Jika di kalangan anda tidak mengenali figura berumur 19 tahun yang bernama Syaffarizal Mursalin Agri ini, beliau ialah Penyerang klub Al-Khor, iaitu kelab Qatar. Syaffarizal sebenarnya ialah anak kelahiran Acheh ,Indonesia tetapi di besarkan seawal usia 4 tahun di Qatar. Merupakan prospek bintang masa depan di sana, beliau memilih mewakili pasukan kebangsaan Qatar dan bukannya Indonesia.
Sehangat tarian thor-thor (yang tak pernah di dengar di Malaysia) berita Syaffarizal ini juga antara yang mendapat tumpuan meluas media di sana.
Tam Sheang Tsung menjadi satu-satunya pemain di bawah umur 20 tahun yang di pilih ke skuad utama kelab Shanghai Shenhua yang baru sahaja menyatukan duo Chelsea iaitu Anelka dan Drogba. Di lahirkan di Tokyo, Japan beliau mempunyai kewarganegaraan Malaysia .
Ibu bapa Sheang Tsung, Tam Yun Tong dan Ang Hui Chin merupakan pemilik sebuah restoran Rasa Malaysian Cuisine Restaurant sejak 16 tahun lalu.
Sheang Tsung bermain bola sepak pada usia sembilan tahun dan semasa dia berusia 13 tahun, pencari bakat dari Yokohama FC telah memilihnya untuk pasukan Yokohama FC Bawah-15.
Laporan itu menyebut, pada umur 14 tahun dia telah di hantar ke Sao Paulo untuk menyertai San Barnado FC selama empat bulan. Kemudian pada umurnya 15 tahun, kelab tersebut telah menghantarnya ke Cardiff City untuk latihan selama tiga bulan.
Pada 2010, dia menyertai kelab Divisyen 2, Sagan Tosu yang terletak di Kyushu, Jepun dan telah digelar pemain termuda dalam sejarah bola sepak profesional Jepun.-sinar harian
Walaupun dia pemain muda yang berbakat dari, dia tidak terkenal di Malaysia mahupun di Jepun. Tetapi penyertaannya ke kelab Shanghai Shenhua telah menarik perhatian Menteri Konsul Am Malaysia di Shanghai, Hendy Assan sebagai saksi penandatangan kontrak.-sinar harian
PERSOALANNYA
ADAKAH KES SYAFFARIZAL AKAN BERLAKU PADA TAM SHEANG TSUNG??
Saya tertanya jika JFA menawarkan tempat untuk beliau dalam pasukan Japan, adakah beliau akan menolak?
Satu tawaran yang saya fikir akan menyebabkan Malaysia kehilangan khidmat pemain berbakat ini.
Skuad Malaysia khususnya Ong Kim Swee harus membuktikan kemampuan mereka pada kelayakan piala Asia untuk sekurang-kurangnya memberikan sebab untuk beliau menyarung jersi kebangsaan.
JANGAN LUPA ESOK MALAYSIA VS KOREA SELATAN (AFC U22 QUALIFICATION) LIVE DI ASTRO ARENA 801 JAM 4.45 PETANG
Mengetahui susuk tubuh yang dikenali dengan trademark si lipas kudung mempunyai laman sosial Facebook sendiri ,membuatkan saya pantas menghubungi beliau. Lahir di wilayah Persekutuan Labuan pada 12 Mac 1958 pasti ramai yang mengenali beliau menerusi iklan komersial maxis .
Dapat kepada Hassan, cocok Hassan !
Itulah ayat-ayat yang membuatkan generasi kini mengenali beliau yang bernama Hassan Sani. Menyarung jersi kebangsaan hampir 10 tahun, anak kelahiran negeri di bawah bayu ini memulakan karier bolasepaknya mewakili Sabah Fa dalam liga semipro dan Piala Malaysia sekitar awal 1970.
SKUAD OLIMPIK MOSCOW
Di panggil mewakili pasukan muda Malaysia pada tahun 1978 ketika usia beliau baru menjejak 20 tahun, dan setahun selepasnya di panggil ke kem senior oleh Karl Heinz Weigang , Hassan merupakan antara barisan pemain yang menjadi wira apabila membantu Malaysia layak ke Olimpik Moscow 1980. Di peringkat domestik, tanpa di ragukan ,Hassan Sani muncul pemain yang di geruni di kalangan pemain tempatan. Aksi lincah ,pantas dan bertenaga beliau turut mendatangkan gentar buat pertahanan tersohor negara ketika itu seperti Dato' Soh Chin Aaun, Dato' Khalid Ali ,Santokh Singh dan ramai lagi. Di sifatkan antara permata paling berbakat Sabah bersama James Wong serta rakan seangkatannya termasuk Razali Zinin, Peter Rajah, Richard Barnes, Karti Tukimin, Alinjiran Nulantan, Justin Ganai , Hassan membantu Sabah muncul naib juara liga Malaysia. Apa yang menariknya, Sabah muncul pasukan terbanyak menghasilkan gol ketika itu dengan 49 gol. Gandingan kembar beliau James Wong antara yang paling menonjol ketika itu.
AKSI HASSAN MENENTANG MANCHESTER UNITED
easycomeseasygoes.blogspot mencatat :
''Ketika itu, perlawanan Sabah diadakan di stadium Likas yang belum mempunyai kemudahan lampu limpah, sekaligus perlawanan terpaksa diadakan jam 4.30 petang di bawah panas terik sinar matahari.
Namun itu tidak menghalang puluhan ribu penonton berasak asak ke stadium Likas untuk menyaksikan wira mereka membenam lawan termasuk pasukan terkuat ketika itu iaitu Selangor.
Ramai yang tidak dapat masuk ke Stadium dan juga peminat setia Sabah di kampung ulu dan terpencil, pasti mendengar radio secara beramai ramai untuk mendengar juruhebah terkenal RTM Sabah ketika itu, Allahyarham Ismail Mohd Tahir yang sering menjadi pengulas sebelum digantikan Jali Jambolt dan Awang Shaari Haji Ramli.''
Di peringkat antarabangsa, beliau merupakan watak penting dalam memainkan peranan melakar sejarah kali kedua buat pasukan negara apabila membantu Malaysia layak ke Olimpik Moscow. Beraksi bersama duo beliau ,James Wong ,Malaysia menewaskan musuh ketat ketika itu iaitu Korea Selatan.
Tendangan percuma Korea Selatan berjaya dipintas Khalid Ali yang menghantar bola kepada Hassan.Hassan kemudian pantas melakukan larian ke depan dan menghantar ke arah James Wong yang kemudian bijak menghasilkan gol kemenangan Malaysia.
Perlawanan itu di sifatkan perlawanan paling manis dalam lipatan sejarah bolasepak Malaysia.
Namun Malaysia tidak menghantar wakil ke olimpik atas protes.
berikut merupakan sedikit tembual online saya bersama beliau
Salam abg hassan
perkenalkan diri sy sbg seorg blogger bolasepak Malaysia.. Saya hrp jika ada ksempatan ,abg hassan sudi menjawab soalan2 sy utk dimuatkan dlm entry sy utk tatapan generasi kini
KHM BLOG :Abg hassan di gelar lipas kudung, jika ada rahsia apakah yg menyebabkan abg Hassan mampu berlari dgn pantas?
HASSAN SANI: tdk ada rahsia, cuma training tu setiap hari seblum d panggil utk pemilihan, mmg abg sdh sentiasa bersedia. Selain dri itu, abg dulu adalah sprinter utk jarak dekat.
KHM BLOG : setelah bersara kini, apakah aktiviti abg, adakah masih bersama dunia sukan negara?
HASSAN SANI:buat masa ni, abg cuma brmain peringkat state veteran & antarabangsa. Ada jugak mengajar kelab2 sukan spt bank dsbnya. Abg masih bekerja dgn jab pelabuhan & dermaga labuan.
KHM BLOG :dalam karier abg sbg pemain bolasepak, siapakah pemain yg plg abg sanjung dan pernah bermain menentangnya
HASSAN SANI:di dlm negara adalah arwah mokhtar dahari & luar negara adalah bekas pemain manchester united-eric cantona-sbb abg pernah bermain dlm bolasepak pantai dunia menentang france bertempat d lisbon & brazil.
KHM BLOG :detik termanis dalam karier?
HASSAN SANI:berjaya mengelecek bola mengalahkn 3 pemain korea & membantu james wong menjaringkn gol kemenangan utk kelayakan olimpik 1980.
KHM BLOG :apakah perbezaan yg plg abg dpt lihat di antara pemain generasi dulu dan kini?
HASSAN SANI:pemain dulu langsung tdk pandang pd wang ringgit sbb jika sdh terpilih mewakili negara adalah satu rahmat & kebanggaan! Tetapi pemain skg terlalu bermewah walaupun baru sekali mengukir nama dlm bolasepak antarabangsa. Apa2 pun itu adalah rezeki masing2.
KHM BLOG :pandangan abg terhdp anak buah rajagopal, adakah mereka mampu mengekalkan gelaran aff suzuki? Dan menakluk asia kelak?
HASSAN SANI:insyallah, mudah2an mereka dpt pertahankn juara utk kali kedua. Kalau boleh, mereka ada semangat kental & tdk putus asa sehingga wisel terakhir! Akhir kata, doa saya semoga akan ada lebih ramai pemain berbakat & berdisiplin tinggi dlm arena bolasepak M'sia!
''ADA YANG TANYA SAYA,KENAPA SAYA TAK TERUS SCORE, KAMI BERMAIN BUKAN UNTUK DIRI MASING-MASING .KAMI BERMAIN SATU PASUKAN''
Amar Rohidan 27
Mohd Sabre Mat Abu 16
Baddrol Bakthiar 14
Mohd Khyril Muhymeen Zambri 8
Mohd Faizal Abu Bakar 2
PERAK Mohd Sharom Abdul Kalam 1
Mohamad Hisyamudin Mohamed Shaari 1
SELANGOR
Safiq Rahim 30
Mohd Asraruddin Putra Omar 24
Mohd Amirulhadi Zainal 19
Mohd Bunyamin Umar 10
K.Gurusamy 8
Mohd Nasriq Baharom 6
G. Jeevanathan 2
NEGERI SEMBILAN
S. Kunanalan 30
Mohd Farizal Marlias 17
Norhafiz Zamani Misbah 7
Ahmad Shakir Md Ali 7
G. Mahathevan 4
Shahurain Abu Samah 4
PAHANG
Azamuddin Mohd Akil 1
TERENGGANU
Mohammad Muslim Ahmad 20
Mohd Sharbinee AllaweeRamli 10
Abdul Hadi Yahaya 8
Mohd Ashari Samsudin 7
Mohd Faizal Muhammad 5
Abdul Manaf Mamat 5
Mazlizam Mohamad 4
Ismail Faruqi Ashari 2
Joseph Kallang Tie 2
Mohd Zubir Mohd Nor 1
KELANTAN
Norshaharul Idlan Talaha 23
Khairul Fahmi Che Mat 11
S. Chanthuru 4
Mohd Shakir Shaari 2
S. Subramaniam 1
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid 1
Mohd Farisham Ismail 1
Muhammad Ab Aziz Ismail 1
SABAH
Syed Adney Syed Hussein 3
Rozaimi Abdul Rahman 1
JOHOR FC
Shahrizal Mohd Saad 2
HARIMAU MUDA
Mahalli Jasuli 16
Mohd Fadhli Mohd Shas 14
Izzaq Faris Ramalan 3
Wan Zack Haikal Wan Nor 2
Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria 1
Tanggal malam 2 jun 2012 ,presien KAFA, timbalan presien FAM yang terbuang, TAN SRI ANUAR MUSA telah menggunakan sepenuhnya ruang facebook fanpage miliknya yang mencecah 50 ribu likers. Dimulakan dengan artikel paling panas iaitu artikel 88 yang menyaksikan beliau di gantung 2 tahun setengah, TSAM mendedahkan bahawa pindaanya bakal menjadi lebih buruk bukan lebih baik seperti yang di harapkan! Antara amarannya ialah pemberian kuasa mutlak kepada ajk tertentu mengatasi jawatankuasa eksekutif yang di pilih secara adil. Status 'ajk tertentu' membawa seribu persoalan.
TSAM juga meneruskan posting beliau dengan mendakwa 'pihak tertentu di FAM ' itu cuba mengISA kan penentang mereka dengan menghukum tanpa mampu bergiat apa pon dalam arena bolasepak. Meneruskan kritikan pedas beliau, kali ini sasarannya ialah urusetia yang di sifatkan beliau tidak neutral dan berada dalam keadaan terpaksa!
Point paling menggemparkan ialah dakwaan TSAM bahawa penggantungannya di rancang. Beliau enggan mengjelaskan secara terperinci tetapi memberi tempoh seminggu untuk memberi kenyataan penting. TSAM juga mengejutkan pembaca dengan pendedahan jumlah kutipan tiket fiinal Piala FA.
Ikuti post2 beliau secara penuh :-
Difahamkan ada usaha MEMPERKETATKAN LAGI STATUT FAM OLEH PIHAK TERTENTU...BUKAN SAJA ENGGAN MEMINDA ARTIKEL 88 MALAH MEREKA MAHU MENAMBAH CENGKAMANNYA DGN MEMPERLUAS MAKNA MEDIA SUPAYA TERMASUK MEDIA BARU..ERTINYA JIKA MEREKA BERJAYA LULUSKAN DLM KONGRESS NANTI SEMUA FB BLOG TWITTER DIKAWAL ARTIKEL 88....BUKAN ITU SAJA DIFAHAMKAN ADA USAHA MENGHARAMKAN ORANG YG MEREKA HUKUM DARI MEMEGANG APA APA JAWATAN 5 TAHUN SELEPAS TAMAT HUKUMAN...DAN PINDAAN UTK BERI KUASA KPD JK TERTENTU KUASA MUTLAK DAN MENGATASI KUASA JK EKSEKUTIF...
MEREKA JUGA CUBA MEMPERLUAS TAKRIF AKTIVITI BOLASEPAK AGAR ORANG YG MEREKA HUKUM TAK BOLEH BERGIAT APA PUN...JELAS PIHAK INI MAU JADIKAN BADAN INDUK BOLA THE MOST DRACONIAN..tanpa peduli suara ramai malah perlembagaan negara...penggubalnya hanya BERKHIDMAT UTK INDIVIDU DAN TIDAK MEMPEDULIKAN SENTIMEN ORANG RAMAI..MEREKA ADALAH ORANG YG MENDAPAT SEDIKIT HABUAN DAN PANGKAT TAPI RELA BOLASEPAK JADI EMPIRE GULUNGAN TERTENTU..BETAPA TIDAK..sebuah persatuan yg boleh bermewah dari berjuta wang tajaan dgn SALING MELINDUNGI SATU KELOMPOK KECIL YG MENDAPAT KEPENTINGAN...
Saya tau perancangan menyekat saya bermula seawal saya dicalonkan sbg timbalan presiden FAM..saya tau urusetia tidak pernah NEUTRAL malah mereka pernah buat pengakuan pd saya bahawa mereka terpaksa!..ramai yg tidak tahu bagaimana sy di layan sejak saya buat kejutan dgn MEMENANGI JAWATAN TIMBALAN walau pihak lain cuba BERKONSPIRASI..RAMAI YG TIDAK TAU SY DILAYAN MCM BUDAK2..RAMAI YG TIDAK TAHU SY TIADA OFIS,TIADA KERUSI ATAU MEJA DI WISMA FAM YG SERBA MEWAH BG BEBERAPA ORANG TERTENTU..RAMAI YG TIDAK TAHU BAGAIMANA MINIT MRAT SERING DIPINDA DARI APA YG DIPUTUSKAN..RAMAI YG TIDAK TAHU BEBERAPA KEPUTUSAN EXCO DI VETO DI LUAR MRAT..RAMAI TIDAK TAHU AHLI EXCO TIDAK DILAYAN URUSETIA KECUALI SEKERAT DUA SAJA..
RAMAI YG TIDAK TAU SELEPAS SAYA DAN CEO MSL SELESAI DAPATKAN TAJAAN RM120j saya dan stuart mula dihimpit pelbagai tekanan dan halangan utk berfungsi..ramai tidak tau apabila BEBERAPA PEMBAHARUAN DAN PENJIMATAN NAK DIBUAT DAN MENJEJASKAN COMFORT DAN BENEFIT PIHAK TERTENTU MAKA CONSPIRASI PUN BERMULA UTK MELINDUNGINYA..PENGGANTUNGAN SAYA ADALAH PERKARA YG DIARAH DAN DIRANCANG..SAYA AKAN BUKTIKAN..mereka menutup semua pintu diplomasi dan perbincangan bersemuka..TIDAK MENGAPA..KERANA ITU MEMPERCEPAT TERBUKANYA PINTU MAHKAMAH..SAYA TAU SY KESEORANGAN TAPI SY BERIKRAR SY BERSEDIA HILANG SEMUA KEDUDUKAN DLM BOLASEPAK MSIA TETAPI SEGALA YG BERLAKU DAN UJUD AKAN SAYA KETENGAHKAN WITHOUT ANY FEAR..BILA MEREKA MENOLAK SAYA KELUAR MAKA HALALLAH PENENTANGAN SAYA DARI LUAR PULA...INSYAALLAH MINGGU DEPAN SAYA AKAN BUAT SATU KENYATAAN PENTING...
PERAK MEMBUAT USUL PINDA STATUT..BEGITU JUGA PERLIS..tapi semua ditolak kononnya kerana tiada DUA SOKONGAN YG DIPERLUKAN..bagaimana nak ada sokongan KALAU CADANGAN PERAK DAN PERLIS TAK DIEDAR DULU PADA AHLI YG LAIN??JELAS SENGAJA MENCARI SALAH UTK MENOLAK..PENANG,KELANTAN DAN BEBERAPA AHLI LAIN TAU HAL YG BERLAKU..SEMUA INI AKAN KITA LALUI..JGN LUPA STATUT FAM DAN FIFA MEMBERI AHLI KUASA MEMANGGIL KONGRESS LUAR BIASA..NEGERI DAN GABUNGAN PASTI AKAN BANGKIT..DGN SYARAT ISU DIJELASKAN PADA MEREKA..kingress adalah kuasa tertinggi dan IA TERLETAK PADA PERWAKILAN..PRESIDEN DAN EXCO TIADA KUASA MENGUNDI DALAM KONGRESS..SEKARANG TERPULANG PD NEGERI MENCORAKKAN FAM..BUKAN PRESIDEN DAN EXCO SEBENARNYA...SELAMA INI NEGERI TERLALU MEMBIARKAN SAJA..RASANYA CUKUPLAH...MARI KITA BINCANG SECARA TERBUKA HAL PERSATUAN KITA..JIKA TIDAK KITALAH YG PATUT DISALAHKAN...
Buat masa ini TIADA UNDANG UNDANG UTK MENYEKAT HAK BERSUARA DLM FB ATAU TWITTER..OLEH KERANA MEREKA MEMILIH UTK MENYEKAT SEMUA VENUE LAIN MAKA JGN SALAHKAN SAYA JIKA AKHIRNYA MEDIA BARU JADI PILIHAN SAYA..saya mau tegaskan SAYA TIDAK MENGIZINKAN SESIAPA MEMETIK POSTING FB SAYA UTK TUJUAN AKHBAR..mereka yg buat ADALAH ATAS TANGGONGJAWAB MEREKA SENDIRI..posting saya hanya UTK KAWAN FB SAYA SAJA..DAN BUAT MASA INI IA TIDAK BERCANGGAH DGN MANA MANA BHG DLM STATUT FAM
Sejak hukuman dijatuhkan saya berdiam diri tanpa bahasan KERANA MENGHORMATI KENYATAAN DYTM TM PAHANG YG MAU MEDIATE SECARA KELUARGA FAM DAN IN THE INTEREST OF FOOTBALL..LALU SAYA BERUTUS WARKAH KEPADA PRESIDEN DAN MENUNGGU MRAT EXCO...SETELAH EXCO BERMESYUARAT MINGGU LALU DAN SAYA SUDAH MENDAPAT GAMBARAN PENDIRIAN FAM DLM HAL INI MAKA SAYA TIADA PILIHAN LAIN KECUALI MENGAMBIL LANGKAH BERASASKAN OPTION YG ADA PADA SAYA..FAM MUNGKIN BOLEH MENAFIKAN SEGALA RUANG SEKALI GUS DAN MENUTUP RAPAT RUANG BERBINCANG...TAPI PERCAYALAH..DINEGARA YG ADA KELUHURAN UNDANG2 dan PERLEMBAGAAN MEREKA TIDAK BOLEH MENGUNCI SEMUA PINTU KEADILAN.."YOU CAN VICTIMISE SOME PEOPLE SOME TIME,YOU CAN VICTIMISE SOME PEOPLE ALL THE TIME...BUT YOU CANNOT VICTIMISE ALL THE PEOPLE ALL THE TIME...."
FAKTA....JUMLAH TIKET DIJUAL SEMPENA TRW VS SDFC DI FINAL FA CUP IALAH 87,000....JUMLAH KEHADHIRAN DI SNBJ MELEBIHI 90,000...PENYOKONG KELANTAN DIJANGKA 80,000...JUMLAH KUTIPAN OLEH FAM RM3,480,000..(RINGGIT MSIA TIGA JUTA EMPAT RATUS LAPAN PULUH RIBU)....sumber?...SAHIH...
MEREKA MEMILIH UTK TIDAK BERTEMU CARA BERSEMUKA DAN CARA DUDUK SEMEJA KERANA MEREKA GEMAR GUNA KUASA SPT YG TELAH BYK MEREKA GUNAKAN SEBELUM INI TERHADAP BYK PIHAK..ITU CARA MEREKA MELINDUNGI SEGALA PERBUATAN MEREKA...SEKARANG BOLEHLAH KITA MENGUNDANG MEREKA BERSEMUKA DIMEDAN LAIN...MEDAN MAYA,MEDAN MAHKAMAH DAN SEBAGAINYA...kita tidak akan lepaskan mereka dari AKAUNTABILITI...I MAY HAVE TO GO BUT IT DOESNOT MEAN THAT YOU CAN STAY!!!!......
DARI PENGELAMAN SAYA TERNYATA Pentadbiran bola msia dibuat dgn cara paling EKSLUSIF..BYK PERKARA HANYA DIKETAHUI SEKERAT DUA INDIVIDU MALAH EXCO PUN TAK TAHU APA...DIBELAKANG MEREKA MERUNGUT TAPI DIDEPAN SEMUA TAKUT BERSUARA...SU AGONG SEORANG SAJA YG TAU SEMUA..akhirnya KONGRESS TAHUNAN TAK BUAT IKUT PERATURAN...BELANJAWAN TAK PERNAH BENTANG..JK PASUKAN KEBANGSAAN TAK PERNAH MRAT...KEPUTUSAN UTK ADAKAN PERJUMPAAN EXCO TIAP BULAN TAK DI LAKSANA...TAPI URUSAN BERJALAN TERUS DGN EXCO JADI RUBBER STAMP...difahamkan ada yg travel keluar negara HANYA UTK BAWA KERTAS PENCALUNAN INDIVIDU ATAU UTK MENGESAH MINIT MRAT DAN SEUMPAMANYA..TIADA SIAPA YG TAHU...TIDAK HAIRANLAH KALAU LIGA DITAJA DGN rm30j TAPI PASUKAN MATI KEKURANGAN DANA..KERANA DANA TAJAAN LIGA TIDAK KEMBALI KPD LIGA!!!!
Di fahamkan sebuah skt dgn nama SEMI PRO SDN BHD ditubuhkan dan di daftarmilik OLEH ORANG BESAR DLM FAM...asalnya utk beri bisnes pd staff..ANEHNYA SKT INI BERNIAGA SECARA DALAMAN DGN FAM TERMASUK MENGURUS WISMA FAM DAN HOSTELNYA..bila mana pasukan kebangsaan guna wisma sendiri FAM PULA KENA BAYAR KPD SKT SDN BHD INI..siapa yg lulus bayaran dan kepada siapa?..siapa beneficiary?...staff mengadu mereka tak dapat apapun untung!!!!!semakan dgn ROC SKT INI DIISTIHAR RUGI!!!!!...saya rasa EXCO DAN KONGRESS HARUS DAPAT LAPURAN DAN PENJELASAN MENGENAI SKT MISTERI INI..IA HARUS TRANSPARENT..dan urusniaganya harus TELUS DAN JGN ADA CONFLICT OF INTEREST ATAU APA APA YG MENYALAHI UNDANG UNDANG..pada masa yg sama KITA TAK BOLEH TUDUH MELULU..SIASATAN DIPERLUKAN..LEBIH ELOK LAGI KALAU PENGARAHNYA YG MERUPAKAN PEGAWAI TINGGI FAM BENTANG LAPURAN DAN ISTIHAR KEPENTINGAN..EXCO PULA HARUS TAHU DAN TAK PERLU MERUNGUT DI BELAKANG....periksa tatacara kewangan agar menepati undang2....jeng jeng jeng....
Mengikut hukuman SAYA HANYA "DIGANTUNG DARI SEBARANG AKTIVITI BOLASEPAK" mengikut perkara 18.5 dan 18.3 jadual 1 KOD FAM YG LAZIMNYA DI MAKSUDKAN PADA PEGAWAI DAN PEMAIN LIGA M..yg jelas SAYA TIDAK DIGANTUNG ATAU DIPECAT DARI JAWATAN2 SAYA KERANA JK DISIPLIN TIADA KUASA SEDEMIKIAN....namun begitu FAM SUDAH MENGABIL TINDAKAN KEDEPAN DGN MELANTIK PENGGANTI BG SEMUA JAWATAN SAYA YG TIDAK KOSONG ITU...DATO SIVA SELANGOR PENGERUSI JK BOLASEPAK WANITA...DATO AFENDI DAN DATO HAMIDIN PENGERUSI DAN TIMB MSL DAN DATO HAMIDIN TIMB PENG PASUKAN KEBANGSAAN.....SAYA TIADA HALANGAN..SELAMAT BERTUGAS KPD MEREKA SEMUA...PASTI MEREKA CUKUP BUSY KERANA PD MEREKA INI CUKUP BYK JAWATAN..yg kurang jawatan ialah kol rani ATM,dato osman PDRM,hj rosmadi KAFA,dato JEFRY LOH DAN YB DATO DR HAMDAN KEDAH,DATO TAKIYUDIN PBMM DAN DATO ASTAMAM PBWP...GRED KEDUA BARANGKALI...insyaallah ini bakal berubah...EXCO DAN WAKIL NEGERI AKAN MEREKA MULA BERI PERHATIAN DAN AMBIL HATI...agar tiada pemberontakan dalaman...APA PUN ASAL BERUBAH KITA SYUKURLAH....
Tiada apa perlu disembunyikan..FAM MILEK SEMUA AHLI GABUNGANNYA..dan gabungan milek persatuan persatuan dibawahnya..ERTINYA FAM MILEK KITA SEMUA..ia diurus menggunakan dana awam dan dana tajaan..bukan dana peribadi..justeru ia harus ACCOUNTABLE DAN TRANSPARENT...THIS IS PUBLIC INTEREST...sebenarnya kalau principle of accountability and transparency di amalkan SUDAH LAMA BOLA KITA MAJU..MALAH FIFA SENDIRI SEMAKIN TERBUKA MALAH SUDAH ADA USUL DLM FIFA UTK MENGHADKAN UMUR PENJAWAT JAWATAN DAN JUGA TEMPOH MEMEGANG JAWATAN...kita terlalu jauh kebelakang dlm pengurusan...PENJAWAT JAWATAN TAK KENAL PUN PEMAIN..RAMAI YG TAK JUMPA PUN DGN NATIONAL PLAYERS...tiada hands on mgt..LIGA KITA MAKIN TENAT..BEBERAPA PASUKAN DAH PERINGKAT ICU..SIMPLE DECISION YG EXCO BUAT SPT "BAYARAN HAK SIARAN LANGSUNG"kpd pasukan tak berbayar..INSURANCE PEMAIN TAK TERURUS...bayaran referee terpaksa didahulu oleh kelab...claim dari referee memakan masa berbulan bulan dsbgnya..JK INTEGRITY DAN TRANPARENCY HARUS MEMERIKSA DAN MENYEMAK FAM TERLEBIH DULU...PENAHANAN PEGAWAI KITA OLEH OTORITY SPURA HARUS MENYEDARKAN KITA..TAK PERLU MENUDING JAUH..BILA CHRIST EATON DARI FIFA BUAT STATEMENT TENTANG PEGAWAI KITA TERLIBAT KITA MELENTING...NAH SEKARANG???....IT TAKE SPORE AUTHORITY TO PROOF IT TO US...APAKAH ITU SAJA?.....tunggu...!!!
Buat masa ini SAYA TIDAK DAN BELUM MAU MENYENTUH SOAL PIMPINAN...YANG BANYAK BERMASAALAH ADALAH INDIVIDU TERTENTU YG MENGENDALI SEKRETARIAT FAM..KESALAHAN MEREKA TERPAKSA DITANGGUNG OLEH FAM..BUAT PERMULAAN BIAR KITA LIHAT DULU CARA MEREKA MENGENDALI KONSPIRASI UTK MENYINGKIR SAYA..SETELAH SEMUA RUANG RAYUAN SECARA DALAMAN FAM MEREKA TUTUP MAKA ESOK KITA MULAKAN PULA MELALUI MAHKAMAH..PEGUAM SAYA AKAN MEMFAILKANNYA UTK MENDAPAT KETENTUAN DAN HAK KEADILAN YG TELAH MEREKA NAFIKAN TERHADAP SAYA..ia suatu test case bukan utk berlawan sesiapa TETAPI UTK MENDAPAT PENTAFSIRAN YG JELAS TERUTAMA DARI SUDUT CONSTITUTIONAL,NATURAL JUSTICE DAN RIGHT APPLICATION OF PROCEDURES AND LAWS.mereka boleh elak menjawab kpd saya TAPI MEREKA TAK BOLEH ELAK DARI MEMBALAS AFFIDAVIT SAYA DIMAHKAMAH...bak titah KDYMM PRESIDEN KITA,NEGARA KITA DAN FAM ADA PERATURAN DAN UNDANG UNDANG..KITA PERLU MENGIKUTINYA INSYAALLAH..YG KITA TAK MAU IALAH ORANG ITU JADI PENDAKWA,DIA JUGA JADI LAWYER DAN DIA JUGAK JADI HAKIM..MALAH DIA JUGA JADI MAHKAMAH RAYUAN..
Saya sedar walau beribu menyokong saya FAM TETAP TAK BOLEH DIGUGAT ATAU DI ROBAH KERANA KUASA DITANGAN 41 WAKIL DARI 22 badan gabungannya DALAM KONGRESS..KALAU MEREKA TIDAK MENYOKONG TIDAK ADA APA APA YG BOLEH DIBUAT..namun biarpun SAYA BERSENDIRIAN SESEORANG HARUS MEMULAKANNYA..HARUS DIBUKTIKAN SEGALA KEPINCANGAN DAN BUKAN DGN MEMFITNAH..harus ditegakkan keadilan walau terpaksa berjuang DI MAKKAMAH...HARUS TERUS TERANG BERSUARA WALAU JAWATAN BAKAL DIRAMPAS...ia bukan pilihan saya NAMUN KALAU TEGURAN IKHLAS DARI DALAM DIANGGAP TAK BERDISIPLIN COBA PULA TEGURAN DARI LUAR...samada kongress mau menyahut seruan saya atau mahu terus mempertahankan cara FAM selama ini bertindak terpulang pada mereka..saya tidak melobi sesiapa..YG PERCAYA SAYA BENAR BOLEH SOKONG..KALAU SAYA TIDAK BENAR JGN SEKALI KALI DISOKONG!!..INDIVIDU TIDAK PENTING TAPI ORGANISASI MESTI BETUL.....
Ada yg bertanya MENGAPA SAYA BERANI LAKUKAN INI SEMUA DAN KENAPA BARU SEKARANG..JAWAPANNYA MUDAH..SAYA DIBERI MANDAT OLEH PERWAKILAN NEGERI NEGERI..SAYA BUKAN DILANTIK SESIAPA..SAYA BERTANGGUNGJAWAB PD YG MEMILIH SAYA..SAYA JUGA TIADA MASAALAH PERIBADI DGN SESIAPA.SAYA CUMA MAHU LAKSANA TUGAS SAYA..SAYA TIDAK HIDUP DARI BOLA..SAYA SUKARELAWAN YG BERSEDIA KORBAN MASA TENAGA DAN HARTA UTK MAJUKAN SUKAN YG SGT SAYA MINATI..SY MENENTANG HANYA BILA JELAS SAYA MAU DIZALIMI DAN TELAH PUN DI ZALIMI..SAYA MENENTANG SETELAH SEMUA HAK SAYA DIRAMPAS DAN KEADILAN DINAFIKAN..SAYA HANYA MULA MENENTANG BILA PINTU RUNDINGAN DAN PERBINCANGAN SECARA MADANI DAN HADZARI DITUTUP..SAYA TIDAK MEMUSUHI FAM..saya mau menyelamatkannya dari terus ditunggangi orang yg tidak peduli PADA KEADILAN DAN KEBENARAN..KALAU ORANG YG BERKEDUDUKAN SPT SAYA DGN REKOD KERJA SPT SAYA BOLEH DILAKUKAN SPT INI,APA AKAN JADI KEPADA ORANG LAIN YG LEBIH LEMAH DAN MUDAH DIPIJAK2 OLEH KEKUASAAN DLM FAM..MAKA BIAR SAYA MENONGKAH ARUS DAN MENDEPANI BADAI..JATUH SATU TAPI SELAMAT SERIBU INSYAALLAH..
Jangan salah tanggap bahawa saya lakukan ini kerana saya digantung...TIDAK..MALAH SAYA TIDAK PERLU MERAYU MENGENAINYA..yg saya ketengahkan adalah NIAT JAHAT PELAKUNYA..SUBJUDIS DLM PROSESNYA..SALAH DLM FRAMING OF CHARGESNYA..UNCONSTITUTIONAL TINDAKANNYA..CACAT DLM APPLICATION OF LAW NYA DAN NATURAL JUSTICE YG DINAFIKANNYA(NANTI BOLEH LIHAT DLM AFFIDAVIT MAHKAMAH SAYA)....dan soal teguran saya PADA PASUKAN KEBANGSAAN tetap saya pertahankan sebagai tugas saya..BERCAKAP PD MEDIA DISIDANG AKHBAR RESMI JUGA TUGAS SAYA...yg saya tak setuju dlm FAM TETAP SAYA TAK SETUJU..BAIK DLM MRAT ATAU LUAR MRAT..dulu atau kini dan selamanya...APA YG SAYA TAK SETUJU?...saya tak setuju KUASA HANYA PD INDIVIDU TAPI SEBALIKNYA YG BERKUASA MESTILAH EXCO SECARA COLLECTIVE..tak setuju exco jadi rubber stamp..tak setuju ada KRONI kalangan exco...tak setuju su agong mengatasi exco..TAK SETUJU GAJI PEGAWAI TERTENTU MELAMPAU TINGGI..tak setuju exco jarang mrat...tak setuju kongress tahunan tak di buat...TAK SETUJU pasukan kebangsaan tak ditadbir oleh jk yg benar berfungsi..tak setuju artikel 88 ditafsir cara sekarang..tak setuju belanjawan tak bentang..tak setuju kalau donation tak di declared..tak setuju WANG TAJAAN tak sampai secukupnya kpd pasukan dlm liga..tak bersetuju ada jk yg lebih berkuasa dari EXCO..tak bersetuju kalau ada DISKRIMINASI antara exco atau negeri..TAK SETUJU kalau su agong lebih berkuasa dari exco...tak bersetuju kalau bermewah dgn wang tajaan tanpa memajukan liga yg ditaja..tak setuju dgn amalan SELECTIVE PROSECUTION..TAK SETUJU KALAU SECRETARIAT JADI PENGADU DOMBA DAN SETERUSNYA...SETERUSNYA...yg tak setuju tetap akan dikata tak setuju..samada ada jawatan atau digantung atau dipecat sekalipun!!!tetap tak setuju..
Tamat sudah friendly KELAS A FAM ,Malaysia vs Sri Lanka. Keputusan seperti kita tahu berakhir dengan kemenangan 6-0. Aku target 7-0 ,kurang satu gamaknya, sleck Safee offsaid. Jadi ,lega sudah FAM, lega juga Rajagopal. Friendly malam ini yang menyaksikan skuad juara PIALA AFF menentang SKUAD BAWAH 21 Sri Lanka berjaya menjadi satu ''booster'' penyelamatan buat FAM setelah siri kekritikan yang juga menyaksikan pelbagai kontroversi sehingga suara mendesak perletakan jawatan presiden FAM makin kuat kedengaran. Kemenangan besar yang sudah di jangka ini adalah siri kemenangan pertama anak buah Rajagopal selepas Malaysia tumpas 5-0 di bumi kangaroo.
Tanpa pemain-pemain pasukan Terengganu dan Kelantan ,Rajagopal memberi peluang buat beberapa muka baru untuk menampilkan aksi, bagi mencari pasukan terbaik untuk di pertaruh hujung tahun ini di mana Harimau Malaya akan meneruskan misi mempertahan takhta AFF CUP.
Rajagopal membariskan kesebelasan utama iaitu --Farizal Marlias-- -- --Asra, Aidil, Fadhli, Bunyamin,-- --Gurusamy,-- --S. Kunalan,wan zack-- --Safiq (C),-- --Shakir, Safee--
Aksi 20 minit amat mengejutkan bagi aku, Sri Lanka bermain dengan baik .Mereka bermain dengan menutup ruang dan tidak memberi peluang buat pemain kebangsaan melebarkan permainan. Beberapa kali juga mereka memenuhkan ruang pertahanan negara sehingga Malaysia terpaksa melakukan hantaran jauh.
Hinggalah jaringan pertama yang di lakukan hasil kebijaksanaan Safiq dan Wan Zack. Safiq berjaya mengkoordinate kedudukan Zack sebelum long passnya memintas pertahanan lawan.
2 minit selepas itu gol ke dua juga menjelma menerusi kedua-duanya pemain sama. Wan Zack dengan mudah memerdayakan penjaga gol Sri Lanka. Aksi separuh masa agak perlahan dengan midfielder Malaysia kerap kali gagal berfungsi dengan berkesan, larian-larian dari winger juga tidak begitu mengancam. Dan akhirnya mendatangkan kesukaran buat Safee dan Shakir menyumbat bola ke gawang lawan.
Separuh masa kedua, Rajagopal memasukkan penyerang Pahang iaitu Azzamuddin Akil. Nama gelaran Alex ini antara menjadi tumpuan peminat setelah menampilkan aksi menyakinkan dalam siri Liga Perdana. Namun 1 assist dan 1 goal dari beliau belum cukup untuk menyakinkan mampu mewakili Malaysia ke AFF CUP nanti. Alex harus membuktikan keupayaannya dalam siri friendly menentang Philphine dan Singapura jun nanti.
The hatric-Man malam tadi, Hazwan Bakri ,yang di gelar The Next Safee oleh OKS 2 minggu lalu layak di beri kredit. First touch beliau menghasilkan gol ke 3 malam ini selepas menggantikan Safee. Adakah but CR benar-benar mempengaruhi aksi pemain? HAHA..tidak, Hazwan sudah membuktikan potensi beliau menjadi penyerang di geruni kelak.
Pemain yang layak di kalung Man of the Match sudah tentu Safiq Rahim si kapten. Hampir kesemua gol Malaysia di jelma hasil kekreatifan beliau. Timbul pertanyaan, siapakah yang bakal menggantikan SR kelak?
Apepon tahniah buat Rajagopal dan pemain sekalian. Satu percaturan bijak dengan kemasukan pemain-pemain sub yang jelas berjaya menekan lawan.
Kepada FAM ,ajaklah friendly kelas A yang macam ni lagi..ajak ramai-ramai timor leste dan laos semua kalau rasa tu boleh improve player dan ranking..opss..ranking tak penting.
padang stadium shah alam sangat berkualiti, farizal hanya di uji sekali, aidil freekick sah power kredit pic
menduduki tempat ke 2 carta penjaring terbanyak ISL purata 1.4 gol bg setiap perlawanan (setakat pusingan pertama ISL)
AHMAD HAZWAN BAKRI
harimau muda A
umur: 21 tahun
3 gol 6 penampilan
AHMAD SHAKIR ALI
negeri sembilan FA
umur:23 tahun
6 gol dalam 14 siri perlawanan Negeri Sembilan
FAIZ SUBRI
t-team
umur: 24 tahun
6 gol dalam 8 penampilan
AZAMUDDIN AKIL
pahang fa
umur:27 tahun
8 gol (setakat februari)
Nilailah sendiri penyerang-penyerang yang di kata terbaik dari pasukan masing-masing. Maaf maklumat tak cukup lengkap, puas aku mencari-cari senarai penjaring semua ,hakikatnya memang susah nak jumpa.
Ranking Malaysia jatuh lagi, dan terus menjunam. Kali ni reaksi media makin panas ,lagi-lagi dengan isu TS Anuar yang jatuh dalam kedaulatan perlembagaan AGUNG FAM. Artikel 88 menjadi jarum untuk mencucuk presiden KAFA ini. Apa yang telah berlaku dalam persatuan bolasepak negara aku ni?
Seperti yang telah aku ulas dalam entri BILA RUMAH BERGOYANG,nampaknya isu ini terus berpanjangan.
Kritikan TS Anuar yang di katakan salah oleh FAM di buktikan dengan ranking penurunan Malaysia baru-baru ini.
Keadaan pun di burukkan dengan perang menggunakan medium media dan internet. Seperti yang kita tahu, tindakan Rizal Hashim atas entrynya SIAPA ANNUAR MUSA ,secara terus terang mencurah petrol ke api. Berbeza dengan TS Annuar yang menggunakan pengaruh laman sosial facebook di page nya yang mencecah 40 000 likers untuk membalas kritikan terhadap beliau.
Akhirnya individu yang berperanan besar memperkenal jersi merah putih hingga di geruni di seantero Malaya ini di gantung. FAM nampaknya masih percaya dengan idea dan cara lama, mungkin bagi mereka keadaan bolasepak Malaysia sentiasa okay dengan kedudukan rangkin atas 200!
List ranking 2 hari lepas adalah paling memalukan bagi aku, Philiphine melonjak berada di atas Malaysia! Argh, ketepikan Singapore, ingat kembali, The Azkals ialah pasukan yang tidak memberi ancaman dalam asean sebelum ini, bekas negara jajahan Amerika ini sukan utamanya ialah BASKETBALL!
-VIETNAM (kini berada di tangga 97 dunia, top 100 dalam ranking fifa, pemain vietnam sudah layak bermain di Liga Eropah yg memerlukan pemain negara dari rangking 100 ke atas)
-SUDAN (kini berada di tangga 113 dunia, negara bergolak dan langsung TIADA liga profesional)
-SYRIA (kini berada di 126 dunia, negara yg sedang bergolak dankeadaan huru-hara tetapi tahap permainannya setanding pasukan gergasi Asia)
-FILIPINA (kini berada di tangga 148 dunia, negara yang mana bolasepak bukan sukan kegemaran orang Filipina yang lebih meminati Bola Keranjang)
-NEPAL (kini berada di tangga 149 dunia, negara pembekal tenaga kerja di malaysia, dan TIADA liga profesional)
-BANGLADESH (kini berada di 152 dunia, negara yang hebat dalam sukan kriket, kelab bolasepak bertaraf amatur)
-PALESTIN (kini berada di 153 dunia, negara yang bergelut dengan ISRAEL LAKNATULLAH)
-SAMOA (dulu 204 dunia, kini berada di 155 dunia. Merupakan negara kuasa sukan RAGBI dan tiada liga bolasepak professional serta tiada stadium bolasepak bertaraf dunia pun)
-MALAYSIA (kini berada di 156 dunia, negara yang mempunyai stadium BERTARAF DUNIA, sering menentang beberapa kelab popular di DUNIA spt manchester united, arsenal dan lain2 serta mempunyai persatuan bolasepak yang TIDAK BOLEH DITEGUR di dunia)
Dan percaya atau tidak begitu banyak nama negara yang kalau di sebut anda mungkin fikir mereka negara dari planet lain! Aku memang memegang perspektif, ranking tidak menunjukkan kekuatan pasukan sebenar tetapi ianya penting untuk maruah. Malaysia ibarat raja tanpa takhta kini!
Aku makin panas dengan kenyataan Aizuddin
Kenyataan ini adalah kenyataan paling tak dapat di terima gua! FAM tak risau sebab baru nak atur ! dah tengok vietnam naik atas seratus, tengok Philiphine atas kita baru nak terhegeh-hegeh cakap dah atur friendly? Apa sebenarnya kerja Pak Din dan ajk yang di pilihnya? gaji dengar kata RM25 000. Adakah dia hanya duduk di office dan punch out jam 5 petang? Lupakah agenda utama FAM untuk memartabat bolasepak Malaysia? Jika dia kata dia settle banyak masalah liga berbagai kenapa tahap kita tetap sama? mungkin Pak Din boleh dedah tugas harian dia dekat majalah 3 ,biar peminat puas hati.
Rajagopal. Anda memang superior. Bawak Malaysia meningkat ke satu tahap yang lebih di banggakan, tetapi peminat mahu prestasi seiring dengan ranking. Silap anda, anda hanya fokus terhadap pasukan terbaik untuk kejohanan piala AFF etc, lalu eksperimen anda berterusan. Jika begini apa gunanya FAM atur friendly jika tidak di manfaatkan? Kejayaan sesebuah pasukan itu bukan di ukur dengan kemenangan piala kampung sahaja. Persediaan Kelayakan Piala Asia sekarang mungkin lebih di sandarkan pada skuad OKS.
Contohkan Vietnam, saya yakin Peminat mereka lebih gembira meraikan ranking 97 berbanding menang AFF CUP . Ranking adalah kayu pengukur kekuatan sebenar keseluruhan pasukan.
Presiden FAM, Sultan Ahmad ,patik dengan rendah hati meminta tuanku merenung kembali . Sudah terlalu lama..hampir 30 tahun tuanku. Dalam tempoh itu, Jepun ,Korea dan Iraq sudah pun memacu asia di puncak dunia. Tapi kita? Kami perlukan seseorang yang baru dengan idea yang baru dan memahami cara baru. Meneruskan apa yang ada sambil meneruskan agenda perkembangan tidak akan mampu membuahkan hasil yang lumayan tuanku.
Maafkan kami kalau kami menderhaka, maafkan kami kalau kami terlanjur bahasa, maafkan kami kalau kami terhina, tapi kami tak sanggup membiarkan warna kami terus di cerca.
TUANKU, DENGAN PENUH RASA HORMAT, PATIK MINTA TUANKU UNDUR DIRI.
Menyelusuri sebuah fasa bernama sejarah bagi aku adalah cukup menarik. Sejujurnya aku tak faham kenapa ia sering di label bosan, mungkin salah cikgu mengajar atau silibus belajar. Bahagian yang cukup menarik dalam sejarah ialah misteri yang tidak terungkap, contohnya malam kejatuhan Melaka, kat buku teks sekolah mana ada cerita betapa susahnya nak tumbangkan Melaka, yang dok tulis askar lari sebab pakai tombak, kejadah dia!
Ok, out of topik, buat pembaca-pembaca yang sezaman dengan aku mungkin tak tahu tentang sejarah bolasepak Malaysia a.k.a Asia. Mungkin anda tidak sedar bahawa tanah kelahiran anda ini ialah negara pertama yang menganjurkan perlawanan bolasepak Malah, Liga Bolasepak Malaysia mungkin berada di antara senarai teratas dalam perubahan format liga saban tahun!
Walaupun ''competition'' pertama di adakan tahun 1920, tetapi bolasepak sebenarnya sudah mula di main rakyat Malaya 30 tahun sebelumnya.
Lawatan kapal perang British, HMS MALAYA ke Tanah Melayu pada tahun 1921 membawa kepada era baru bolasepak tanah air.
Sebagai mengucapkan tanda terima kasih, Captain Buller dan krewnya menyampaikan trofi -Malaya Cup kemudian di tukar HMS MALAYA CUP tahun 1933-yang menginspirasikan bolasepak khususnya kewujudan Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) sendiri di tanah Melayu.
Piala buruk yang tersimpan di muzium negara inilah yang berjasa terhadap perkembangan bolasepak bukan sahaja Malaysia tetapi Asia!
Tanpanya, mungkin AFC akan tertubuh lebih lama daripada tarikh yang ada hari ini.
Inilah lambang kebanggaan rakyat Malaysia, kita tak tahu berapa ramai tangan yang sudah mendakapnya, yang berusaha memenanginya, berapa banyak titik peluh yang di tumpahkan untuk memilikinya, inilah Piala Malaysia, KEJOHANAN TERTUA BOLASEPAK DI ASIA
*malangnya tidak seiring dengan umurnya ,kita seolah-olah makin tua dan tidak berpengalaman
Katanya istana gah nak di bina kembali..
susun batu susun paku..
segala perabot di siap masuk..
Tiang pacak kiri kanan..
Katanya, belum mampu mahligai di wujud semula..
bahan-bahan dah jauh ketinggalan..
nak rebut beli dengan negara jiran..
wau..kalau dapat hebat
Katanya ,buat rumah kecil dulu
Istana kita tunggu..
Mahligai kita nanti..
Semuanya kena susun..
tapi..
kenapa rumah kecil sekarang ni pon dah bergoyang?
Kritikan terbuka TS Anuar terhadap skuad kendalian Rajagopal bagi aku sedikit mengejutkan. Sebelum ini jarang sekali ada pegawai-pegawai FAM nak bersuara bernada kritikan terhadap pasukan kendalian mereka. Justeru tindakan TS mungkin satu tindakan hero tidak bertempat. Ya, kita kena akui pasukan Rajagopal sedang berada dalam draf menurun, sejak tewas kepada Singapura dalam kelayakan Piala Dunia, pasukan ini dah mencatatkan beberapa siri seri dan kalah.
Rajagopal sebenarnya berhak di kritik. Even Sultan pon di kritik (ikut belakang) inikan rakyat marhain (walaupon dato') seperti dia. Eksperimen demi eksperimen dah mengundang kemarahan peminat. Mintak FAM friendly kelas A tapi kalau tak manfaatkan untuk ranking buat apa juga ye dok?
Dari segi TS Anuar dia mungkin risau dengan prestasi Malaysia. Apatah lagi dengan AFF Suzuki yang baka menjelang beberapa bulan lagi. Dengan status tuan rumah (kalau) dan pemenang 2 kali berturut sukan sea ,adalah menjadi malapetaka buat FAM andai Malaysia tidak kekal juara. Dia bercakap dari segi pegawai FAM, kena ingat tu. Yang nampak dekat bawah ialah pengurus dan coach.Mereka yang setting dan pikul risiko. Ingat ketika Malaysia di belasah 5-1 kepada Indonesia ,apa tajuk harian metro ketika itu? seingat aku
''taraf bolasepak Malaysia di buktikan dengan perlawanan semalam''
lastly Malaysia menang
of course tajuk lain, tapi kita tak boleh salahkan media ,kerana mereka bercakap JUGA dari pandangan mereka (media).
Persoalannya, apakah Dato' Subahan Kamal atau Dato' Rajagopal sudah cukup ego untuk menerima kritikan?
Persoalannya, adakah pasukan Raja saja yang berhak di kritik?
Bagaimana dengan FAM? Apa tanggungjawab mereka terhadap pasukan ini? tak ke mereka terfikir yang Raja terpaksa buat sistem ini (eksperimen bagi mencari linkungan pemain terbaik) untuk mengcover kesilapan dan kebangangan sistem FAM? Serasa aku rakyat kerdil, kalau la ..KALAU LA..sistem bolasepak muda kita dari akar umbi berkesan pasti keadaan berbeza. Raja juga mungkin dah belajar dari kesilapan coach terdahulu, supaya tidak tertipu dengan aksi all star pemain di liga tapi aksi budak sekolah di international..sekali lagi kalau la KALAU LA liga PROFESIONAL kita bagus
satu perkara yang aku suka dengan TS Anuar, dia satu-satunya pegawai FAM yang sanggup ''mencemar'' kaki berapat dengan peminat walaupun di laman maya
*seronok tengok Rizal Hashim balas dendam kaw2 kat entry baru dia, HAHA
well..everything nowadays just at your finger..TS Anuar kena bayar harga isu ini, dah nak sangat kritik public
Sesaja aku facebookwalking aku add la akaun-akaun berstatus budak-budak harimau Muda and SSBJ, saja je aku nak taw kat sana macam mana. Ada rezeki salah satu list friends aku ialah Ridzuan Abdullah. Aku usha a.k.a stalker la picture-picture then jumpa satu album iaitu
asian school game at Mokpo Korea
Baik budaknya sudi share info untuk peminat, so aku pon segan gak nak tanya banyak-banyak, ape yang termuat untuk korang inilah seadanya, atleast korang dapat tahu program pembangunan ni.
KHM BLOG
memang program FAM ke program SSBJ?? ramai tak terlibat? UNDER? kat korea tu kat mana? maksudnya akademi something ke?? tq2 sgt kalau sudi share, sebelum ni fans tak nampak program pembangunan, kesian FAM kene maki je, huhu