lalu, pelan pembangunan bolasepak kebangsaan atau NFDP telah di lancarkan oleh Perdana Menteri. Ianya merupakan titik tolak sebuah transformasi yang peminat dahagakan kepada sukan bolasepak. Sejak era kebangkitan The Red Warriors dan taklukan Malaysia di Asean, suasana bolasepak semakin hidup. Peminat terutama generasi muda mula sedar peranan mereka dalam membantu pasukan. Dan kini tidak hairan pasukan seperti Melaka yang beraksi di Liga Fam juga berjaya menarik kehadiran peminat.
Namun silapnya, perkembangan ini tidak di iringi tahap kualiti yang di perlukan. FAM yang baru sahaja juga mengalami transformasi tertinggi setelah sultan berkenan turun dari singgahsana Presiden sebelum kelahiran saya sendiri menjadi sasaran kemahiran peminat. Tahap kualiti pengadilan, hukuman double standard, dan pengurusan liga yang haru biru sehingga mendorong kritikan TMJ.
Kita sebenarnya bernasib baik seseorang yg juga di lindungi atas status sanggup berjuang dalam bolasepak. Saya bayangkan jika TMJ ialah insan marhen sudah tentu beliau akan di gantung. Saya ucapkan tahniah pada TMP dan yakin beliau mampu membawa ke arah yang lebih baik. Ini juga atas justifikasi beliau yang pada saya tidak akan berminat untuk memegang jawatan itu untuk 30 tahun seterusnya.
Berbalik kepada NFDP, ia merupakan pelan tersusun di ketuai bekas pemain kebangsaan, Lee Teong Kim dan mendapat sokongan penuh kerajaan. Di sini juga memainkan faktor tuah sekali lagi apabila barisan kabinet memilih Khairy Jamaluddin untuk memegang portfolio KBS. Seorang peminat bolasepak. Saya bayangkan pelan ini akan di laksana lebih awal jika menteri sebelum ini mempunyai minat terhadap bolasepak. Terima kasih juga kepada Teong Kim yang sanggup menghantar e-mail kepada beliau untuk membangunkan sukan ini.
Memetik kata KJ di nst
''It is my dream that this will be an elite academy with an equally impressive boarding school system so that all aspects of their lives will be taken care of systematically''
Pusat latihan NFDP akan terletak di Gambang Pahang, rumah kepada 500 pemain terbaik negara pada usia 13-17 tahun. Pelan ini merangkumi pemain dan jurulatih dengan menyasarkan 50,950 pemain menjelang 2020.
Hasil fasa pertama akan dapat di lihat seawal tahun di mana wawasan 2020 di realisasikan.
Apa yang perlu anda buat ialah fikir mengenai stigma pemikiran yang sempit. Kebanyakan dari kita memilih beberapa alasan. Pertama padang. Ya, kita bermasalah untuk dapatkan padang yang baik even padang di stadium kebangsaan juga memalukan. Tetapi ianya bukan masalah utama.
Kedua, cuaca. Ya kita mempunyai masalah yang amat besar dengan cuaca. Masalah ini menyebabkan kita terpaksa mengurangkan masa bermain.
Ketiga, pemakanan. Orang jepun pon makan nasi.
Tak berat pon badan dieorang, hehe..Dieorg makan beras gred tinggi mungkin?
Tapi masalah sebenarnya ialah susunan organisasi bolasepak kita sendiri.
Yang tu perlulah kita tanyakan pada badan no 1 bolasepak. Sebab saya percaya, jika bakat2 muda ini dapat di asah, kita sebenarnya mampu keluar dari kempompong Asean. Dgn akademi Yang akan di tingkatkan kepada 300 insyallah scope pencarian bakat akan dapat di luaskan. Dan kepada media, saya juga yakin akan keperluan mereka menjadi lebih matang. Saya tidak begitu kisah jika mereka lebih mengutamakan berita fam di anugerahkan 2 buah kereta berbanding dgn berita nfdp, tetapi saya amat kisah dan jengkel apabila mereka di lihat sanggup menjual berita murah dgn memanaskan keadaan semata2 mencari jualan.
Dan anda sebagai peminat harus sedar 50 000 pemain ini perlu mencari nafkah. Dan rata2nya akan memilih untuk menjadi pemain profesional. Jawapannya anda haruslah terus menyokong, dan datang ke stadium. Dengan memberi pendapatan kepada pasukan insyallah pemain2 ini juga akan lahir dan kita tidak akan terlepas another mokhtar dahari.
Skuad bawah 12 tahun sudahpon berada di Jerman.
di bandar tun razak.
No comments:
Post a Comment