Followers

Saturday, 28 April 2012

Malaysia belasah Sri Lanka

Tamat sudah friendly KELAS A FAM ,Malaysia vs Sri Lanka. Keputusan seperti kita tahu berakhir dengan kemenangan 6-0. Aku target 7-0 ,kurang satu gamaknya, sleck Safee offsaid. Jadi ,lega sudah FAM, lega juga Rajagopal. Friendly malam ini yang menyaksikan skuad juara PIALA AFF menentang SKUAD BAWAH 21 Sri Lanka berjaya menjadi satu ''booster'' penyelamatan buat FAM setelah siri kekritikan yang juga menyaksikan pelbagai kontroversi sehingga suara mendesak perletakan jawatan presiden FAM makin kuat kedengaran. Kemenangan besar yang sudah di jangka ini adalah siri kemenangan pertama anak buah Rajagopal selepas Malaysia tumpas 5-0 di bumi kangaroo.

Tanpa pemain-pemain pasukan Terengganu dan Kelantan ,Rajagopal memberi peluang buat beberapa muka baru untuk menampilkan aksi, bagi mencari pasukan terbaik untuk di pertaruh hujung tahun ini di mana Harimau Malaya akan meneruskan misi mempertahan takhta AFF CUP.

Rajagopal membariskan kesebelasan utama iaitu
--Farizal Marlias-- --
--Asra, Aidil, Fadhli, Bunyamin,--
--Gurusamy,-- 
--S. Kunalan,wan zack--
--Safiq (C),--
 --Shakir, Safee--


Aksi 20 minit amat mengejutkan bagi aku, Sri Lanka bermain dengan baik .Mereka bermain dengan menutup ruang dan tidak memberi peluang buat pemain kebangsaan melebarkan permainan. Beberapa kali juga mereka memenuhkan ruang pertahanan negara sehingga Malaysia terpaksa melakukan hantaran jauh.
Hinggalah jaringan pertama yang di lakukan hasil kebijaksanaan Safiq dan Wan Zack. Safiq berjaya mengkoordinate kedudukan Zack sebelum long passnya memintas pertahanan lawan.

 2 minit selepas itu gol ke dua juga menjelma menerusi kedua-duanya pemain sama. Wan Zack dengan mudah memerdayakan penjaga gol Sri Lanka. Aksi separuh masa agak perlahan dengan midfielder Malaysia kerap kali gagal berfungsi dengan berkesan, larian-larian dari winger juga tidak begitu mengancam. Dan akhirnya mendatangkan kesukaran buat Safee dan Shakir menyumbat bola ke gawang lawan.

Separuh masa kedua, Rajagopal memasukkan penyerang Pahang iaitu Azzamuddin Akil. Nama gelaran Alex ini antara menjadi tumpuan peminat setelah menampilkan aksi menyakinkan dalam siri Liga Perdana. Namun 1 assist dan 1 goal dari beliau belum cukup untuk menyakinkan mampu mewakili Malaysia ke AFF CUP nanti. Alex harus membuktikan keupayaannya dalam siri friendly menentang Philphine dan Singapura jun nanti.

The hatric-Man malam tadi, Hazwan Bakri ,yang di gelar The Next Safee oleh OKS 2 minggu lalu layak di beri kredit. First touch beliau menghasilkan gol ke 3 malam ini selepas menggantikan Safee. Adakah but CR benar-benar mempengaruhi aksi pemain? HAHA..tidak, Hazwan sudah membuktikan potensi beliau menjadi penyerang di geruni kelak.

Pemain yang layak di kalung Man of the Match sudah tentu Safiq Rahim si kapten. Hampir kesemua gol Malaysia di jelma hasil kekreatifan beliau. Timbul pertanyaan, siapakah yang bakal menggantikan SR kelak?

Apepon tahniah buat Rajagopal dan pemain sekalian. Satu percaturan bijak dengan kemasukan pemain-pemain sub yang jelas berjaya menekan lawan.

Kepada FAM ,ajaklah friendly kelas A yang macam ni lagi..ajak ramai-ramai timor leste dan laos semua kalau rasa tu boleh improve player dan ranking..opss..ranking tak penting.


padang stadium shah alam sangat berkualiti, 
farizal hanya di uji sekali,
aidil freekick sah power
kredit pic 
 Dunia Sukan Online Foto : Fadzlie Ahmad l DS


Thursday, 19 April 2012

Analisis barisan penyerang dipanggil Rajagopal (vs Sri Langka)

Barisan penyerang yang di panggil Rajagopal

SAFEE SALI
pelita jaya
umur:28 tahun
12 gol 
menduduki tempat ke 2 carta penjaring terbanyak ISL 
purata 1.4 gol bg setiap perlawanan (setakat pusingan pertama ISL)

Ahmad Hazwan, Harimau Muda, S.League


  AHMAD HAZWAN BAKRI
harimau muda A
umur: 21 tahun
3 gol 6 penampilan



AHMAD SHAKIR ALI
negeri sembilan FA
umur:23 tahun
6 gol dalam 14 siri perlawanan Negeri Sembilan

FAIZ SUBRI
t-team
umur: 24 tahun
6 gol dalam 8 penampilan

AZAMUDDIN AKIL
pahang fa
umur:27 tahun
8 gol (setakat februari)

Nilailah sendiri penyerang-penyerang yang di kata terbaik dari pasukan masing-masing. Maaf maklumat tak cukup lengkap, puas aku mencari-cari senarai penjaring semua ,hakikatnya memang susah nak jumpa.









Thursday, 12 April 2012

156.

Ranking Malaysia jatuh lagi, dan terus menjunam. Kali ni reaksi media makin panas ,lagi-lagi dengan isu TS Anuar yang jatuh dalam kedaulatan perlembagaan AGUNG FAM. Artikel 88 menjadi jarum untuk mencucuk presiden KAFA ini. Apa yang telah berlaku dalam persatuan bolasepak negara aku ni?
Seperti yang telah aku ulas dalam entri BILA RUMAH BERGOYANG ,nampaknya isu ini terus berpanjangan.
Kritikan TS Anuar yang di katakan salah oleh FAM di buktikan dengan ranking penurunan Malaysia baru-baru ini.

Keadaan pun di burukkan dengan perang menggunakan medium media dan internet. Seperti yang kita tahu, tindakan Rizal Hashim atas entrynya SIAPA ANNUAR MUSA ,secara terus terang mencurah petrol ke api. Berbeza dengan TS Annuar yang menggunakan pengaruh laman sosial facebook di page nya yang mencecah 40 000 likers untuk membalas kritikan terhadap beliau.
Akhirnya individu yang berperanan besar memperkenal jersi merah putih hingga di geruni di seantero Malaya ini di gantung. FAM nampaknya masih percaya dengan idea dan cara lama, mungkin bagi mereka keadaan bolasepak Malaysia sentiasa okay dengan kedudukan rangkin atas 200!

List ranking 2 hari lepas adalah paling memalukan bagi aku, Philiphine melonjak berada di atas Malaysia! Argh, ketepikan Singapore, ingat kembali, The Azkals ialah pasukan yang tidak memberi ancaman dalam asean sebelum ini, bekas negara jajahan Amerika ini sukan utamanya ialah BASKETBALL!

-VIETNAM (kini berada di tangga 97 dunia, top 100 dalam ranking fifa, pemain vietnam sudah layak bermain di Liga Eropah yg memerlukan pemain negara dari rangking 100 ke atas)

-SUDAN (kini berada di tangga 113 dunia, negara bergolak dan langsung TIADA liga profesional)

-SYRIA (kini berada di 126 dunia, negara yg sedang bergolak dankeadaan huru-hara tetapi tahap permainannya setanding pasukan gergasi Asia)

-FILIPINA (kini berada di tangga 148 dunia, negara yang mana bolasepak bukan sukan kegemaran orang Filipina yang lebih meminati Bola Keranjang)

-NEPAL (kini berada di tangga 149 dunia, negara pembekal tenaga kerja di malaysia, dan TIADA liga profesional)

-BANGLADESH (kini berada di 152 dunia, negara yang hebat dalam sukan kriket, kelab bolasepak bertaraf amatur)

-PALESTIN (kini berada di 153 dunia, negara yang bergelut dengan ISRAEL LAKNATULLAH)

-SAMOA (dulu 204 dunia, kini berada di 155 dunia. Merupakan negara kuasa sukan RAGBI dan tiada liga bolasepak professional serta tiada stadium bolasepak bertaraf dunia pun)

-MALAYSIA (kini berada di 156 dunia, negara yang mempunyai stadium BERTARAF DUNIA, sering menentang beberapa kelab popular di DUNIA spt manchester united, arsenal dan lain2 serta mempunyai persatuan bolasepak yang TIDAK BOLEH DITEGUR di dunia)



(dipetik dari revolusi harimau malaya )


Dan percaya atau tidak begitu banyak nama negara yang kalau di sebut anda mungkin fikir mereka negara dari planet lain!
Aku memang memegang perspektif, ranking tidak menunjukkan kekuatan pasukan sebenar tetapi ianya penting untuk maruah. Malaysia ibarat raja tanpa takhta kini!


Aku makin panas dengan kenyataan Aizuddin



Kenyataan ini adalah kenyataan paling tak dapat di terima gua! FAM tak risau sebab baru nak atur ! dah tengok vietnam naik atas seratus, tengok Philiphine atas kita baru nak terhegeh-hegeh cakap dah atur friendly? Apa sebenarnya kerja Pak Din dan ajk yang di pilihnya? gaji dengar kata RM25 000. Adakah dia hanya duduk di office dan punch out jam 5 petang? Lupakah agenda utama FAM untuk memartabat bolasepak Malaysia? Jika dia kata dia settle banyak masalah liga berbagai kenapa tahap kita tetap sama? mungkin Pak Din boleh dedah tugas harian dia dekat majalah 3 ,biar peminat puas hati.

Rajagopal. Anda memang superior. Bawak Malaysia meningkat ke satu tahap yang lebih di banggakan, tetapi peminat mahu prestasi seiring dengan ranking. Silap anda, anda hanya fokus terhadap pasukan terbaik untuk kejohanan piala AFF etc, lalu eksperimen anda berterusan. Jika begini apa gunanya FAM atur friendly jika tidak di manfaatkan? Kejayaan sesebuah pasukan itu bukan di ukur dengan kemenangan piala kampung sahaja. Persediaan Kelayakan Piala Asia sekarang mungkin lebih di sandarkan pada skuad OKS.
Contohkan Vietnam, saya yakin Peminat mereka lebih gembira meraikan ranking 97 berbanding menang AFF CUP . Ranking adalah kayu pengukur kekuatan sebenar keseluruhan pasukan.

Presiden FAM, Sultan Ahmad ,patik dengan rendah hati meminta tuanku merenung kembali . Sudah terlalu lama..hampir 30 tahun tuanku. Dalam tempoh itu, Jepun ,Korea dan Iraq sudah pun memacu asia di puncak dunia. Tapi kita? Kami perlukan seseorang yang baru dengan idea yang baru dan memahami cara baru. Meneruskan apa yang ada sambil meneruskan agenda perkembangan tidak akan mampu membuahkan hasil yang lumayan tuanku.
Maafkan kami kalau kami menderhaka, maafkan kami kalau kami terlanjur bahasa, maafkan kami kalau kami terhina, tapi kami tak sanggup membiarkan warna kami terus di cerca.

TUANKU, DENGAN PENUH RASA HORMAT, PATIK MINTA TUANKU UNDUR DIRI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...