Followers

Sunday 26 February 2012

(Temubual) Ketahui kisah Khairul Azman ,bekas penjaga gol terbaik asia

Khairul Azman. Siapa tidak kenal dengan gerangan nama ini ketika era 90-an. Antara kelibat yang selalu mengecewakan lawan dalam usaha menghasilkan gol. Antara pemain di posisi penjaga gol yang terbaik pernah di hasilkan Malaysia selepas mendiang Arumugam. Anak jati Kuantan Pahang yang lahir pada tanggal 5 Mac 1968 ini pernah di nobat penjaga gol terbaik Asean dan Asia. Era beliau menyaksikan Pahang mencapai zaman kegemilangan kembali dalam kancah domestik bolasepak Malaysia.



Tidak cukup dengan status domestik ,Khairul Azman juga antara individu penting dalam misi menentang England(Malaysia tewas 4-2), dan juara Pestabola Merdeka 1993, Khairul Azman juga membantu Malaysia melayakkan diri ke Final dalam edisi sulung Piala Tiger(kini Piala AFF).

Bersama Tok Gajah, Khairul Azman berjaya membantu negeri kelahirannya memenangi Piala Malaysia 1992 sebelum kembali ke final 2 tahun berturut-turut (1994 dan 1995) tetapi tewas. Beliau berubah angin ke Sabah dan terus membantu pasukan itu memenangi Piala FA 1995 dengan menewaskan negeri kelahirannya sendiri iaitu Pahang. Rentetan kecemerlangan beliau di teruskan apabila Sabah muncul juara Liga Perdana. Hasrat Khairul Azman mengucup Piala Malaysia sekali lagi gagal apabila Sabah kecundang dalam 3 final Piala Malaysia iaitu 1996 ,2002 dan 2003. Ini bermakna Khairul Azman sudah beraksi sebanyak 6 kali dalam pentas akhir piala paling berprestij Malaysia itu!
Image


Jika di bukukan kisah beliau dalam menyarung gloves sudah pasti tebal.

Di permulaan karier beliau, Khairul Azman mengakui keluarga pernah menjadi benteng penghalang pembabitannya di arena bola sepak. 

“Masa remaja, kecenderungan saya terhadap bola sepak ditentang hebat oleh keluarga. Iyalah... orang tua mana tidak bimbang kerana sukan khususnya bola sepak tidak dilihat sebagai pilihan terbaik untuk mencari rezeki. 

"Minat punya pasal, saya yakinkan keluarga bahawa bola sepak adalah kerjaya terbaik dan paling baik bagi saya. Bukan mudah tetapi akhirnya memang rezeki memihak kepada saya," katanya. 


Kemudian restu keluarga mula mengiringinya selepas di pilih mewakili Malaysia dalam kejohanan-kejohanan remaja.

Menceritakan kisah beliau dalam tokgajah.com ,Khairul Azman mengimbau kembali zaman permulaan kariernya.

“Ketika mewakili Pahang, saya pernah tak turun padang latihan. Lepas tu kena marah dengan jurulatih Pahang, Jita Singh... teruk saya kena marah depan pemain senior sampai menangis saya dibuatnya. 

“Ketika itu baru saya sedar betapa pentingnya disiplin. Saya akui kesilapan dan benar-benar serik untuk mengulanginya," katanya. 
Khairul menamatkan kariernya pada tahun 2005 selepas mengalami kecederaan serius membabitkan kedua belah kaki. Hari yang meniti kemudiannya cukup mencabar. Nama beliau mula terasing, status beliau kemudian sekadar menjadi sejarah.
Memerlukan kewangan untuk melakukan pembedahan, Khairul Azman sedar elaun yang di terimanya tidak akan cukup.

Dalam temubual dengan New Straits Times 16 September 2009, beliau berkata, "Jika saya dapat surgeri ini, saya berharap akan dapat kembali menjadi jurulatih ataupun membantu pembangunan sukan di dalam apa cara sekali pun. Saya ingin menasihati para atlit muda agar menjaga kesihatan mereka supaya tidak berakhir seperti saya"
2012 menjadi permulaan baru buat beliau. Kini, lagenda Malaysia ini merupakan jurulatih penjaga gol bagi pasukan sabah yang baru-baru ini menentang Malaysia Senior.

KHM BLOG telah menghubungi beliau untuk sempat berkongsi cerita bersama pembaca khususnya generasi kini.

KHM BLOG: sepanjang karier abang apakah memori yang tidak akan abang lupakan? mungkin sesuatu yang sangat terkesan di hati abang?

kHAIRUL AZMAN: pra world cup pusingan pertama main d shah alam stadium kita draw 0.0.pernah d offer oleh tengku mahkota pahang iaitu 3 pilihan.1 training bersama M.U.2.Main d j league dan 3 bundesliga.tapi semua itu abg tolak.maybe sudah takdir begitu agaknya.



KHM BLOG: pencapaian terbaik abang dalam karier?

kHAIRUL AZMAN: Johan malaysia cup,liga perdana,sumbangsih 1992 dgn phg.1995 champion fa cup dgn sabah.1996 champion liga dgn sabah.pernah d iktiraf sebagai penjaga gol terbaik asia dlm 90an.kalau malaysia pesta bolamerdeka 1993 champ,saigon cup champ dan pestabola kemerdekaan indonesia champ.

KHM BLOG: individu yang banyak membantu dalam karier abang?

kHAIRUL AZMAN: yg membantu abg ni adalah family,sahabat dan diri sendiri


KHM BLOG: di zaman abang, siapakah penyerang yang abang hormati?

kHAIRUL AZMAN: dulu khalid al-muwalid,striker arab saudi

KHM BLOG: khairul fahmi, pendapat abang, adakah beliau layak sebaris dengan lagenda zaman kegemilangan malaysia?

kHAIRUL AZMAN: khairul fahmi masih muda,prestasinya amat mengalakkan,tpi dia kena bersedia d pentas yg lagi tinggi iaitu d pentas antarabangsa.beliau meningkat d pentas bawah 23 tahun kebawah.kalau dia buktikan d pentas yg lagi tggi,rasanya abg pun tk payahlah menilaikan dia.u all pun boleh katakan sesuatukan.

KHM BLOG: pasukan malaysia masa ini, adakah abang rasa bahawa kita mampu pergi jauh terutama asia.

kHAIRUL AZMAN: kalau nampak team skrg ni boleh go jauhlah,kalau akan dtg susah nk ckplah pasal dulu saudi arabia pun the best team,tpi skrg hancur.

KHM BLOG: kata2 akhir dan tips buat player muda dan peminat??

kHAIRUL AZMAN: tips utk peminat?bolasepak ni 1 permainan yg menghiburkan,ada yg gembira dan ada yg kecewa.kalau pemain utamakan disiplan diri dan kalau peminat,menang dan kalah pasukan itu adalah adat dan jangan sesekali cepat putus asa dan marah pada negeri masing2.berilah pandangan dan pendapat kalau ada,kerana bolasepak ini,tiada penyokong maka matilah bolasepak.sekian terimakasih dan maaf kalau ada yg tersilap tulis dan terkasar bahasa.

--

Sejujurnya aku cukup menghormati beliau, jika mengikut posisi ,beliau sepatutnya sudah sebaris nama Mokhtar Dahari. Tapi sayangnya ketika era Khairul Azman Malaysia di belenggu najis rasuah. Inilah akibatnya terhadap bolasepak kita di peringkat antarabangsa. Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada beliau kerana sudi meluang masa membalas mesej aku di facebook. berapakah bilangan bola yang berjaya di tampan beliau? adakah sama dengan bilangan jaringan Mokhtar??

Kini muncul pula Khairul Fahmi, mampukah beliau menyamai Khairul Azman sebagai penjaga gol terbaik asia?

Derma untuk beliau boleh disalurkan ke akaun Public Bank milik Khairul Azman Mohamed bernombor 4-8352847-02. -sokernet   ----aku cadangkan korang boleh menghubungi dulu abang Khairul Azman di facebook beliau (klik sini)

AKU:TERFIKIR NASIB 20 TAHUN LAGI UNTUK PEMAIN MALAYSIA SEKARANG



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...